Sokongan lanjutan membolehkan peranti unggulan mengekalkan akses kepada inovasi AI terkini dan kekal terjamin untuk lebih lama
BARCELONA, Sepanyol, 4 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Jenama teknologi global HONOR mengumumkan pada hari ini bahawa ia akan mula menawarkan kemas kini Android OS dan keselamatan selama tujuh tahun untuk HONOR Magic series[1] unggulannya bermula di pasaran EU.
Diumumkan sebagai sebahagian daripada HONOR ALPHA PLAN, janji ini membuktikan komitmen HONOR untuk mengutamakan pelanggan dan menjadikan jenama ini salah satu daripada tiga dalam industri hari ini yang menyediakan liputan lanjutan ini kepada pengguna. HONOR berharap agar perubahan ini akan memberi inspirasi kepada rakan industri untuk meniru tindakan ini demi pelanggan mereka bagi membolehkan lebih ramai memanfaatkan inovasi terkini dan dalam masa yang sama meningkatkan keselamatan untuk semua pengguna peranti telefon pintar di seluruh dunia.
"HONOR ALPHA PLAN memberi penekanan yang teguh pada pendekatan yang mengutamakan pengguna kepada produk masa depan kami. Kami menyasarkan untuk menyediakan peranti dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pengguna dan di luar jangkaan mereka pada masa ini dan masa depan. Justeru itu, HONOR telah memutuskan untuk menawarkan kemas kini Android OS dan keselamatan selama tujuh tahun kepada HONOR Magic series. Ini termasuk telefon bar dan telefon boleh lipat unggulan kami. Komitmen ini bermula dengan HONOR Magic7 Pro. Kami berbesar hati untuk membolehkan kemas kini ini tersedia kepada pelanggan kami," kata James Li, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR.
HONOR ALPHA PLAN ialah strategi korporat baharu untuk mentransformasikan HONOR daripada pembuat telefon pintar kepada sebuah syarikat ekosistem peranti AI yang terkemuka di dunia. Pelan tiga langkah yang berwawasan ini memperincikan langkah-langkah berani yang akan diambil oleh HONOR untuk memulakan dunia pintar baharu dan menyeru industri untuk mencipta bersama-sama ekosistem perkongsian nilai yang terbuka yang memaksimumkan potensi insan yang akhirnya memberi manfaat kepada semua umat manusia.
Sokongan lanjutan ini bukan sahaja memanjangkan jangka hayat peranti dan mengurangkan e-sisa, selaras dengan standard kemampanan, tetapi juga memastikan pengguna dapat menikmati peranti yang selamat dan berprestasi tinggi dengan teknologi AI terkini sepanjang kitaran hayat lanjutannya.
Pengguna HONOR Magic7 Pro di EU merupakan yang pertama mendapat manfaat daripada pelanjutan sokongan ini. Pada masa depan, HONOR akan menawarkan sokongan lanjutan kepada lebih banyak model unggulan, termasuk telefon bar dan telefon boleh lipat.
[1] Sokongan ini tidak terpakai untuk peranti HONOR Magic Lite series. |