BERLIN, 5 September 2025 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah bertaraf global akan mempersembahkan barisan lengkap inovasi dikuasakan AI di IFA 2025 dengan tema "AI Your Life" ("AI Kehidupan Anda"). Bermula dengan hiburan imersif dan kegemerlapan pawagam hinggalah kehidupan rumah yang intuitif dan kesejahteraan iklim-pintar, Hisense akan mempamerkan bagaimana AI mentransformasikan setiap senario menjadi pengalaman yang lancar, diperibadikan dan interaktif.
AI Your Vision: Apabila Setiap Bingkai Dihidupkan
Hisense akan menonjolkan teknologi paparan paling canggih yang direka untuk hiburan rumah yang imersif. TV RGB-MiniLED 116" UX akan memberikan warna hitam pekat, warna terang dan kecerahan puncak sehingga 8,000 nit—amat sesuai untuk malam menonton filem atau berkumpul pada hari permainan yang mana setiap perincian menjadi amat penting. Sebagai asal-usul teknologi RGB-MiniLED, Hisense akan mendemonstrasikan sejauh mana kawalan mini-LED merah, hijau dan biru yang tepat dapat memastikan kejelasan tampak hidup. Di samping itu, inovasi MicroLED, TV AI dan penyelesaian bunyi dikuasakan AI akan memperluas kemungkinan, menukar ruang tamu menjadi zon permainan, arena e-sukan atau galeri seni digital yang melaluinya orang ramai boleh berkongsi kenangan bersama.
The RGB-MiniLED TV 116" UX
AI Your Cinema: Skrin Besar, Pengalaman Tanpa Batasan
Bagi mereka yang menginginkan keseronokan menonton di pawagam dapat dinikmati di rumah, Hisense akan memperkenalkan TriChroma Laser Cinema L9Q yang dapat menayangkan sehingga 200 inci dengan sokongan IMAX Enhanced demi prestasi walaupun dalam ruang yang terang. Projektor Mini Laser C2 Ultra akan meningkatkan lagi keserbagunaan dengan tayangan sehingga 300-inci dan kependaman ultra-rendah—yang amat sesuai untuk mentransformasikan dinding kosong menjadi arena permainan atau mengadakan malam menonton filem pada hujung minggu. Dengan kejelasan dikuasakan laser dan kemudahalihan, setiap ruang akan menjadi pentas untuk menikmati hiburan.
AI Your Home: Kehidupan Seharian, Lebih Pintar Tanpa Bersusah-payah
Hisense akan mengintegrasikan AI ke dalam rutin harian menerusi peralatan yang menggabungkan reka bentuk dan kecerdasan. Peti sejuk PureFlat Smart Series akan menawarkan skrin interaktif 21-inci yang menjadi hab dapur: merancang hidangan makanan dengan Kitchen AI, menstrim permainan secara langsung melalui VIDAA, atau menyiarkan seni janaan AI. Menerusi platform ConnectLife AI, ConnectLife AI Agent yang diperkenalkan buat julung kalinya akan memberi kuasa kepada AI Cooking Agent dan AI Laundry Agent, membantu isi rumah mengoptimumkan tenaga, memperkemas kerja rumah dan menjadikan kehidupan lebih terhubung, cekap dan kreatif. Bermula daripada inspirasi masak-memasak hinggalah dobi-mendobi tanpa tekanan, tugas rutin akan dapat dicipta semula.
ConnectLife AI agent
AI Your Air: Keselesaan yang Memahami Anda
Penyaman Udara U8 S Pro yang memenangi anugerah, pemenang bagi Red Dot Award: Design Concept, akan menyatukan kecerdasan dan juga keselesaan. Dengan pengesanan kehadiran HI-SENSOR, pembantu suara AI yang menyokong 18 arahan dan sistem ion HI-NANO untuk pembersihan udara, ia akan mencapai penyesuaian dengan keperluan pengguna sepanjang hari. Paparan matriks-bintik akan menambah keperibadian, manakala ciri-ciri seperti aliran udara Coanda dan putaran tingkap berbilah 90° akan memastikan penyejukan yang sekata dan tanpa alir bebas. Selain kediaman, kepakaran Hisense akan diluaskan kepada bangunan pintar, pengurusan tenaga dan sistem udara automotif, seterusnya menyumbang kepada mobiliti yang lebih selamat, lebih pintar dan lebih lestari.
Di IFA 2025, Hisense bukan sahaja akan memperkenalkan inovasi rintis tetapi turut berkongsi visinya mengenai bagaimana AI boleh memahami, menjangka dan bertindak balas terhadap keperluan manusia. Dengan menggabungkan kepimpinan dalam RGB-MiniLED dan teknologi paparan laser dengan penyelesaian rumah pintar dan udara generasi baharu, Hisense akan memperkasakan orang ramai untuk menjalani kehidupan dengan lebih bebas, selesa dan yakin—seterusnya membantu mereka menguasai setiap detik di rumah dan selanjutnya.
Latar Belakang Hisense
Hisense, ditubuhkan pada tahun 1969, ialah peneraju yang diiktiraf di peringkat global bagi peralatan rumah dan barangan elektronik pengguna dengan operasi di lebih 160 negara, mengkhusus dalam menyampaikan produk multimedia berkualiti tinggi, peralatan rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 1 di peringkat global dalam segmen TV 100-inci dan lebih (2023- H12025). Sebagai rakan kongsi rasmi pertama FIFA Club World Cup 2025?, Hisense komited terhadap perkongsian sukan global sebagai cara untuk berhubung dengan penonton di seluruh dunia.