亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

DXC Dinobatkan sebagai Peneraju dalam Laporan Penilaian PEAK Matrix? untuk Perkhidmatan Pembangunan Aplikasi Tersuai 2025 Everest Group

DXC Technology Services, LLC
2025-08-20 21:48 23

Laporan berkenaan mengetengahkan kekuatan DXC memanfaatkan platform GenAI, melengkapkan jurutera perisian dengan aset dan perkhidmatan dikuasakan oleh AI yang selamat bertujuan mempercepat pembangunan perisian.

ASHBURN, Va., 20 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- DXC Technology (NYSE: DXC), penyedia perkhidmatan teknologi global Fortune 500 yang terkemuka, telah dinobatkan sebagai Peneraju oleh firma penyelidikan global Everest Group dalam laporan baharu kumpulan itu, "Penilaian PEAK Matrix® untuk Perkhidmatan Pembangunan Aplikasi Tersuai 2025." Pengiktirafan ini menegaskan kepimpinan DXC dalam membina aplikasi tersuai yang berbeza, boleh skala dan selamat yang disesuaikan mengikut keperluan perniagaan.

DXC Named a Leader in Everest Group’s Custom Application Development Services PEAK Matrix® Assessment 2025 Report
DXC Named a Leader in Everest Group’s Custom Application Development Services PEAK Matrix® Assessment 2025 Report

Everest Group mengetengahkan kekuatan DXC dalam memanfaatkan platform GenAI, serta dalam kecekapan dan produktiviti, mengenal pasti dan merekrut bakat terbaik dengan kepakaran kritikal dan mengekalkan standard penyampaian yang tinggi. Platform GenAI DXC melengkapkan jurutera perisian dengan katalog aset dan perkhidmatan bdikuasakan oleh AI yang berkuasa, dikawal selia dan selamat, termasuk pembantu pengekodan untuk mempercepat pembangunan perisian, memudahkan kerumitan dan mengurangkan kos pengendalian.

"Di DXC, kami menguruskan lebih 20,000 aplikasi untuk pelanggan di seluruh dunia dan telah mengubah lebih 2 bilion baris kod. Kami membantu perusahaan memperkemas, memodenkan dan mempercepat aplikasi masing-masing yang paling kritikal, membolehkan ketangkasan dan pertumbuhan yang lebih besar," kata Anand Srivastava, Ketua Talian Perkhidmatan dan Keupayaan Global untuk Perkhidmatan Aplikasi Tersuai di DXC. "Kepakaran industri dan inovasi dipacu AI kami yang mendalam menyampaikan hasil yang boleh diukur untuk pelanggan kami dan kami amat berbesar hati apabila usaha kami diiktiraf oleh Everest Group."

Memberikan perkhidmatan kepada 2,000 pelanggan di lebih 70 negara merentasi industri termasuk pengangkutan, peruncitan, telekomunikasi dan tenaga, sistem automasi pintar dan dipacu data DXC telah berjaya menghasilkan  untuk pelanggan.

"DXC Technology telah mengukuhkan kedudukan syarikat itu sebagai Peneraju dalam ruang pembangunan aplikasi tersuai, disokong oleh keupayaan dalaman yang kuat dan prestasi penyampaian yang tekal," kata Ankit Gupta, Naib Presiden di Everest Group. "Bersama platform AI, syarikat berjaya mempercepat pembangunan perisian dengan memanfaatkan automasi yang dipacu GenAI, meningkatkan produktiviti dan kecekapan dengan ketara. Pelanggan menghargai keupayaan DXC untuk mengenal pasti dan mengambil bakat terbaik, serta komitmennya yang teguh terhadap kecemerlangan penyampaian. Kekuatan ini telah menyumbang kepada kedudukan DXC sebagai Peneraju dalam Penilaian PEAK Matrix® untuk Perkhidmatan Pembangunan Aplikasi Tersuai 2025 Everest Group."

PEAK Matrix® ialah rangka kerja untuk menilai kejayaan pasaran relatif dan keupayaan keseluruhan penyedia perkhidmatan aplikasi terkemuka. Penilaian ini berdasarkan penilaian menyeluruh terhadap 31 penyedia teknologi terkemuka termasuk kajian kes, interaksi dengan penyedia perkhidmatan, semakan rujukan pelanggan dan analisis berterusan pasaran perkhidmatan aplikasi. Peneraju ditempatkan berdasarkan visi dan strategi syarikat, pelaburan ekosistem, keupayaan untuk terus mendahului trend pasaran dan mengekalkan momentum pertumbuhan.

Sebagai rakan kongsi Perkhidmatan Aplikasi Tersuai yang dipercayai kepada perusahaan di seluruh dunia, DXC memperkasa pelanggan untuk memanfaatkan platform digital terkini dengan aplikasi tersuai, membolehkan peningkatan ketahanan, pelancaran produk baharu dan kemasukan ke pasaran tambahan dengan gangguan yang minimum.

Petikan laporan Everest Group tersedia untuk dilihat di . Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Perkhidmatan Aplikasi Tersuai DXC, klik .

Maklumat Tentang DXC Technology 

DXC Technology (NYSE: DXC) ialah penyedia perkhidmatan teknologi maklumat terkemuka di dunia. Kami ialah rakan operasi yang dipercayai kepada banyak organisasi paling berinovatif di dunia, membina penyelesaian yang memajukan industri dan syarikat ke hadapan. Pakar kejuruteraan, perundingan dan teknologi kami membantu pelanggan memudahkan, mengoptimumkan dan memodenkan sistem serta proses masing-masing, menguruskan beban kerja paling kritikal, mengintegrasikan risikan dikuasakan AI ke dalam operasi, serta mengutamakan keselamatan dan kepercayaan. Ketahui lebih lanjut di .

Penafian 

Ekstrak berlesen yang diambil daripada Laporan PEAK Matrix® Everest Group, boleh digunakan oleh pihak ketiga yang berlesen untuk digunakan dalam aktiviti pemasaran dan promosi, serta cagaran masing-masing. Ekstrak terpilih daripada laporan PEAK Matrix® Everest Group tidak semestinya memberikan konteks penuh penyelidikan dan analisis kami.  Semua penyelidikan dan analisis yang dijalankan oleh penganalisis Everest Group dan termasuk dalam laporan PEAK Matrix® Everest Group adalah bebas dan tiada organisasi yang membayar yuran untuk dipaparkan atau mempengaruhi kedudukan kumpulan itu.  Untuk mengakses penyelidikan lengkap dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang metodologi kami, sila kunjungi .

Maklumat Tentang Everest Group 

Everest Group ialah firma penyelidikan global terkemuka yang membantu pemimpin perniagaan membuat keputusan dengan yakin. Penilaian PEAK Matrix® Everest Group menyediakan analisis dan cerapan yang diperlukan oleh perusahaan untuk membuat keputusan pemilihan kritikal tentang penyedia perkhidmatan global, lokasi dan produk serta penyelesaian dalam pelbagai segmen pasaran. Begitu juga, penyedia perkhidmatan, pembekal produk dan penyelesaian ini, melihat PEAK Matrix® untuk mengukur dan menentukur tawaran masing-masing terhadap yang lain dalam industri atau pasaran. Dapatkan butiran lanjut dan kandungan mendalam di .

Angelena Abate: Perhubungan Media, +1.646.234.8060, angelena. 

Foto -

Source: DXC Technology Services, LLC
Related Stocks:
NYSE:DXC
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Survey, Polls & Research Artificial Intelligence