亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

CATL Perkenal TENER Stack di Smarter E South America 2025, Luaskan Kehadiran di Amerika Selatan

Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
2025-08-28 14:19 18

SÃO PAULO, 28 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- CATL, peneraju bertaraf global bagi penyelesaian storan tenaga yang inovatif, memperkenalkan teknologinya yang terkini menerusi kemunculan sulungnya di Smarter E South America 2025, iaitu pameran storan tenaga yang terbesar di benua ini. TENER Stack—ketika ini merupakan sistem storan tenaga boleh tindan, berkapasiti amat besar 9MWj yang pertama di dunia—boleh disesuaikan dengan teknologi sel CATL yang berbeza, menawarkan degradasi sifar sama ada sehingga lima tahun atau rintangan suhu yang tinggi. Ia sesuai untuk iklim Amerika Selatan yang berbagai-bagai, lantas menonjolkan komitmen CATL terhadap pembangunan tenaga mampan di seluruh rantau ini.


"Brazil memiliki salah satu aplikasi sistem storan tenaga yang paling terpelbagai di dunia. Menerusi rekod prestasi kami yang terbukti dalam menyampaikan penyelesaian produk untuk beraneka jenis aplikasi penyahkarbonan dan juga perkongsian tempatan yang kukuh yang dijalin, kami komited untuk membantu mempercepat usaha peralihan rantau ini kepada tenaga bersih," kata Ray See, Presiden Eksekutif, Bahagian Perniagaan Storan Tenaga Benua Amerika.

Disesuaikan untuk keadaan Brazil yang mencabar

Pasaran tenaga Brazil berada pada titik genting dan bersiap sedia untuk mencapai pertumbuhan pesat lantaran grid yang didominasi oleh tenaga boleh baharu, bagi mencetuskan permintaan terhadap penyelesaian fleksibiliti. BloombergNEF mengetengahkan bahawa storan di Brazil "bersedia untuk bermula serta-merta" kerana menjelang tahun 2050, Brazil memerlukan nilai pelaburan tenaga sebanyak lebih $6 trilion bagi mencapai Sifar Bersih, lantas menonjolkan potensinya yang amat besar.

Sebagai respons kepada permintaan yang berkembang pesat di rantau ini, CATL memperkenalkan TENER Stack, iaitu produk rintis yang mewakili lonjakan strategik ke hadapan dalam aspek kapasiti, fleksibiliti penggunaan, keselamatan serta kebolehangkutan.

Sistem ini menyimpan tenaga sebanyak 9MWj yang boleh mengecas sepenuhnya 45 buah bas elektrik dengan pek bateri 200kWj atau menyediakan bekalan elektrik selama 6 tahun untuk purata isi rumah Brazil. Ia menggunakan kawasan tanah 45% dengan lebih cekap dan menawarkan unjuran ketumpatan tenaga 50% lebih tinggi berbanding sistem 20-kaki konvensional. Bagi projek-projek besar, ia memerlukan 45% lagi sedikit kontena untuk membina stesen 800MWj berbanding sistem 5MWj.

Fleksibilitinya terbina dalam. Reka bentuk "dua-dalam-satu" mempunyai berat kurang daripada 36 tan, lalu memastikannya mematuhi peraturan pengangkutan di 99% pasaran global. Keserasiannya dengan kaedah penghantaran standard dapat mengurangkan kos pengangkutan sehingga 35%, manakala pusat graviti yang lebih rendah memastikan kestabilan pada laluan dengan jambatan, terowong dan kekangan infrastruktur luar bandar.

Keselamatan dan keandalan turut dibangunkan dalam TENER Stack. Ia menggunakan kimia bateri LFP untuk kestabilan terma dan penderia gas dinaik taraf yang 40% lebih sensitif, bagi mencetuskan pemadaman kebakaran 35% lebih pantas. Penebatan tiga lapisan memberikan rintangan api sehingga dua jam lamanya. Sistem ini juga memenuhi piawaian seismik IEEE693, atau sebaliknya dapat difahami sebagai mampu bertahan dengan magnitud gempa bumi kategori 9 dan taufan Kategori 5. Pengurusan terma overhednya mengekalkan hingar kepada hanya 65dB(A), lantas menjadikannya sesuai untuk digunakan di bandar.

