亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Midea gapai satu lagi pencapaian pertama global: Kilang Midea Thailand menjadi Lighthouse Factory pertama industri peralatan rumah di luar pasaran tempatan

Midea
2025-09-17 12:12

BANGKOK, 17 September 2025 /PRNewswire/ -- Diperakui oleh WEF, Midea menggapai satu lagi pencapaian pertama di peringkat global: Kilang Midea Thailand menjadi Lighthouse Factory pertama dalam industri peralatan rumah di luar pasaran tempatannya. Pengiktirafan ini memperkukuh kepimpinan Midea dalam transformasi pembuatan pintar dan digital global.

Midea RAC Thailand Factory is certified by WEF as Lighthouse Factory
Midea RAC Thailand Factory is certified by WEF as Lighthouse Factory

Terletak secara strategik di Chonburi dalam Koridor Ekonomi Timur Thailand, kilang Midea Thailand RAC menjangkau keluasan 208,000 meter persegi dengan jumlah pelaburan kira-kira sebanyak USD 168 juta. Sebagai hab pengeluaran penyaman udara kediaman yang terbesar di Thailand dan Asia Tenggara, ia memainkan peranan penting dalam membentuk landskap pembuatan pintar di rantau ini. Pada tahun 2026, output tahunan Kilang Midea Thailand RAC dijangka akan mencecah 6 juta unit.

Midea Thailand Lighthouse Factory merupakan satu pencapaian terhadap komitmennya kepada inovasi dan kemampanan. Sebagai kilang dengan sambungan 5G sepenuhnya yang pertama di Asia Tenggara, ia menetapkan penanda aras baharu untuk pembuatan pintar dan pembangunan ESG. Penggunaan sistem pengeluaran pintar 5G+AI meningkatkan kecekapan dan kualiti dengan ketara, lalu melayakkannya meraih anugerah "Kemajuan Teknologi Mudah Alih Terbaik di Asia" yang berprestij daripada AMO. Dengan memanfaatkan pemeriksaan visual dikuasakan AI, pengilang-pengilang boleh melaksanakan pengesanan kecacatan pada masa nyata dan meningkatkan tahap keselamatan tugas yang berisiko tinggi. Melalui amalan rendah karbon, Midea menjadikan kemampanan sebagai realiti yang boleh diukur, yang membawa kepada penurunan penggunaan tenaga sebanyak 40.2%, pengurangan sisa yang terhasil sebanyak 20% dan pengurangan penggunaan air sebanyak 23.5%.

Southeast Asia’s 1st fully 5G-connected factory
Southeast Asia’s 1st fully 5G-connected factory

Midea berpegang teguh kepada komitmennya iaitu "Inovasi untuk Orang Ramai, Pembangunan untuk Kawasan Setempat" dan terus memperdalam pelaburan dan pertumbuhan mampannya di seluruh rantau ASEAN. Komitmen ini diperlihatkan melalui usaha yang berterusan dalam memupuk bakat tempatan, meningkatkan latihan dan berinteraksi dengan komuniti, bagi menjamin nilai bersama dalam tempoh jangka panjang. Pada masa yang sama, kilang Midea Thailand memajukan kecekapan dan keandalan pengeluarannya dengan ketara yang disokong oleh rantaian bekalan digital rentas sempadan yang memacu hasil yang boleh diukur—penghantaran yang tepat pada masa meningkat sebanyak 17.1% sementara kitaran pesanan hujung ke hujung dipendekkan sebanyak 42.6%. Pencapaian ini ditunjukkan lagi melalui penyampaian produk berkualiti tinggi yang konsisten. Midea turut merancang secara positif siri penyaman udara baharu yang akan dilancarkan di rantau ASEAN pada tahun depan bagi menawarkan perkhidmatan kepada kumpulan pengguna tempatan yang semakin luas.

Pada tahun 2024, Midea memantapkan kedudukannya sebagai penggiat utama dalam pasaran peralatan rumah global. Daripada 260 juta penyaman udara yang dijual di seluruh dunia, jualan Midea mencapai 71.83 juta unit yang mengagumkan. Ini menyumbang sebanyak 27.5% daripada bahagian pasaran yang bererti satu dalam setiap empat penyaman udara yang dijual di peringkat global ialah penyaman udara Midea. Sebagai jenama AC penyongsang kediaman No. 1 dunia selama 3 tahun, Midea telahpun membina kumpulan pengguna yang kukuh di seluruh ASEAN.

Cik Narissara Kwazui, Ketua Sumber Manusia, menambah, "Diperakui sebagai Lighthouse Factory menggambarkan kepimpinan kami bagi peralatan rumah pintar global dan dalam masa yang sama terus komited untuk memajukan pembuatan pintar, pembangunan komuniti tempatan dan inovasi mesra alam. Kami akan terus berkolaborasi dengan rakan kongsi di seluruh Thailand dan ASEAN bagi memacu pertumbuhan yang mampan."

Designasi Lighthouse Factory menunjukkan kecemerlangan pembuatan dan komitmen Midea terhadap pembangunan tempatan. Midea akan terus menyumbang kepada pembuatan pintar dan pembangunan ESG, berkolaborasi bersama rakan kongsi di seluruh ASEAN demi kejayaan bersama dan masa depan yang lebih hijau.

Ikuti Midea:

Source: Midea
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics HVAC Retail General Manufacturing