SHENZHEN, China, 18 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 6 Ogos, Gartner mengeluarkan Magic Quadrant for Container Management 2025 (Magic Quadrant untuk Pengurusan Kontainer 2025), lalu memberi kedudukan kepada Huawei dalam kuadran Peneraju. Pengiktirafan ini dikaitkan dengan kepakaran mendalam Huawei Cloud dan pelaburan strategik dalam Cloud Native 2.0. Huawei Cloud telahpun berada di barisan hadapan, melancarkan beberapa produk kontainer yang inovatif seperti CCE Turbo, CCE Autopilot, Cloud Container Instance (CCI) dan Ubiquitous Cloud-Native Service (UCS). Produk-produk ini menyediakan infrastruktur natif-awan yang optimum untuk mengurus beban kerja terkontainer berskala besar dan boleh skala merentas awan awam, awan teragih, awan hibrid dan persekitaran pinggir.
Huawei Cloud berdaya saing dalam semua set tindakan yang dikaji, termasuk aplikasi natif-awan yang baharu, kontainerisasi aplikasi sedia ada, kontainer AI, aplikasi pinggir dan aplikasi awan hibrid, terutamanya dalam domain kontainer AI.
Huawei Cloud ialah penyumbang sumber terbuka yang aktif dan peneraju dalam ekosistem teknologi natif-awan. Huawei Cloud mengambil bahagian dalam 82 projek CNCF, memegang lebih 20 kedudukan penyenggara projek dan merupakan satu-satunya penyedia awan China yang memegang kedudukan naib kursi dalam TOC CNCF.
Huawei Cloud menawarkan matriks produk kontainer yang paling komprehensif dalam industri ini yang meliputi awan awam, awan teragih, awan hibrid dan senario pinggir serta diterima pakai secara meluas di peringkat global.
Starzplay, platform OTT di Timur Tengah, memanfaatkan Huawei Cloud CCI untuk beralih kepada seni bina tanpa pelayan, lalu mengupayakannya mengendalikan berjuta-juta permintaan capaian semasa Piala Dunia Kriket 2024 sekali gus mengurangkan kos sumber sebanyak 20%.
Penyedia logistik Singapura yang terkemuka Ninja Van mengkontainerisasikan sepenuhnya perkhidmatan menggunakan Huawei Cloud CCE, lantas memastikan sifar gangguan semasa waktu puncak dan meningkatkan kecekapan pemprosesan pesanan sebanyak 40%.
Chilquinta EnergÃa, salah satu daripada tiga syarikat kuasa utama Chile, menaik taraf platform data rayanya kepada seni bina natif-awan menggunakan Huawei Cloud CCE Turbo, lalu mencapai 90% peningkatan dalam purata prestasi dan mendayakan operasi yang lebih pintar.
Platform e-dagang Nigeria yang terkemuka, Konga beralih sepenuhnya kepada seni bina natif-awan berdasarkan CCE Turbo, lalu memastikan pengalaman membeli-belah yang lancar untuk berjuta-juta pengguna aktif bulanan.
Platform penciptaan visual China yang terkemuka Meitu memanfaatkan perkhidmatan awan CCE dan Ascend untuk menyokong penggunaan dan inferens pelbagai model dan algoritma, bagi memastikan lelaran pantas latihan berskala besar dan membolehkan 200 juta pengguna aktif bulanan berkongsi detik-detik kehidupan pada masa nyata.
Huawei Cloud akan terus bekerjasama dengan pengendali-pengendali global bagi memajukan inovasi teknologi natif-awan dan berkongsi kejayaan.
Sumber: Gartner, Magic Quadrant for Container Management 2025, 6 August 2025
Penafian: Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang dinyatakan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak menasihatkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mendapat penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner mengandungi pendapat daripada organisasi-organisasi penyelidikan dan penasihat Gartner dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.
GARTNER, MAGIC QUADRANT dan PEER INSIGHTS ialah tanda dagangan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau rakan-rakan sekutunya di A.S. dan di peringkat antarabangsa dan digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.