亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

TUMI MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-50 DENGAN KEMPEN, "DIBUAT UNTUK ANDA SEJAK 1975"

Tumi, Inc.
2025-02-18 22:00 93

Dengan pelanggan sebagai inspirasi, jenama ini mempamerkan ikon mereka dan melihat ke masa depan 

NEW YORK, 18 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Hari ini, jenama perjalanan dan gaya hidup antarabangsa TUMI melancarkan kempen ulang tahun ke-50nya, "Dibuat untuk Anda Sejak 1975." Selama setengah abad, TUMI telah mereka bentuk produk yang diilhamkan oleh perjalanan pelanggan mereka.

Kempen ini, yang dirakam oleh jurugambar gaya hidup terkenal Christopher Anderson dan diarahkan oleh Nim Kyong Ran, meneroka hubungan peribadi antara barangan TUMI yang paling ikonik dan individu yang membawanya. Ia memberikan perspektif mendalam tentang bagaimana bagasi dan beg galas TUMI melengkapkan kehidupan pelanggan dalam pelbagai momen. Berlatarbelakangkan keindahan Lisbon, Portugal, filem ini mengikuti sekumpulan pelakon pelbagai watak dengan gaya hidup yang berbeza, namun berkongsi semangat yang sama. Mereka membawa koleksi ikonik TUMI, termasuk Alpha, Voyageur dan 19 Degree—koleksi yang telah menjadi asas kepada identiti jenama ini selama bertahun-tahun.

"Untuk ulang tahun emas kami, kami ingin menghormati koleksi teras yang telah menjadi asas kepada jenama TUMI yang direka dengan tujuan untuk menyempurnakan perjalanan pelanggan kami," kata Pengarah Kreatif Victor Sanz. "Pencapaian ini meraikan masa depan sambil menyambut baik perkara yang paling disukai pelanggan kami tentang jenama ini selama lebih 50 tahun: ketahanan, kesederhanaan, fungsi dan keanggunan reka bentuk kami . Sepanjang tahun ini, kami akan terus berkembang dan berinovasi, membentuk masa depan perjalanan dan reka bentuk gaya hidup."

Filem ini menampilkan produk TUMI yang paling ikonik dan laris: Alpha International Dual Access Carry-On dan Voyageur Celina Backpack, kedua-duanya terhasil daripada gabungan fungsi, ketahanan dan reka bentuk canggih TUMI. Alpha International Dual Access Carry-On menawarkan organisasi inovatif dan akses mudah, membuatkannya sesuai untuk pengembara kerap, manakala Voyageur Celina Backpack menggabungkan estetika dengan praktikaliti moden, sesuai untuk kegunaan harian atau sebagai teman perjalanan yang bergaya.

Selama 50 tahun, TUMI telah mencipta produk gaya hidup dan perjalanan bertaraf dunia yang direka untuk meningkatkan pengalaman perjalanan pelanggan di mana-mana sahaja. Hari ini, dengan lebih 300 butik di bandar utama dan hab perjalanan di seluruh dunia, TUMI terus memperluaskan jangkauannya, menyampaikan produk premium kepada komuniti global yang sentiasa bergerak ke hadapan.

"Selama 50 Tahun TUMI telah memberi tumpuan kepada pelanggan kami dan menghasilkan produk yang unik dan meningkatkan pengalaman perjalanan mereka," kata Presiden TUMI Andrew Dawson. ´Sama ada perjalanan sehari ke bandar atau penerbangan ke seluruh dunia, kami bertekad untuk menyempurnakan setiap perjalanan. Kekuatan kami adalah pasukan kami; kami sentiasa berusaha dan bersemangat tentang apa yang kita lakukan. Kami sentiasa berusaha untuk berinovasi—dari bahan teknikal hingga perincian fungsi—sentiasa memikirkan kepentingan pelanggan kami. Peristiwa penting ini meraikan pencapaian kami, tetapi juga menetapkan asas untuk evolusi jenama bagi 50 tahun akan datang dan seterusnya."

Sepanjang tahun ini, TUMI akan meraikan ulang tahun ke-50 dengan produk dan kempen baharu yang menarik dan menampilkan barisan Duta Global dan rakan-rakan jenama ini.

Perihal TUMI Sejak tahun 1975, TUMI telah mencipta barangan mewah berkualiti tinggi untuk perniagaan, pengembaraan dan prestasi, yang direka khas untuk meningkatkan, memudahkan dan memperindahkan semua aspek kehidupan semasa mengembara. Menggabungkan fungsian yang sempurna dengan semangat kepintaran, kami komited untuk memperkasa perjalanan sebagai rakan kongsi seumur hidup kepada penggerak dan pembuat dalam usaha mengejar minat mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai TUMI, lawati 

Logo TUMI dan TUMI adalah tanda dagangan berdaftar Tumi, Inc. © 2025 Tumi, Inc.

Hubungan Media TUMI
TUMI Jerad Hulse
Jerad.

Logo -

Source: Tumi, Inc.
Keywords: Advertising Household/Consumer/Cosmetics Retail Travel