亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Huawei Rancang Masa Depan Teknologi Pintar dengan Barisan Produk Rintis

HUAWEI
2025-09-19 22:28 30

PARIS 19 September 2025 /PRNewswire/ -- Hari ini, di bawah sepanduk "Ride the Wind" ("Terbang mengikut Angin"), Huawei menganjurkan acara Pelancaran Produk Inovatif Globalnya di Paris. Acara ini diterajui oleh penampilan sulung yang mengagumkan daripada HUAWEI WATCH GT 6 Series generasi akan datang, HUAWEI WATCH Ultimate 2 dan HUAWEI WATCH D2 yang menggabungkan estetik fesyen atasan secara mahir dengan pemantauan kesihatan dan kecergasan gred profesional. Mereka turut disertai oleh HUAWEI nova 14 Series, HUAWEI FreeBuds 7i dan HUAWEI MatePad 12 X yang setiap satu daripadanya memberikan pengalaman pengimejan dan pengguna yang luar biasa. Selain produk, Huawei menyatakan proposisi jenama "Now Is Yours" ("Kini Milik Anda") baharunya dan melancarkan GoPaint Worldwide Creating Activity 2025 yang menyokong visi inklusif berfokuskan belia yang menerapkan teknologi ke dalam peringkat kehidupan sehari-hari dan mengundang khalayak global untuk membayangkan masa depan secara beriringan.

HUAWEI WATCH GT 6 Series: Mentakrifkan Semula Pengalaman Senaman Luar Termaju

HUAWEI WATCH GT 6 Series merupakan bukti kepada falsafah "Ride the Wind", suatu sikap baharu terhadap fesyen dan olahraga. Baik pulih kejuruteraan dari peringkat bawah memberikan hayat bateri selama 21-hari yang mengagumkan dan penentududukan luar paling tepat, dikuasakan oleh HUAWEI TruSense System serba baharu untuk metrik kesihatan yang menyeluruh, pantas serta tepat.

HUAWEI WATCH GT 6 Pro
HUAWEI WATCH GT 6 Pro

Berdasarkan himpunan lebih 100 mod senaman, HUAWEI WATCH GT 6 Series memperkenalkan peningkatan yang mendalam terhadap empat aktiviti luar yang penting. Mod Berbasikal baharu memperkenalkan buat julung kalinya meter kuasa maya yang menawarkan analisis prestasi gred profesional tanpa meter kuasa tahap-profesional dan membawakan pengalaman berbasikal yang lebih maju. Terdapat juga mod larian Jejak dengan ciri-ciri peringkat seterusnya seperti penentududukan paling tepat, carta trend altitud dan analisis gred masa nyata bagi mengenal pasti cabaran laluan serta mengoptimumkan pengagihan tenaga. Mod golf didatangkan dengan pelbagai ciri peringkat tinggi, termasuk peta lintasan berdefinisi tinggi untuk memastikan setiap pukulan dibuat dengan baik. Terdapat juga mod Ski yang menawarkan penentududukan tepat dan set data beraneka untuk pengalaman on-piste yang benar-benar profesional dan menggirangkan.

HUAWEI WATCH Ultimate 2 dan WATCH D2: Kemajuan dalam Pemantauan Kecergasan dan Kesihatan Profesional

HUAWEI WATCH Ultimate 2 diperkenalkan buat julung kali sebagai jam tangan pintar pertama dalam industri ini yang mendapat penarafan untuk selam 150-meter dengan fungsian audio. Komunikasi sonar Dolphin rintis mengupayakan pemesejan jam-tangan-ke-jam-tangan dalam air sehingga 30 meter dan permulaan SOS satu sentuhan sehingga 60 meter, seterusnya memberikan komunikasi dalam air yang lebih cekap dan lebih tenang kepada penjelajah laut dalam. HUAWEI WATCH D2 didatangkan dengan warna Biru baharu mempesonakan dan menyokong ciri-ciri pemantauan tekanan darah yang lebih komprehensif, termasuk peringatan tunggal dan peringatan berulang. Digabungkan dengan pengukuran individu dan pemantauan tekanan darah ambulatori, ciri-ciri ini mewujudkan sistem yang teguh dan serba boleh yang direka untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna untuk pengurusan tekanan darah yang berkesan.

