亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Olight Tampil Julung Kali di IWA OutdoorClassics 2025

Olight Group Co.,Ltd
2025-02-28 16:31 96

NUREMBERG, Jerman, 28 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Olight, jenama pencahayaan mudah alih yang terkemuka, membuat penampilan sulungnya di IWA OutdoorClassics 2025, pameran yang terkemuka di dunia untuk industri sukan buru dan sasar yang merupakan pameran berskala besar pertamanya di Eropah.


Olight at IWA OutdoorClassics 2025

Olight memperkenalkan kemajuan terkininya dalam bidang yang berkaitan—. Direka untuk aplikasi memburu serta mencari-dan-menyelamat, produk ini memberikan prestasi jarak jauh yang luar biasa dengan lontaran pancar 1,500 meter dan output 1,800 lumen. Ia mempunyai alat kawalan jauh tanpa wayar dengan jarak 8 meter, dok magnetik yang melindungi dan mengecas alat kawalan jauh secara serentak, menawarkan masa beroperasi sehingga 272 jam.

Olight turut memperkenalkan kepada pasaran luar talian Eropah buat julung kalinya, produk yang diberi penghormatan sebagai penerima anugerah CES Innovation Awards selaku pengecas bateri boleh cas semula 3-dalam-1 yang pertama dan paling pintar di dunia. Di CES 2025 yang melabuhkan tirai baru-baru ini di Las Vegas, Ostation X mendapat perhatian daripada outlet media utama seperti T3, The Hollywood Reporter dan Digital Trends, serta pengunjung dari serata dunia. Kali ini, para hadirin di IWA juga berpeluang untuk merasai sendiri sistem pengecasan dan pengurusan bateri pintar ini.

Bagi mengukuhkan lagi perkongsian perniagaan, Olight menganjurkan persidangan pengedar eksklusif, menyatukan rakan kongsi utama dari Jerman, Perancis, Sepanyol dan wilayah Eropah yang lain. Acara ini menyediakan platform strategik untuk mempererat kolaborasi, bertukar-tukar pandangan pasaran dan meninjau peluang perniagaan baharu. Dengan memupuk hubungan yang lebih erat dengan pengedar serantau, Olight menyasarkan untuk meningkatkan operasi setempat dan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan Eropah menerusi penyelesaian pencahayaannya yang inovatif.

PC, Ketua Eropah Olight, menekankan visi syarikat dengan menyatakan, "Eropah ialah pasaran utama untuk Olight dan kami komited untuk saling bekerjasama dengan rakan kongsi kami untuk membawakan penyelesaian pencahayaan yang inovatif dan berprestasi tinggi kepada ahli profesional dan juga penggemar. IWA 2025 menyaksikan permulaan babak baharu untuk Olight di Eropah."

Merupakan penyertaan kali pertamanya dalam IWA, Olight mengambil langkah penting dalam meluaskan jejak globalnya, mengukuhkan komitmennya untuk menyampaikan teknologi pencahayaan termaju yang disesuaikan untuk pasaran Eropah. Selain daripada rakan niaga, syarikat ini turut mengundang peminat dan pempengaruh untuk berkongsi detik penting ini, seterusnya mengukuhkan lagi pendekatan jenamanya yang dipacu komuniti.

Latar Belakang :

Ditubuhkan pada tahun 2007, Olight ialah peneraju global dalam menyediakan produk pencahayaan mudah alih inovatif yang dipercayai oleh penggemar aktiviti luar di seluruh dunia. Olight menerobos sempadan teknologi pencahayaan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai.

 

Source: Olight Group Co.,Ltd
Keywords: Green Technology Sports Sports Equipment & Accessories Trade show news Outdoors/Camping/Hiking