亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Kiraan Detik Bermula: Kurang Daripada 3 Bulan Lagi Sehingga The Games of Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2025 Bermula di Abu Dhabi

Phygital International
2025-09-25 13:57

Dengan jumlah hadiah lumayan bernilai USD 5 juta menjadi rebutan, atlet dari seluruh dunia bakal berhimpun di Abu Dhabi untuk menyaksikan gabungan inovatif sukan dan permainan digital – Phygital International.

DUBAI, UAE, 25 September 2025 /PRNewswire/ -- Dalam tempoh kurang tiga bulan sahaja lagi, dunia akan menumpukan perhatian ke Abu Dhabi apabila Games of the Future 2025 (Temasya Sukan Masa Depan - GOTF 2025) bersiap sedia menghadirkan sebuah persembahan penuh mendebarkan yang menggabungkan persaingan, inovasi dan hiburan.


Poster Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2025 Abu Dhabi

Bakal mendefinisikan semula batasan sukan menerusi format perintis yang menuntut para peserta cemerlang bukan sahaja dalam sukan tradisional malah juga di arena permainan digital, Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2025 dijangka menjadi sebuah pentas sukan hebat yang tiada tandingan.

Selama enam hari bermula 18 hingga 23 Disember, ADNEC akan bertukar menjadi hab sukan futuristik yang menampilkan arena sukan dan e-sukan, zon pertempuran robot serta trek perlumbaan dron, ketika atlet dan kelab dari seluruh dunia berentap dalam 11 disiplin phygital yang menguji kelajuan, strategi dan kehebatan sukan dengan hadiah wang tunai menakjubkan bernilai USD 5 juta menjadi taruhan.

Diterajui oleh ASPIRE selaku pihak berkuasa rasmi penganjuran Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2025, dan disokong oleh Ethara, tenaga penggerak di sebalik beberapa acara ikonik utama kota ini, para atlet, peminat dan penonton boleh menantikan sebuah edisi luar biasa yang bakal mengangkat Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) menjadi detik bersejarah dalam kalendar sukan global.

Penduduk tempatan dan pelawat berpeluang merasai sendiri debaran aksi melalui siri jelajah mengasyikkan yang akan berlangsung di beberapa lokasi seluruh UAE dari Oktober hingga Disember.  Menampilkan demonstrasi secara langsung dan cabaran interaktif, siri jelajah ini akan menghidupkan keterujaan sukan phygital sebagai pemanas badan menjelang Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2025 pada Disember nanti.

Nis Hatt, Ketua Pegawai Eksekutif Phygital International, berkata: "Sukan phygital sedang menulis semula buku peraturan pertandingan Dengan kurang daripada tiga bulan lagi, mengubah pusat pameran ikonik di tengah Abu Dhabi menjadi ruang paling canggih di dunia untuk pertandingan digital dan fizikal bukanlah satu tugas mudah. Ia memerlukan visi dan dedikasi ratusan individu untuk membina arena digital, padang dan pengalaman mengasyikkan yang direka khas, yang bakal mentakrif semula cara atlet bertanding serta cara peminat berinteraksi."

Peminat bakal dapat mengikuti setiap detik Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2025 berkat pengesahan dua rakan media baharu. Ei Nerd, platform hiburan terkemuka Brazil dengan lebih 4 bilion tontonan, akan membawakan persembahan ini terus kepada komuniti luasnya, manakala BIGG, salah satu syarikat hiburan permainan dan e-sukan terkemuka di EMEA, akan menyediakan liputan menyeluruh menerusi BIGG TV, saluran permainan terkemuka di Timur Tengah yang menjangkau 50 juta isi rumah di lebih 100 negara.

Untuk mengikuti semua maklumat terkini, kemas kini dan berita mengenai Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2025, ikuti atau  di Instagram untuk kandungan eksklusif di sebalik tabir, atau layari laman web rasmi di untuk maklumat dan kemas kini acara secara menyeluruh.

Maklumat Tentang Phygital International (PI):

Phygital International ialah penganjur sukan phygital pada peringkat global dan memberi tumpuan kepada inovasi serta mendefinisikan semula sukan. Syarikat ini ialah penjaga dan pemegang hak Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan), serta mengawasi proses pembidaan untuk setiap bandar tuan rumah.  

Untuk maklumat lanjut sila layari atau hubungi kami di:

Maklumat Tentang Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan - GOFT):

Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) ialah acara antarabangsa tahunan yang menggabungkan dunia fizikal dan digital dan merupakan kemuncak sukan phygital. Kejohanan ini menghimpunkan para wira sukan phygital generasi akan datang dari seluruh dunia untuk bersaing dalam pelbagai disiplin dan cabaran phygital. Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2025 akan diadakan di Abu Dhabi manakala Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2026, akan diadakan di Astana. 

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi:

Maklumat Tentang World Phygital Community (WPC):

World Phygital Community (Komuniti Phygital Dunia - WPC) ialah sebuah organisasi antarabangsa bukan berasaskan keuntungan yang bertujuan untuk mempromosikan sukan phygital di seluruh dunia dengan menyatukan ahli fizikal dan digital di seluruh dunia. Ia bertanggungjawab untuk menyediakan penjagaan peraturan dan peraturan sukan phygital dan menganjurkan kejohanan ranking untuk Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan):

Foto:
Logo:

Source: Phygital International
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Sporting Events Sports Trade show news Future Events