亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Kenderaan Elektrik Pintar €5,990 Takrifkan Semula Mobiliti Riang

ASTRAUX
2025-08-24 14:11 20

BEIJING, 24 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Jenama inovasi China, ASTRAUX dijangka akan menganjurkan Acara Pelancaran Globalnya pada 4 September 2025 di Berlin bagi memperkenalkan tiga produk rintis di IFA 2025:


Siri ASTRAUX Micro Smart EV AL: kenderaan elektrik mikro baharu daripada ASTRAUX yang direka untuk memenuhi permintaan mobiliti bandar dan juga menarik minat semua generasi. Diperakui di bawah kategori L6e/L7e EU, ia boleh dipandu secara sah di sisi undang-undang bermula daripada usia 14 tahun di negara-negara Eropah tertentu—lantas memberikan kebebasan dan keseronokan baharu kepada pengangkutan bandar.

Dari segi visual, kenderaan ini menonjol dengan konsep reka bentuk yang benar-benar asli: lampu puncak bulat bersaiz besar, bumbung matahari panoramik dan reka letak pandangan 360° yang menggabungkan ciri personaliti yang berani dengan tahap keselamatan dipertingkat. Di ruang dalam, ia menawarkan karaoke dalam-kereta serta pencahayaan ambien, manakala bahagian luarnya pula ia dilengkapi dengan dron—mengubahnya daripada sebuah kereta ringkas menjadi hab hiburan mudah alih.

Di acara pelancaran ini, ASTRAUX akan turut memperkenalkan dua inovasi tambahan: robot pendamping dikuasakan AI Aimon dan cermin mata hitam AI yang merupakan langkah terkini oleh jenama ini dalam teknologi pintar dipacu gaya hidup.

Direka untuk semua generasi, ASTRAUX membawakan falsafah baharu iaitu "Keriangan buat Semua" yang menggabungkan gaya, teknologi serta kemampuan. Pelancaran silang kategori ini menyaksikan satu langkah yang berani terhadap mobiliti pintar, kebersamaan emosi dan pengalaman AI boleh pakai.

Tawaran Tempoh-Terhad — Bermula hari ini hingga 6 September, 24:00 CET, tempah mana-mana produk pada harga hanya €9.9 dengan bayaran balik penuh diberikan sehingga 10 November:

Harga tempahan awal ASTRAUX AL7: €7,990 (Harga biasa €8,990)

Harga tempahan awal ASTRAUX AL6: €5,990 (Harga biasa €6,990)

Visi ASTRAUX adalah untuk menjadikan reka bentuk inovatif boleh dicapai, seterusnya memberikan teknologi yang lebih bijak, lebih ceria dan lebih mampu milik kepada pengguna. Seperti yang dinyatakan oleh jenama ini: "Gayakannya. Nikmatinya. Paparkannya."

Kira detik sudahpun bermula. Sertai kami di IFA Berlin dan saksikan era baharu kehidupan pintar.

Laman Web:
Pautan Prapesan:
Hubungan Media: press. 
Media Sosial:

Instagram: @Astraux.global
TikTok: @astrauxglobal
Facebook: @Astraux.global

Source: ASTRAUX
Keywords: Auto Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Transportation New products/services Trade show news