![]() |
LONDON, 29 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- , broker CFD pemenang anugerah, hari ini mengumumkan peranannya sebagai FC Internazionale Milano (Inter) di Asia. Perikatan strategik ini menyatukan dua peneraju industri dengan nilai global yang dikongsi bersama, sekali gus mencipta pengalaman yang menggabungkan semangat bola sepak dengan pemerkasaan ilmu dagangan.
Apabila Kewangan Bertemu Bola Sepak
Dengan kisah kejayaan yang merangkumi 20 gelaran liga, tiga trofi Liga Juara-Juara UEFA dan kemenangan treble bersejarah pada 2010, FC Internazionale Milano mencerminkan semangat kemenangan yang dibina berasaskan kecemerlangan, disiplin dan prestasi. Ultima Markets mengamalkan prinsip yang sama dalam sektor kewangan, memperkasakan pedagang melalui infrastruktur pintar, wawasan pasaran dan sokongan yang telus.
Perkongsian ini menggambarkan komitmen bersama terhadap inovasi dan keterlibatan, serta menyampaikan inisiatif dan pengalaman yang dapat dihayati oleh khalayak global yang semakin berkembang. Menjadi tonggak utama pengembangan global Ultima Markets, kerjasama ini bukan sahaja menghubungkan jenama dengan komuniti peminat Inter di seluruh dunia, malah turut menarik pedagang baharu yang berkongsi semangat terhadap permainan ini.
Gareth Derbyshire, Ketua Pegawai Strategi di Ultima Markets, berkata:"Sukan bola sepak memberi inspirasi kepada berjuta-juta orang melalui dedikasi, kerja berpasukan dan ketepatan. Nilai-nilai ini turut kami pegang di Ultima Markets dalam membimbing usaha memperkasakan pedagang setiap hari. Kerjasama kami bersama Inter Milan melangkaui sekadar pendedahan jenama, ia bertujuan menjalin hubungan bermakna yang mendekatkan peminat dengan permainan serta pemerkasaan kewangan."
Giorgio Ricci, Ketua Pegawai Hasil di FC Internazionale Milano, berkata:"Ultima Markets mencerminkan semangat berpandangan jauh dan cita-cita tinggi yang seiring dengan nilai-nilai Inter. Perkongsian ini merupakan langkah penting untuk mengukuhkan lagi kehadiran kami di Asia rantau di mana Inter memiliki salah satu sokongan terbesar, dengan lebih 295 juta peminat. Melalui perjanjian ini, kami dapat menarik peminat dengan inisiatif yang inovatif dan dinamik."
Membuka Peluang untuk Peminat dan Pedagang
Melalui perkongsian jangka panjang ini, Ultima Markets akan memperkenalkan kandungan berjenama bersama, pengaktifan digital serta inisiatif pendidikan yang disesuaikan dengan komuniti kewangan dan sukan yang berkembang pesat di Asia.
Ikuti saluran media sosial Ultima Markets Markets , , , dan untuk sentiasa mendapatkan perkembangan terkini tentang kerjasama Ultima Markets x Inter Milan.
Latar Belakang Ultima Markets
ialah broker berlesen, pemenang anugerah dan berbilang aset, menawarkan capaian kepada lebih 250 instrumen CFD meliputi mata wang asing (forex), komoditi, indeks dan saham. Baru-baru ini, syarikat ini telah dianugerahkan sebagai Platform Perdagangan Berbilang Aset Paling Maju Eropah 2025 dan merupakan broker CFD pertama yang menyertai UN Global Compact.
CFD ialah instrumen kompleks yang membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. Pastikan anda memahami sepenuhnya risiko sebelum berdagang.
Latar Belakang Inter
FC Internazionale Milano (Inter), ditubuhkan pada tahun 1908, ialah salah satu kelab bola sepak paling bersejarah di Eropah, terkenal dengan kekayaan sejarah, warna hitam-biru ikonik serta legasi kejayaan domestik dan antarabangsa. Dengan lebih 530 juta peminat di seluruh dunia, Inter terus mengukuhkan kehadirannya di pelbagai rantau utama dengan bertunjangkan kecemerlangan dalam sukan bola sepak.