Pasaran Brazil dan Amerika Selatan yang lain turut membawa cabaran yang unik: turun naik grid yang kerap berlaku, suhu ambien yang tinggi dan sumber penyelenggaraan yang terhad bagi pemasangan jarak jauh. TENER Stack direkayasa khususnya untuk keadaan yang pelbagai seperti ini.

Penderia gas baharunya menawarkan jangka hayat tanpa penyelenggaraan selama 10 tahun, berbanding penderia 2-tahun tradisional, lalu mengurangkan gangguan operasi di tapak yang sukar dicapai. Sementara itu, sistem UPS kontena yang direka bentuk semula membawakan reka bentuk berkuasa sendiri yang menghapuskan pergantungan pada bateri asid plumbum berhayat pendek atau bateri LFP 8-tahun, melanjutkan sandaran untuk BMS dan kipas kalis letupan daripada 20 minit kepada 2 jam semasa gangguan bekalan kuasa.

Seiring bersama tawaran-tawaran lain seperti siri EnerOne+ dan TENER, CATL memberikan pilihan yang lebih luas untuk projek-projek tenaga luar grid, komersial dan skala utiliti. Direka agar ringan, sangat mudah alih dan dilengkapi dengan sistem pengurangan kelembapan bersepadu, penyelesaian ini dibina agar mampu bertahan dalam keadaan lembap hutan hujan dan beroperasi secara andal dalam suhu melampau bermula daripada -35°C hingga 55°C. CATL menyediakan penyelesaian tenaga tersuai untuk projek-projek daripada semua skala di seluruh Brazil dan juga Amerika Selatan.

Komited terhadap Masa Depan Lestari Amerika Selatan

CATL sudahpun mendapat pengiktirafan di Brazil dengan membekalkan kuasa kepada projek storan skala utiliti yang pertama di negara ini, Projek Storan Tenaga Registro pada tahun 2022. Setelah beroperasi secara stabil selama tiga tahun, ia menjadi penanda aras bagi industri storan tenaga di Amerika Selatan. Tapak ini meraih pencapaian penting pada tahun ini dengan meluaskan stesen janakuasa pertama yang menyaksikan fasa pertumbuhan yang baharu untuk CATL di pasaran tempatan.

Selain Brazil, CATL terus-menerus memperkukuh susun atur perniagaan globalnya, mempercepat pengembangan industri dan terus meningkatkan daya saing terasnya di seluruh Amerika Selatan. Syarikat ini juga aktif membina pasukan tempatan di Chile, Argentina, Mexico, Colombia dan Republik Dominika.

Pada September ini, pejabat Amerika Selatan baharu bakal dibuka di Chile bagi memberikan kepakaran dan sokongan tempatan kepada inovasi pelanggan. Menerusi siri TENER dan produk storan tenaga canggih yang lain, CATL terus menerobos sempadan dan memperkukuh komitmennya untuk membantu rakan kongsi Amerika Selatan dan global mempercepat peralihan tenaga dengan menyampaikan penyelesaian yang lebih fleksibel, selamat dan mampan.

Setakat penghujung separuh pertama tahun 2025, produk-produk ESS daripada CATL digunakan dalam lebih 2,000 projek di seluruh dunia yang mencakupi semua zon iklim dan persekitaran pengendalian. CATL juga menduduki tempat pertama bagi bahagian pasaran penghantaran bateri storan tenaga global selama empat tahun berturut-turut pada tahun 2024, yang menggunakan lebih 93GWH.

 

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
Related Stocks:
HongKong:3750 Shenzhen:300750
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Utilities New products/services Trade show news