亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

GRAVITY GAME HUB UMUM PELANCARAN BESAR-BESARAN RAGNAROK IDLE ADVENTURE PLUS

Gravity Game Hub (GGH) Pte. Ltd.
2025-03-01 22:44 91

SINGAPURA, 1 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Gravity Game Hub (GGH) PTE.LTD, subsidiari GRAVITY Co., Ltd. (NasdaqGM: GRVY), mengumumkan permainan serba baharunya, Ragnarok Idle Adventure Plus, telahpun dilancarkan di peringkat global (kecuali beberapa negara dan wilayah seperti Tanah Besar China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Hong Kong dan Macau) yang tersedia pada platform Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery susulan tempoh Prapendaftaran yang berjaya. Lebih 1,000,000 pemain lain bersedia untuk memulakan pengembaraan mereka merentas masa pada 20 Februari 2025.

Ragnarok Idle Adventure Plus Grand Launch
Ragnarok Idle Adventure Plus Grand Launch

Ragnarok Idle Adventure Plus dicipta berdasarkan peribudaya Ragnarok Online asal dan dihasilkan semula sebagai RPG melahu. Dengan penekanan untuk menjamin corak permainan yang mudah, Ragnarok Idle Adventure Plus dibangunkan sebagai RPG yang boleh serasi walaupun pada peranti mudah alih dengan spesifikasi rendah dan memberikan kebolehmainan yang mudah.

Presiden Gravity Game Hub (GGH), Harry Choi berkata, "Kami menerima banyak maklum balas positif dan berjaya mencapai 1 juta pemain yang membuat prapendaftaran. Pelancaran ini menyaksikan satu peristiwa penting dan kami tidak sabar menunggu mereka memulakan perjalanan baharu mereka." "Sebagai kesinambungan rasmi Ragnarok IP, permainan yang dinikmati oleh 230 juta pemain di peringkat global, Ragnarok Idle Adventure Plus akan menjadi tambahan yang menarik untuk peminat Ragnarok bagi memulakan pengembaraan baharu dengan pelaburan masa yang rendah," sambung Harry Choi.

Ciri-ciri Utama 

Ragnarok Idle Adventure Plus menggabungkan corak permainan melahu dengan strategi mendalam bagi memastikan pengalaman yang membawa kepuasan untuk pemain kasual dan juga pemain tegar.

  • Pengalaman Melahu Lancar – Nikmati perkembangan bebas tangan semasa Wira anda bertarung, naikkan tahap dan kumpul ganjaran walaupun semasa anda berada di luar talian.
  • Penyesuaian Strategik – Kumpul dan tingkatkan pasukan utama anda dengan seleksi luas watak, kemahiran dan kombinasi peralatan.
  • Kebolehmainan Semula Tidak Berkesudahan – Selami mod permainan yang pelbagai, termasuk MVP Raid (PvE), Hall of Valor (PvP) dan dunia luas yang penuh dengan pengembaraan.
  • Sistem Haiwan Kesayangan & Teman – Mantapkan perjalanan anda dengan teman setia yang membantu anda dalam pertempuran.

Latar Belakang Ragnarok Idle Adventure Plus 

Genre: RPG Melahu
Platform: Mudah Alih (Android & IOS)
Laman Web:
Facebook:
Instagram:
TikTok:
Discord:

Latar Belakang Gravity Game Hub 

Ditubuhkan pada tahun 2021, Gravity Game Hub (GGH) Pte. Ltd. ialah penerbit dan pembangun permainan yang memfokuskan pada permainan dalam talian serta mudah alih. Gravity Game Hub komited untuk menyampaikan pengalaman permainan yang interaktif dan mewujudkan komuniti dinamik untuk semua pemain di Asia Tenggara.

 

Source: Gravity Game Hub (GGH) Pte. Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:GRVY
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services