JOHANNESBURG, 22 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 20 Ogos, dua SUV utama TIGGO9 Chery melakukan ujian perlanggaran hadapan ofset 50% pada kelajuan 50 km/j di atas jalan berturap yang panjang dan lurus di Afrika Selatan, umpama dua butir berlian sempurna yang bertembung antara satu sama lain pada tangan tuannya—hanya kristal yang paling keras dapat mendedahkan kekuatan dalaman kristal yang lain; hanya struktur keselamatan paling maju yang benar-benar dapat menguji keutuhan sesebuah kenderaan. Selepas hentaman, kedua-dua kabin TIGGO9 kekal utuh sepenuhnya tanpa sebarang ubah bentuk pada tiang A, B atau C. Semua beg udara—termasuk beg udara untuk pemandu, penumpang hadapan dan lutut—dipasang atur serta-merta apabila berlaku perlanggaran. Prapenegang tali pinggang keledar diaktifkan dengan segera, semua pintu boleh dibuka seperti biasa, lampu kecemasan dihidupkan secara automatik dan tiada kebocoran bahan api berlaku.
Badan kenderaan TIGGO9 menggunakan 85% keluli berkekuatan tinggi, termasuk 21% keluli terbentuk panas 1500MPa pada bahagian yang kritikal seperti tiang A dan B. Struktur hadapannya mempunyai dwirasuk laga aluminium dengan 85 liputan lebar silang dan enam kotak laga yang menyerap dan menyebarkan tenaga hentaman dengan berkesan. Kenderaan ini turut dilengkapi dengan 10 beg udara, termasuk beg udara tirai sisi 2060mm yang mengekalkan tekanan lebih 50% selama 6 saat selepas pasang atur dan satu beg udara tengah di antara tempat duduk hadapan bagi mengurangkan risiko hentaman sekunder.
Ujian ini menunjukkan satu pencapaian penting dalam cabaran keselamatan enam dimensi global Chery yang berasaskan pengesahsahihan persekitaran melampau yang sebelum ini dijalankan di wilayah-wilayah seperti Indonesia dan Mexico. Sebagai pembuat kereta Cina pertama yang mencapai lima juta eksport kenderaan, Chery turut dinamakan sekali lagi dalam senarai Fortune Global 500 hanya bulan lalu. Di sebalik pencapaian "Double 500" ini, adanya komitmen Chery yang tidak berbelah bahagi terhadap kualiti global yang konsisten—tidak kira di mana kenderaannya dipandu, struktur keselamatan asasnya kekal bingkas dan tahan lama seperti berlian. Dedikasi ini bukan sahaja merangkum visi untuk "Membolehkan semua orang menikmati perlindungan lima bintang," tetapi juga sebagai penghormatan kepada falsafah teras jenama ini: "Keselamatan, buat Seisi Keluarga."
Pada petang yang sama, TIGGO9 membuat kemunculan sulung rasminya di pasaran Afrika Selatan. Keesokan harinya, Chery bergabung tenaga dengan UNICEF untuk melancarkan forum "Champion for Education in Africa" ("Jaguh Pendidikan di Afrika") dengan memulakan usaha kolaboratif untuk mengatasi cabaran pendidikan yang dihadapi oleh kanak-kanak di seluruh rantau ini. Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, rancangan turut diumumkan untuk membiayai pembinaan Hope Primary Schools. Usaha ini memperkukuh etos "Di Afrika, Untuk Afrika" Chery, seterusnya memperluas komitmen keselamatannya bermula daripada teknologi produk hinggalah tanggungjawab sosial.