亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

TV Hisense Kekalkan Kedudukan No.2 Global pada 2024 dan Terajui Pasaran TV 100-Inci Seluruh Dunia

Hisense
2025-02-19 13:44 99

QINGDAO, China, 19 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka, memperkukuh kekuatan daya saingnya di pasaran global. Penghantaran TV global Hisense mencecah 29.14 juta unit pada tahun 2024, menyumbang sebanyak 14% daripada bahagian pasaran global, menurut data daripada institut penyelidikan pasaran antarabangsa Omdia. Hisense memperoleh kedudukan No. 2 di peringkat global dari tahun 2022 hingga 2024, berperanan sebagai satu-satunya pengeluar TV yang mencapai pertumbuhan berterusan selama tujuh tahun berturut-turut.

Hisense TV ranked global No. 2
Hisense TV ranked global No. 2

Hisense mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju global dalam pasaran TV skrin besar. Dengan bahagian pasaran sebanyak 19.8% bagi penghantaran untuk TV bersaiz 75 inci dan ke atas, Hisense menduduki tempat pertama di peringkat global. Dalam segmen TV ultra-besar, Hisense menguasai bahagian pasaran yang dominan sebanyak 30.3% untuk model 98-inci+ dan 58.8% yang mengagumkan untuk model 100-inci+, turut memperoleh kedudukan global teratas. Menurut GFK dan Circana, TV Hisense menduduki tempat pertama di negara-negara seperti Jepun, Australia, Afrika Selatan dan Slovenia.

Kejayaan berterusan Hisense dalam pasaran yang amat kompetitif adalah lantaran komitmennya kepada teknologi yang mengutamakan pengguna dan kualiti tertinggi, lalu meningkatkan kehidupan seharian untuk pelanggan. Sebagai kemuncak bagi teknologi Hisense, TV LED TriChroma 116-inci membawakan Teknologi Paparan Pemalapan Setempat RGB termaju. Dikuasakan oleh Hi-View AI Engine X, ia menggunakan ciri-ciri dipacu AI seperti Kecerahan Puncak AI dan Pemalapan Setempat RGB AI untuk memastikan pelarasan masa nyata untuk visual yang jelas dan tampak hidup. Bagi Hisense, AI merupakan daya penggerak di sebalik inovasi, meningkatkan pengalaman menonton dan kecekapan tenaga.

Komitmen Hisense yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi dan kepuasan pelanggan mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran TV global. Dengan memanfaatkan teknologi canggih dan perkongsian strategik, Hisense terus meningkatkan pengalaman menonton dan menetapkan standard industri. Tatkala ia memandang ke arah masa depan, Hisense berada pada kedudukan yang baik untuk mengekalkan pertumbuhannya dan kekal menjadi pilihan utama untuk pengguna di seluruh dunia.

Latar Belakang Hisense 

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 di peringkat global bagi penghantaran TV keseluruhan dari tahun 2022 hingga 2024 dan No. 1 dalam segmen TV 100" dari tahun 2023 hingga 2024. Syarikat berkembang pantas untuk beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan multi-media, perkakas rumah dan maklumat IT pintar.

Source: Hisense
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Television Sales reports