亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

FORTUNE UMUM KEDUDUKAN FORTUNE CHINA 500, SERES CAPAI LONJAKAN TERBESAR BAGI PEMERINGKATAN 2025 DIPACU PERTUMBUHAN JENAMA AITO

Seres Group Co.,Ltd.
2025-08-02 15:01 28

SERES syarikat yang paling cepat meningkat kedudukannya dalam Fortune China 2025, mengatasi syarikat-syarikat setara dalam pasaran NEV yang kompetitif di China.

CHONGQING, China, 2 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- SERES muncul sebagai penggerak terbesar pada tahun ini dalam , melonjak ke kedudukan ke-169, mendaki 235 anak tangga daripada kedudukan ke-404 pada tahun lalu. Peningkatan kedudukan yang dramatik ini menekankan pertumbuhan pesat SERES dalam pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) yang sangat kompetitif. Pada tahun 2024, hasil SERES melonjak kepada RMB 145.2 bilion (kira-kira AS$20.2 bilion), meningkat 305% tahun ke tahun, manakala keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham mencecah RMB 5.95 bilion. Jualan NEV tahunan syarikat pula mencapai 420,000 unit, peningkatan sebanyak lebih daripada 182%, memacu margin keuntungan kasarnya untuk perniagaan NEV kepada 26.21%—paras tinggi mencatat rekod yang baharu.

Fortune menekankan bahawa di tengah-tengah pertumbuhan sektor NEV yang pesat dan persaingan yang semakin sengit, kejayaan SERES didorong oleh kolaborasinya yang erat bersama rakan kongsi yang mengupayakan inovasi produk serta kecemerlangan operasi yang berterusan.

Jenama AITO Mendorong Pertumbuhan 

AITO, jenama NEV mewah yang ditubuhkan pada tahun 2021, menjadi pemacu pertumbuhan teras. Dalam tempoh 40 bulan sahaja, AITO mencapai lebih 700,000 penghantaran kumulatif, lalu mencipta rekod baharu bagi kepantasan penghantaran antara jenama-jenama NEV mewah di China termasuk lebih 200,000 unit model unggulan AITO M9 yang dihantar, sementara penghantaran AITO M8 yang dilancarkan baru-baru ini sudahpun melepasi 40,000 unit. Selain itu, siri AITO M7 baharu mengekalkan kedudukannya sebagai model paling laris terjual dalam segmen RMB 300,000 (kira-kira AS$42,000) yang amat kompetitif dari tahun 2024 hingga hari ini, mencipta rekod baharu bagi jenama tenaga baharu mewah Cina.

Pencapaian ini menunjukkan keupayaan jenama ini untuk membawakan pengalaman mewah, pintar, termaju sekali gus mempercepat pengembangannya dalam pasaran domestik dan juga luar negara. Menerusi keupayaan pembuatannya yang kukuh, kolaborasi mendalam bagi teknologi kenderaan pintar dan portfolio produk yang semakin berkembang, SERES berada pada kedudukan yang baik untuk mengukuhkan lagi kepimpinannya dalam pasaran NEV China dan melakar kemajuan yang penting di peringkat global.

Source: Seres Group Co.,Ltd.
Related Stocks:
Shanghai:601127
Keywords: Auto Transportation Survey, Polls & Research General Manufacturing