![]() |
- Nets dan Suns Akan Bermain Perlawanan Pramusim pada 10 dan 12 Oktober di The Venetian Arena, Macau -
- Legenda NBA Shaquille O'Neal, Anggota MIRROR Keung To dan Artis Hip-Hop MC Jin akan Membuat Penampilan Istimewa sempena Hari Peminat NBA pada 11 Oktober -
MACAU, 20 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) dan Sands China Ltd. (HKEx: 1928.HK) mengumumkan pada hari ini bahawa tiket untuk NBA China Games 2025 dipersembahkan oleh Taobao 88VIP dan Hari Peminat NBA akan mula dijual kepada orang ramai pada hari ini jam 12 tengah hari Waktu Standard China (CST) di Cotai Ticketing, Taobao 88VIP, Trip.com dan MPay*. NBA China Games 2025 akan membawakan Brooklyn Nets dan Phoenix Suns bermain perlawanan pramusim pada hari Jumaat, 10 Oktober jam 8 malam CST dan Ahad, 12 Oktober jam 7 malam CST di The Venetian Arena, Macau.
NBA dan Sands China turut mengumumkan pada hari ini bahawa juara NBA sebanyak empat kali Shaquille O'Neal, anggota MIRROR Keung To dan artis hip-hop MC Jin akan membuat penampilan istimewa sempena Hari Peminat NBA, sebuah acara peminat yang interaktif pada hari Sabtu, 11 Oktober jam 4 petang CST di The Venetian Arena. Hari Peminat NBA akan meraikan NBA dan permainan bola keranjang dengan pelbagai hiburan peminat yang menampilkan pemain-pemain Nets dan Suns, termasuk cabaran kemahiran, pertandingan tiga mata, pertandingan melontar bola separuh gelanggang, penampilan maskot pasukan, persembahan oleh pasukan tarian Suns dan Nets, pertandingan slam dunk yang menampilkan pemain slam dunk profesional serta persembahan muzik oleh Keung To, MC Jin. Para peminat akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti di gelanggang bersama para tetamu selebriti termasuk anggota-anggota MIRROR Edan Lui, Stanley Yau dan ramai lagi yang akan diumumkan pada satu tarikh akan datang. Peminat-peminat boleh mengikuti perkembangan terkini mengenai maklumat acara mutakhir di .
Tiket akan bermula pada harga MOP/HKD 488 untuk permainan dan MOP/HKD 388 untuk Hari Peminat NBA.
Ketika ini, Nets menampilkan juara NBA 2023 Michael Porter Jr., pemain tengah Nic Claxton dan pilihan keseluruhan No. 8 2025 Egor Dëmin. Suns pula kini menampilkan pemenang pingat emas Olimpik dua kali dan pemain NBA All-Star sebanyak empat kali Devin Booker, ahli Pasukan Pertama NBA All-Rookie 2021-22 Jalen Green serta ahli Pasukan Kedua NBA All-Defensive 2022-23 Dillon Brooks.
NBA China Games 2025 yang dipersembahkan oleh Taobao 88VIP akan menemui peminat di lebih 200 negara dan wilayah melalui kaca televisyen, media digital dan media sosial. Sands China, Rakan Pusat Peranginan Bersepadu Rasmi NBA China, akan berperanan sebagai Penganjur Rasmi permainan ini. Permainan dan acara sekitar akan disokong oleh sekumpulan rakan kongsi, termasuk Rakan Penaja Utama Taobao 88VIP; Rakan Rasmi Ant International, Ctrip, Gatorade, JACK & JONES, Mengniu, Nike dan Tissot; serta Rakan Promosi NBA 2K dan Wilson.
* Saluran-saluran Tiket:
Cotai Ticketing
Trip.com
MPa y
Taobao 88VIP Member Center (ahli sahaja)
The NBA China Games 2025 presented by Taobao 88VIP and NBA Fan Day will go on sale to the public today at 12 p.m. CST (China Standard Time).
The NBA China Games 2025 presented by Taobao 88VIP and NBA Fan Day will go on sale to the public today at 12 p.m. CST (China Standard Time).
Untuk imej resolusi tinggi, sila akses yang berikut:
(Pautan sah sehingga 26 Ogos 2025)
Nama pengguna: Sands..mo
Kata laluan: SRMacao!@202508
(sensitif huruf)