亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

LANZAJET - PENGGERAK AWAL DI AUSTRALIA - MEMUJI KEPIMPINAN KERAJAAN AUSTRALIA DAN PELABURAN $1.1B (AUD) YANG BERPOTENSI MENYUMBANG KEPADA KESAN BESAR UNTUK MEMAJUKAN BAHAN API MAMPAN

LanzaJet, Inc.
2025-09-18 03:53

Teknologi Alkohol-ke-Jet LanzaJet untuk pengeluaran bahan api mampan ialah perkara utama untuk membolehkan pembangunan industri di Australia sambil memperkukuh peluang ekonomi dan keselamatan tenaga negara

BRISBANE, Australia, 18 September 2025 /PRNewswire/ -- LanzaJet, Inc., syarikat teknologi bahan api generasi akan datang dan pengeluar bahan api mampan yang terkemuka, memuji pelaburan besar Kerajaan Australia dalam masa depan bahan api boleh baharu. Pembiayaan itu, sebagai sebahagian daripada Program Bahan Api Bersih, akan mengukuhkan keupayaan Australia untuk menyahkarbonkan sektor pengangkutan, memberikan sokongan kritikal kepada keselamatan tenaga negara dan menawarkan industri pertanian negara dengan aliran hasil jangka panjang yang baharu.

Profil geografi dan industri Australia yang unik meletakkan negara tersebut sebagai peneraju global dalam pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF). Pelaburan yang cukup besar ini memperkukuh momentum tempatan dan global di sekitar SAF dan menjadi contoh yang kuat bagi negara-negara lain yang berusaha untuk memacu peralihan tenaga.

"LanzaJet telah menjadi satu daripada penggerak terawal di Australia dan memuji Kerajaan Australia atas kepimpinan global dalam memajukan bahan api cecair rendah karbon termasuk SAF," kata Jimmy Samartzis, Ketua Pegawai Eksekutif LanzaJet. "Australia telah secara konsisten menunjukkan visi dan pragmatisme dalam peralihan tenaga global - memacu peluang ekonomi dan perindustrian domestik, memanfaatkan bahan mentah yang banyak dan sumber tenaga boleh baharu dan menghubungkan pelaburan ini dengan strategi keselamatan negara. Kami berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan peralihan tenaga Australia dan kepimpinan negara itu menjadi contoh yang kuat kepada kerajaan di seluruh dunia berkenaan cara untuk mendorong inovasi dan memacu masa depan yang lebih makmur."

LanzaJet telah bekerjasama dengan Kerajaan Australia dan industri persendirian untuk membantu membentuk masa depan ini. Dengan kerjasama Jet Zero Australia, Qantas, Airbus, Kerajaan Queensland dan ARENA, LanzaJet menyediakan teknologi proprietari Alkohol-ke-Jet (ATJ) untuk menyampaikan , yang akan berpangkalan di Queensland. LanzaJet juga telah mengumumkan kerjasama dengan LanzaTech, Boeing dan Wagner Sustainable Fuels untuk

Maklumat Tentang LanzaJet 
LanzaJet ialah pembekal teknologi bahan api alternatif terkemuka dengan teknologi alkohol-ke-jet (ATJ) berasaskan etanol yang dipatenkan. LanzaJet sedang mencipta peluang untuk generasi akan datang dengan mempercepat pengeluaran dan penempatan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF), serta teknologi bahan api alternatif lain yang kritikal bagi mengubah ekonomi global. Tahun lepas, LanzaJet dinobatkan sebagai Syarikat Paling Berpengaruh TIME100, Bintang yang Sedang Meningkat Naik (Rising Star) Syarikat Terbaik Tahun Ini oleh S&P Global, satu daripada 15 Syarikat Teknologi Iklim MIT untuk Dilihat pada tahun 2024 dan pemenang Anugerah Tenaga Global Platts untuk Bintang yang Sedang Meningkat Naik (Rising Star) Syarikat Terbaik Tahun 2024. Maklumat lebih lanjut tersedia di .  

Logo -

Source: LanzaJet, Inc.
Keywords: Agriculture Airlines/Aviation Computer/Electronics Environmental Products & Services Oil/Energy Transportation Utilities Advocacy Group Opinion Licensing/marketing agreements