SHANGHAI, 8 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Envision Energy, peneraju bertaraf global bagi teknologi hijau, menduduki tempat ke-4 di peringkat global dalam Pemeringkatan Pengintegrasi Sistem Storan Tenaga Bateri (BESS) Global 2024 Wood Mackenzie yang baru dikeluarkan, lantas mengesahkan kedudukannya sebagai salah satu penyedia penyelesaian storan tenaga yang paling kompetitif dan dipercayai di dunia. Syarikat ini turut mengekalkan kedudukannya sebagai pengilang storan tenaga global Tahap 1 oleh BloombergNEF selama enam suku tahun berturut-turut, seterusnya memperkukuh kepimpinannya yang konsisten dalam bidang teknologi, penghantaran dan kebolehbankan.
Menurut laporan Wood Mackenzie, Envision Energy merupakan salah satu daripada sebahagian kecil pengusaha yang mengembangkan bahagian pasarannya di tengah-tengah persaingan pasaran yang semakin sengit dan landskap tenaga yang berubah dengan begitu pantas. Meskipun bahagian pasaran gabungan bagi lima pengintegrasi BESS teratas merosot daripada 62% pada tahun 2022 kepada 48% pada tahun 2024, pertumbuhan Envision yang berterusan menggambarkan keupayaannya untuk berkembang di peringkat global dan menyampaikan sistem storan bersepadu dan termaju yang disesuaikan untuk pelbagai keperluan serantau.
Pengiktirafan daripada Wood Mackenzie dan juga BloombergNEF memperkukuh kepimpinan Envision dalam inovasi storan tenaga tindanan penuh - bermula daripada sel bateri hinggalah EMS dan sistem pembentuk grid. Dengan jejak yang kukuh dalam pasaran-pasaran utama termasuk Eropah, Amerika Utara dan rantau Asia-Pasifik, Envision menyampaikan lebih 30 GWj sistem storan tenaga dalam lebih 300 projek di serata dunia, dengan tempahan mencecah lebih daripada 50 GWj. Penyelesaian storan termajunya menangani cabaran dunia sebenar secara aktif seperti pengawalaturan frekuensi, integrasi boleh baharu dan keupayaan permulaan gelap, seterusnya memperkukuh kedudukannya sebagai penyedia bagi infrastruktur storan tenaga generasi akan datang yang komprehensif.
Keselamatan tetap menjadi keutamaan tertinggi buat syarikat ini. Pada Julai 2025, Envision berjaya melengkapkan ujian api ultra-padat selama 49 jam ke atas sistem storan tenaga pintarnya, iaitu ujian yang paling mencabar seumpamanya di peringkat global. Sistem ini menunjukkan kebingkasan yang luar biasa, mencapai penyebaran api sifar dan menetapkan penanda aras baharu untuk aspek keselamatan, kebolehskalaan dan kebolehinsuran dalam industri storan tenaga global.