亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

SERES Mencatat Keputusan H1 2025 Mantap: Hasil Mencapai CNY 62.4 Bilion, Keuntungan Bersih Meningkat 81% kepada CNY 2.94 Bilion, Pelaburan R&D Melonjak hampir 155%

Seres Group Co.,Ltd.
2025-09-03 21:35 11

CHONGQING, China, 3 September 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 29 Ogos, SERES mengumumkan keputusan pertengahan tahun 2025 dengan melaporkan pertumbuhan yang kukuh dalam semua metrik utama. Dalam separuh pertama tahun ini, SERES mencapai hasil kendalian sebanyak CNY 62.4 bilion dan keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham sebanyak CNY 2.94 bilion—peningkatan 81% tahun ke tahun. Pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) mencecah CNY 5.12 bilion, meningkat hampir 155% daripada tahun sebelumnya, manakala jualan NEV berjumlah 172,108 unit.

Prestasi yang begitu mengagumkan ini didorong oleh permintaan yang kukuh terhadap kenderaan elektrik pintar premium di bawah jenama AITO, disokong oleh kualiti produk dan keupayaan penghantaran yang luar biasa. Faktor-faktor penyumbang termasuk MF Platform serba boleh untuk pembangunan model yang cekap, Super Factory untuk penskalaan pengeluaran yang pantas, sistem jaminan kualiti digital-pintar termaju dan pengalaman mewah moden yang terus memantapkan reputasi pasaran AITO.

Media reports
Media reports

Model-model terkini daripada AITO terus meningkatkan standard, dengan AITO 9 dan AITO 8 mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju jualan.

Dalam separuh pertama tahun ini, siri AITO terus berkembang dengan beberapa pelancaran baharu, termasuk AITO 5 Ultra, AITO 9 Edisi 2025 dan AITO 8—kesemuanya mendapat sambutan pasaran dan pengguna yang kukuh.

Hasil daripada penambahbaikan dalam seluruh rantaian nilainya, AITO menetapkan standard baharu untuk penghantaran antara jenama-jenama kenderaan tenaga baharu mewah China. Setakat Ogos 2025, jumlah penghantaran semua model AITO melangkaui 750,000 unit. Penghantaran kumulatif AITO 9 khususnya melebihi 220,000 unit, lalu menjadikannya kenderaan paling laris terjual dalam segmen kereta mewah CNY 500,000. AITO 8 serta-merta menjadi kenderaan laris terjual selepas penampilan sulungnya, dengan lebih 70,000 unit dihantar dan menduduki tempat teratas dalam segmen harga CNY 400,000 selama empat bulan berturut-turut.

Di samping itu, menurut Kajian Penjejakan Kesihatan Jenama LandRoads untuk Kenderaan Tenaga Baharu dalam separuh pertama tahun 2025, jenama AITO menduduki kedudukan No. 1 dalam Indeks Keyakinan Pembangunan Jenama. AITO 9 turut mendahului kedudukan Skor Penggalak Bersih (NPS) kenderaan tenaga baharu secara keseluruhan, dengan skor 85.2.

Media reports
Media reports

AITO khususnya melancarkan versi elektrik keseluruhan bagi SUV unggulannya yang berfokuskan keluarga, AITO 8 pada 25 Ogos. AITO 7 serba baharu juga dijangka akan untuk membuat kemunculan sulung rasminya dalam bulan September. Menerusi pengenalan model-model baharu yang berterusan, AITO terus meluaskan barisan produknya bagi memenuhi pelbagai keperluan pengguna dan memantapkan kepimpinannya dalam pasaran kenderaan tenaga baharu yang mewah.

Komitmen kepada Inovasi Teknologi dan Pelaburan R&D yang Teguh

Inovasi teknologi merupakan ciri utama kepada pertumbuhan jangka panjang SERES. Syarikat ini tekal melabur dalam penyelidikan dan pembangunan, memacu kemajuan baharu serta mencapai hasil yang luar biasa dalam teknologi. Dalam separuh pertama tahun 2025, SERES melabur sebanyak CNY 5.20 bilion dalam R&D— peningkatan sebanyak hampir 155% tahun ke tahun. Bilangan kakitangan R&D mencecah 6,984, meningkat kira-kira 27% berbanding tahun lalu dan kini merangkum sebanyak 36% daripada jumlah tenaga kerja syarikat.

Bertempat di Shanghai Auto Show pada tahun ini, SERES memperkenalkan sistem keselamatan pintarnya, merintis pendekatan berasaskan senario terhadap keselamatan kenderaan. Sistem baharu ini mewujudkan kerangka keselamatan pintar dalam empat bidang utama: perlindungan nyawa, perlindungan badan kenderaan, penjagaan kesihatan dan perlindungan privasi. Pendekatan yang komprehensif ini dapat memastikan keselamatan pengguna sepanjang kitaran hayat kenderaan keseluruhan dan menetapkan penanda aras industri yang baharu untuk keselamatan pintar.

Media reports
Media reports

Sebelum ini, SERES memperkenalkan satu siri kemajuan teknologi yang utama, termasuk SERES MF Platform, SERES Super Range-Extender dan SERES Super Factory. SERES Super Factory menjadi pelopor industri menerusi model "kilang-dalam-kilang" yang seterusnya memacu integrasi produk, pembuatan pintar dan pengelompokan industri bagi meningkatkan kolaborasi dan juga inovasi. Syarikat ini turut menetapkan standard industri yang baharu menerusi Hab Logistik Pintar Karbon-Sifar.

Nilai Jenama Meningkat Dengan Mendadak Di Tengah-tengah Keyakinan Pelabur yang Teguh

Sebagai pengilang kenderaan tenaga baharu yang keempat di dunia yang mencapai keberuntungan, SERES meletakkan asas yang kukuh bagi mencapai pertumbuhan dalam separuh pertama tahun ini melalui pengoptimuman portfolio produk yang strategik, inovasi teknologi dan kecekapan operasi yang dipertingkat.

SERES juga menduduki tempat ke-169 dalam senarai Fortune China 500 2025. Ini merupakan lonjakan sebanyak 235 anak tangga berbanding tahun sebelumnya, lantas menjadikannya syarikat yang mendaki kedudukan terpantas dalam senarai ini. Bagi senarai Top 500 Brands oleh TopBrand 2025 China yang dikeluarkan pada bulan Ogos, SERES menduduki tempat ke-92 dengan nilai jenama mencapai CNY 175.52 bilion, menembusi senarai 10 teratas dalam industri automotif dan menonjolkan kepimpinannya dalam pembangunan jenama serta pengaruh pasaran. Baru-baru ini, pada 28 Ogos, SERES mendaki kedudukan ke-59—melonjak 174 anak tangga—dalam senarai China Top 500 Private Enterprises 2025, lantas menjadi perusahaan swasta berkedudukan teratas di Chongqing.

Sementara itu, pasaran modal terus menunjukkan keyakinan yang kukuh terhadap pertumbuhan masa depan SERES. Dalam tempoh enam bulan yang lalu, hampir 40 firma sekuriti mengeluarkan penarafan "Beli" untuk SERES, dengan jangkaan bahawa syarikat ini akan mengekalkan trajektori pertumbuhan yang kukuh sepanjang separuh kedua tahun ini.

 

Source: Seres Group Co.,Ltd.
Related Stocks:
Shanghai:601127
Keywords: Auto Transportation Earnings