亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

BBLAM Thailand Bakal Lancar FOF Berfokus-China dengan kerjasama E Fund China

E Fund Management
2025-08-27 10:43 7

GUANGZHOU, China, 27 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- BBL Asset Management (BBLAM), salah satu pengurus aset yang terbesar di Thailand akan melancarkan Bualuang China Next Economy Fund (B-CNNEXT) pada 26 Ogos. Dana-daripada-dana (FOF) ini akan melabur melalui saluran QFII dalam dana ekuiti yang diuruskan oleh E Fund Management (E Fund), iaitu pengurus dana amanah terbesar di China bagi membantu pelabur Thailand merebut peluang dalam transformasi ekonomi China.

Sejak beberapa tahun lalu, Thailand menyaksikan minat yang semakin meningkat terhadap peluang pelaburan asing, terutamanya di China. "Kami memerhatikan pasaran Cina dengan teliti, dalam strategi berkaitan Thailand China yang membentuk sebahagian besar daripada tawaran luar pesisir untuk pelabur Thailand. Selisih pulangan antara pengurus global dan pengurus dalam pesisir di tanah besar China adalah sangat besar. Baru-baru ini, BBLAM memperoleh lesen QFII untuk memanfaatkan sepenuhnya penilaian strategi yang terbaik di tanah besar China," kata Khun Anak Kittivat, Pengurusan Pelaburan Global di BBLAM. "Perkongsian bersama E Fund menunjukkan komitmen kami untuk mengembangkan francais strategi China kami di Thailand. Kami percaya bahawa tema pelaburan struktur China tetap utuh dalam bidang-bidang seperti AI, tenaga boleh baharu, robotik dan penjagaan kesihatan yang kesemuanya kelihatan amat meyakinkan."

Pelancaran ini dibuat berasaskan kolaborasi strategik BBLAM dengan E Fund, rakan kongsi Cina pertamanya, susulan MOU yang ditandatangani pada Mac 2024. Perkongsian ini diperkukuh lagi pada Disember 2024, apabila Bualuang China Equity Fund BBLAM melabur dalam E Fund Ruiheng Hybrid Fund. Pelancaran produk FOF baharu yang akan datang ini turut menyaksikan satu lagi pencapaian dan menekankan kerjasama yang semakin erat antara kedua-dua firma. Berlatarbelakangkan pembukaan pasaran modal China yang progresif, E Fund memajukan strategi globalisasinya melalui subsidiari-subsidiari luar negara dan perkongsian strategik bersama pengurus-pengurus aset global yang terkemuka. Usaha ini memberi kedudukan kepada E Fund sebagai jambatan untuk pelabur global yang memperuntukkan dana kepada China, seterusnya menawarkan kebolehcapaian yang lebih besar dan perkhidmatan yang dipertingkat.

Latar Belakang E Fund 

Ditubuhkan pada tahun 2001, E Fund ialah pengurus dana amanah komprehensif yang terkemuka di China dengan aset di bawah pengurusan melebihi RMB 3.6 trilion (US$ 512 bilion) setakat 30 Jun 2025. Ia menawarkan penyelesaian pelaburan kepada pelanggan dalam pesisir dan luar pesisir bagi membantu pelanggan mencapai prestasi pelaburan mampan dalam tempoh jangka panjang. Pelanggan E Fund melibatkan individu dan juga institusi, bermula daripada bank pusat, dana kekayaan negara, dana keselamatan sosial, dana pencen, syarikat insuran dan insurans semula, hinggalah syarikat korporat dan juga bank. Berorientasikan jangka panjang, ia memfokuskan pada perniagaan pengurusan pelaburan sejak ditubuhkan dan percaya akan kuasa penyelidikan yang mendalam dan masa melabur. Ia merupakan perintis dan pengamal yang utama bagi pelaburan yang bertanggungjawab di China dan diiktiraf secara meluas sebagai salah satu pengurus aset Cina yang paling dipercayai dan cemerlang.

Latar Belakang BBLAM 

BBL Asset Management Company Limited (BBLAM) ialah sebuah syarikat pengurusan pelaburan terpelbagai dan meluas yang komited untuk menawarkan prestasi yang unggul kepada pelabur. Ditubuhkan pada Mac 1992, syarikat ini membina dana di bawah pengurusannya kepada kira-kira 768,832 juta baht atau 24 bilion USD setakat Disember 2024.

BBLAM menawarkan dan mengurus pelbagai jenis dana dalam strategi ekuiti, pendapatan tetap, peruntukan aset serta harta tanah untuk pelanggan institusi dan runcit, di samping dana pelaburan harta tanah (REITS) & perniagaan dana swasta infrastruktur dan kumpulan wang simpanan.

Source: E Fund Management
Keywords: Banking/Financial Service Mutual Funds Contracts Licensing/marketing agreements