亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Yingli Solar Tetapkan Penanda Aras Kualiti Baharu untuk Modul PV Berprestasi Tinggi

Yingli Solar
2025-09-01 10:25 1

BAODING, China, 1 September 2025 /PRNewswire/ -- Yingli Solar, peneraju bertaraf global bagi teknologi fotovolta, hari ini memperincikan mengenai sistem kawalan kualitinya yang berbilang lapisan dan ketat yang menjelaskan asas keandalan modul-modulnya yang luar biasa, penjanaan kuasa yang tinggi serta jaminan prestasi 30-tahun yang utama dalam industri ini.

Alami Siaran Berita Berbilang Saluran interaktif lengkap di sini:

Komitmen Yingli bermula dengan sumbernya menerusi proses pemeriksaan bahan mentah 8-langkah. Hal ini termasuk pengujian prestasi yang ketat, penilaian keandalan, audit pembekal bersama dan persampelan yang tetap. Pengurusan pembekal yang mantap dan kebolehkesanan bahan penuh mewujudkan halangan kritikal pertama yang dapat menjaga kualiti produk.

Yingli Automated Production Line
Yingli Automated Production Line

Di dalam kemudahan pengeluaran pintarnya, Yingli melaksanakan 115 titik kawalan kualiti berperingkat. Pemeriksaan visual AI yang canggih, pengujian produk automatik, pengendalian robotik dan penjejakan digital bersepadu bagi memastikan ketepatan pada setiap peringkat – bermula daripada pematerian automatik hinggalah pengacuan. Pemantauan pengeluaran 100% pada masa nyata melalui sistem MES menganalisis setiap komponen, menetapkan penanda aras baharu untuk pembuatan solar pintar yang didorong oleh data.

Sebelum penghantaran, modul-modul perlu melalui proses penilaian yang menyeluruh di makmal Yingli terakreditasi CNAS & UL. Kemudahan dalaman ini memiliki keupayaan yang komprehensif untuk penyelidikan sel, analisis bahan, pengujian keandalan komponen serta pengesahan prestasi lapangan. Yingli turut menguatkuasakan piawaian ujian yang kerap melangkaui keperluan industri.

Di samping itu, modul-modul Yingli menjalani pensijilan pihak ketiga yang ketat di peringkat global. Ini termasuk kadar degradasi tahunan yang terbukti rendah daripada pengujian lapangan luar, berserta pensijilan untuk kebingkasan beban mekanikal, prestasi anti-PID, rintangan kakisan dan sebagainya. Pengesahan pelbagai aspek ini mengesahkan keupayaan Yingli untuk menyampaikan penjanaan kuasa yang stabil selama lebih 30 tahun yang disokong oleh jaminan yang kukuh.

"Bermula daripada bahan mentah hinggalah pensijilan akhir, ekosistem kualiti bersepadu kami tidak menyerahkan satu apa pun kepada nasib," ujar Wang Hui, Pengurus Kawalan Kualiti & Pasca Jualan. "Fokus tanpa henti inilah yang membuatkan pelanggan di seluruh dunia mempercayai Yingli untuk hasil yang tinggi secara konsisten, ketahanan yang tidak berbelah bahagi dan pulangan pelaburan jangka panjang yang maksimum."

Latar Belakang Yingli Solar:
Yingli Solar ialah pengilang panel solar global terkemuka yang mengkhusus untuk menyediakan produk PV yang berkualiti tinggi dan berkecekapan tinggi. Melalui inovasi yang berterusan dan komitmen tanpa kompromi terhadap kawalan kualiti, Yingli menyampaikan penyelesaian solar yang berprestasi tinggi dan andal untuk projek-projek kediaman, komersial serta skala utiliti di seluruh dunia.

Hubungan Media:

Source: Yingli Solar
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities