亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

ZTE dan MTN pasang atur komersial RRU 5-jalur pertama dunia

ZTE Corporation
2025-09-05 11:24 5

JOHANNESBURG, 5 September 2025 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi bersepadu dan MTN, pengendali yang terkemuka di Afrika, mengumumkan pada hari ini kejayaan pasang atur komersial Unit Radio Jauh (RRU) 5-jalur yang pertama di dunia. Pencapaian ini, yang diraih di Wilayah Western Cape Afrika Selatan, menunjukkan kemajuan yang penting dalam teknologi frekuensi radio global dan menyuntik momentum yang kuat ke dalam evolusi teknologi industri telekomunikasi Afrika.


ZTE dan MTN pasang atur komersial RRU 5-jalur pertama dunia

Sebagai salah satu pasaran telekomunikasi terbesar dan paling maju di Afrika, Afrika Selatan memberikan perkhidmatan kepada penduduk seramai lebih 60 juta orang, dengan MTN menyediakan lebih daripada 97% liputan penduduk LTE di seluruh negara. Jangkauan yang luas ini menggambarkan komitmen MTN untuk menyampaikan perkhidmatan komunikasi yang berkualiti tinggi walaupun kepada komuniti yang paling terpencil.

Dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan berbilang jalur dan berbilang modul, pengendali rangkaian berdepan dengan cabaran yang semakin bertambah seperti penggunaan kuasa, beban menara dan ruang terhad, yang kesemuanya boleh menghalang evolusi rangkaian mudah alih. Pasang atur RRU 5-jalur MTN baru-baru ini dapat mengatasi isu-isu ini secara langsung. Penyelesaian inovatif ini meningkatkan prestasi rangkaian, meningkatkan kecekapan tenaga, dan mempermudah proses pasang atur, lalu mengupayakan pengembangan ketersambungan generasi akan datang yang lebih pantas dan lebih mampan.

Jalur frekuensi baharu pada tapak mudah alih memerlukan perkakasan baharu serta ruang dan kuasa tambahan. RRU 5-jalur, dikuasakan oleh cipset reka bentuk dalaman ZTE, mengintegrasikan semua jalur rendah dan pertengahan (FDD) MTN South Africa ke dalam satu unit kompak. Integrasi ini dapat mengurangkan bilangan modul Frekuensi Radio RAN pada menara sebanyak 50%, mengurangkan berat peralatan sebanyak 23% dan meminimumkan rintangan angin sebanyak 18%. Pengoptimuman ini memperkemas pembinaan tapak, mengurangkan kerumitan pasang atur dan mengosongkan ruang berharga pada menara.

Selain itu, seni bina penguat Super-N inovatif daripada ZTE memanfaatkan tatasusunan padat penguat kuasa dengan keupayaan pengaktifan atas permintaan. Ia mengatasi hambatan kecekapan seni bina Doherty tradisional dan mengekalkan kecekapan yang tinggi di bawah beban yang berbeza-beza, mencapai pengurangan yang luar biasa sebanyak 42.7% dalam penggunaan kuasa tapak keseluruhan dan penambahkan kecekapan tenaga sebanyak 45.8% (Wh/GB). Ini bukan sahaja menyokong Afrika Selatan dalam membina masyarakat hijau, rendah karbon tetapi juga menetapkan penanda aras baharu untuk pembangunan mampan dalam industri ini, seterusnya menunjukkan potensi inovasi teknologi yang besar dalam mengimbangi faedah ekonomi dan alam sekitar.

Rami Farah, Ketua Pegawai Teknologi, MTN South Africa, mengulas: "Kolaborasi MTN bersama ZTE berhubung pasang atur komersial RRU 5-jalur pertama di dunia menangani pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pengendali secara berkesan dari segi liputan, kapasiti, kos dan kecekapan tenaga. Ia menyediakan penyelesaian tapak baharu, boleh ulang, sangat bersepadu untuk Afrika dan juga pasaran global, seterusnya mempercepat evolusi rangkaian telekomunikasi ke arah kecekapan yang lebih tinggi dan emisi karbon yang lebih rendah, terus-menerus menyuntik momentum teras ke dalam ekonomi digital Afrika dan mempromosikan teknologi telekomunikasi Afrika ke tahap yang lebih tinggi."

Luca Shen, Ketua Pegawai Eksekutif, ZTE South Africa, berkata: "ZTE sentiasa menganggap kepimpinan produk sebagai daya saing terasnya dan komited untuk menyampaikan penyelesaian termaju. Kolaborasi mendalam bersama MTN bukan sahaja mencapai faedah bersama dan hasil yang saling menguntungkan untuk kedua-dua pihak bahkan turut mempercepat penaiktarafan pantas rangkaian telekomunikasi Afrika Selatan, menetapkan penanda aras untuk transformasi digital di seluruh benua Afrika."

ZTE dan MTN tetap teguh dengan komitmen mereka untuk memajukan infrastruktur telekomunikasi Afrika, memfokuskan pada penjimatan tenaga, pengurangan emisi dan pemupukan ekonomi digital. Berpandukan visi bersama iaitu "melindungi alam semula jadi melalui teknologi dan memacu masa depan melalui inovasi", kedua-dua syarikat akan terus bekerjasama untuk merapatkan jurang digital, membina rangkaian yang lebih pintar dan lebih mampan, serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial di seluruh Afrika.

Pasang atur ini menyaksikan satu langkah yang penting ke hadapan dalam mendayakan transformasi digital Afrika serta menonjolkan potensi besar teknologi yang inovatif untuk memacu pertumbuhan ekonomi sekali gus menggalakkan kelestarian alam sekitar.

Pertanyaan Media: 
Emel: ZTE.press..cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Contracts New products/services