HUAWEI WATCH Ultimate 2
HUAWEI WATCH Ultimate 2

HUAWEI nova 14 Series: Pemotretan Profesional Diperbaharui dengan Ultra Chroma Camera

HUAWEI nova 14 Series memperbaharui pemotretan mudah alih dengan konsep "Pro Your Portrait" ("Jadikan Potret Anda Profesional"). Peranti ini memperkenalkan buat julung kalinya Ultra Chroma Camera rintis untuk potret dan XD Portrait Engine yang baharu dan dipertingkat untuk menghasilkan potret dengan kedalaman dan tekstur yang luar biasa. Ia menunjukkan kecemerlangan dalam persekitaran cahaya malap yang mencabar, seperti tempat pertunjukan muzik secara langsung, mempersembahkan latar dengan kejelasan yang menakjubkan dan perincian bernuansa. Kamera hadapan 50 MP menyokong Portrait Dual Camera autofokus dan zum potret 5x khas bagi memberikan keupayaan swafoto yang luar biasa. Terdapat juga pelbagai ciri penyuntingan foto AI rintis, termasuk AI Best Expression dan AI Remove bagi memberikan suit penyuntingan profesional di hujung jari pengguna serta memastikan setiap tangkapan menyerlah dan tiada cela.

HUAWEI MatePad 12 X dan M-Pencil Pro: Era Baharu Pembelajaran dan Kreativiti Tanpa Kertas

Tablet HUAWEI MatePad 12 X PaperMatte Edition yang baru dilancarkan didatangkan lengkap dengan PaperMatte Display amat jelas yang direka untuk keselesaan visual1. MatePad berfungsi lancar dengan stilus HUAWEI M-Pencil Pro yang menyokong ciri-ciri berguna seperti pop timbul menu jejarian dalam aplikasi satu-jepit, capaian HUAWEI Notes sekali ketik dan pelarasan berus pulas-untuk-tukar yang lancar.

GoPaint Worldwide Creating Activity 2025 kini dijalankan secara rasmi. Pertandingan pada tahun ini akan mengekalkan empat kategori klasik: Seni Naratif, Cat Air & Dakwat Digital, Seni Fiksyen Sains serta Lukisan Termaju dan dalam masa yang sama turut memperkenalkan satu kategori baharu: Animasi. Inisiatif GoPaint ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pengguna berfikiran kreatif di seluruh dunia untuk memegang pen dan mencurahkan imaginasi mereka.

Kini Milik Anda: Huawei Memperdalam Dialog bersama Pengguna Muda

Huawei memperkenalkan proposisi jenama "Now Is Yours" yang bersemangat, iaitu komitmen untuk memupuk dialog yang lebih mendalam bersama generasi pengguna global baharu. Proposisi jenama ini dibina berdasarkan keterbukaan dan keterangkuman yang bertujuan untuk mencipta resonans budaya dan emosi melalui teknologi yang terasa inovatif dan juga manusiawi.

Now Is Yours
Now Is Yours

Memandang ke arah masa depan, Huawei mengesahkan sekali lagi janjinya untuk menyokong budaya belia dan memanfaatkan inovasi sebagai bahasa sejagat. Dengan mereka bentuk teknologi dengan kemesraan dan empati yang lebih tinggi, Huawei bermatlamat untuk menyegerakkan iramanya dengan komuniti global, seterusnya memulakan suatu perjalanan bersama menuju masa depan dengan kemungkinan yang tidak terhingga.

Source: HUAWEI
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news