BERLIN, 1 September 2025 /PRNewswire/ -- Morphy Richards, nama yang dipercayai dalam bidang peralatan rumah dengan legasi selama 89 tahun akan memperkenalkan inovasinya yang terkini di IFA Berlin 2025 (5–9 September, Dewan 7.1C, Reruai 105) di bawah tema . Pameran ini akan mengetengahkan gabungan antara ketukangan warisan dengan teknologi canggih oleh Morphy Richards, lantas mentakrifkan semula kehidupan moden.
Inovasi Unggulan untuk Kediaman Hari Ini
Berdasarkan kejayaan yang mengumpul sebanyak kira-kira $1 juta di Kickstarter dan memperoleh anugerah di IFA 2024, Morphy Richards akan memperkenalkan buat julung kalinya S1 Ultra di IFA 2025. Dikuasakan oleh Fusion Max Tech, S1 Ultra menawarkan kefungsian lima-dalam-satu, termasuk penyejukan, pemanasan, pelembapan, aliran udara dan operasi tanpa salur, seterusnya memberikan keselesaan sepanjang tahun. Diilhamkan oleh enjin pesawat dan ditonjolkan dengan unsur kayu yang halus, ia menggabungkan inovasi termaju dengan reka bentuk yang elegan, lantas menggambarkan pemahamannya yang mendalam dan didorong oleh pengguna.
Di samping S1 Ultra, Morphy Richards akan mempamerkan Set Cerek dan Pembakar Roti Fusion yang dinaik taraf dengan pemegang ergonomik serta elemen berinspirasikan kayu yang menggabungkan kefungsian dengan keanggunan yang minimalis. Morphy Richards akan turut memperkenalkan buat julung kalinya inovasi seperti Mesin Ais Berperisa Infusechill, Pembuat Ais 3-dalam-1 MixChill, Mesin Espreso Automatik Sepenuhnya dan rangkaian produk klasik bagi tujuan penerokaan di lapangan.
Pengembangan dan Perkongsian Global
IFA berperanan sebagai platform strategik untuk Morphy Richards memperkenalkan produk-produk unggulan dan meluaskan jejak globalnya. Sepanjang tahun lalu, jenama ini mendapat pengiktirafan daripada media, pempengaruh serta atlet di serata dunia—ditonjolkan semasa Sukan Olimpik Paris—lantas memantapkan reputasinya terhadap penyelesaian pintar dan moden.
Memandang ke hadapan, Morphy Richards memfokuskan untuk membina perkongsian strategik, melabur dalam pembuatan mampan serta mengembangkan portfolio produknya bagi menjadikan peralatan inovatif boleh dicapai oleh lebih banyak isi rumah. Pelancaran IFA Berlin yang akan datang menggambarkan komitmen jenama ini terhadap "Kemajuan yang Membawa Pencerahan" yang menggabungkan dengan lancar ketukangan warisan dengan reka bentuk berpandangan jauh bagi menambah baik kehidupan seharian sekali gus menyampaikan penyelesaian yang andal, maju dari segi teknologi dan elegan secara estetik.
Kunjungi Kami di Dewan 7.1C, Reruai 105
Pengunjung boleh meneroka demonstrasi secara langsung, berinteraksi dengan pakar dan menemui bagaimana caranya Morphy Richards menggabungkan warisan dengan futurisme demi mewujudkan persekitaran yang bergaya dan pintar, seperti yang ditunjukkan melalui komitmennya untuk "Berinovasi demi Kemajuan Membawa Pencerahan".
Latar Belakang Morphy Richards
Morphy Richards, ditubuhkan pada tahun 1936, ialah peneraju bertaraf global bagi peralatan rumah merentas 26 negara. Menerusi inovasi selama 89 tahun, kami memberikan sokongan andal, penyelesaian pintar dan perkhidmatan tersuai, seterusnya memperkasakan rakan kongsi dan pengguna dengan kecemerlangan kualiti serta pertumbuhan mampan di seluruh dunia.
Temui lebih banyak lagi: