FOSHAN, China, 31 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Midea Group menggapai pencapaian kewangan yang bersejarah dengan hasil melebihi RMB 100 bilion selama dua suku tahun berturut-turut dan mencecah nilai RMB 252 bilion yang luar biasa dalam separuh pertama (H1) tahun 2025. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 15.7% tahun ke tahun (YoY), dengan keuntungan melonjak kepada RMB 26 bilion yang menyaksikan kenaikan sebanyak 25%.
Hasil di Tanah Besar China meningkat sebanyak 14.2%, seterusnya menunjukkan penembusan pasaran Midea Group yang kukuh di China. Di peringkat antarabangsa, hasil syarikat mengalami lonjakan 17.7% yang ketara. Operasi OBM (Pengilangan Jenama Asli) mencatatkan pertumbuhan hasil yang besar, dengan peningkatan lebih 30% YOY bagi hasil jualan e-dagang. Semasa H1 2025, Midea Group menyempurnakan pemerolehan Teka Group (tidak termasuk subsidiari Rusia milik Teka).
Segmen pengguna (ToC) melaporkan hasil sebanyak RMB 167 bilion, peningkatan sebanyak 13.3%, manakala hasil penyelesaian komersial dan industri (ToB) meningkat sebanyak 20%.
Segmen tenaga baharu dan teknologi industri mencapai RMB 22 bilion, manakala hasil teknologi bangunan pintar mencecah RMB 19.5 bilion dan hasil robotik dan automasi berjumlah RMB 15.1 bilion.
Midea melabur sebanyak RMB 8.8 bilion dalam R&D (penyelidikan dan pembangunan), dengan peningkatan 14% dalam separuh pertama tahun 2025. Pemerolehan lebih 5500 paten baharu pada tahun 2025 memberi tempat kepada Midea dalam kalangan 10 pemegang paten global teratas. Jaringan globalnya yang terdiri daripada 38 pusat R&D dan 63 pangkalan pengeluaran menonjolkan kepimpinannya dalam pembuatan pintar serta transformasi digital.
Midea Group mengekalkan kehadiran yang konsisten dalam impak Fortune China ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) serta penarafan MSCI ESG 2025 kepada A. Kelebihan inovatif syarikat ini ditunjukkan melalui kemudahan pembuatan termajunya, termasuk 37 kilang hijau, 13 rantaian bekalan hijau, 9 didayakan oleh 5G dan 6 "Kilang Rumah Api Dunia". Tanggal 26 Ogos, Midea Washing Machine Jingzhou (Hubei) Factory menerima pensijilan daripada World Records Certification Agency (WRCA) yang berpangkalan di London sebagai "Kilang Pintar Pertama di Dunia dengan Liputan Kecemerlangan Pelbagai Bidang".
Diiktiraf di peringkat global, Midea Group mengekalkan kehadiran yang konsisten dalam Fortune Global 500, memperoleh kedudukan ke-246 pada tahun 2025 dan sebagai syarikat berkedudukan ke-184 dalam senarai Forbes Global 2000 2025, lalu mengesahkan kehadiran jenama global dan pengaruh pasarannya yang kukuh.
Biarpun berlakunya ketaktentuan ekonomi, Midea Group menunjukkan kebingkasan melalui pertumbuhan hasil separuh tahunan yang ketara. Dengan tumpuan yang strategik ke atas inovasi, kecekapan operasi dan pengembangan global, syarikat ini berada pada kedudukan yang membolehkannya mencapai pertumbuhan yang berterusan, komited untuk melabur dalam R&D serta transformasi digital.
Keputusan kewangan H1 2025 menonjolkan prestasi Midea Group yang mantap dalam pasaran domestik dan juga antarabangsa, menggambarkan strategi seimbang yang mengintegrasikan inovasi teknologi, kecemerlangan operasi serta kehadiran global yang kukuh.