BARCELONA, Sepanyol, 5 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Di MWC Barcelona 2025, Leon Wang, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei memperkenalkan Penyelesaian AI WAN semasa acara pelancaran produk dan penyelesaian. Beliau menyatakan bahawa pembawa sedang mempercepat penumpuan rangkaian dan AI. AI WAN memperkasakan rangkaian IP secara komprehensif dalam era Net5.5G menggunakan AI. Dengan memanfaatkan penghala AI, sambungan baharu AI dan otak baharu AI, AI WAN membolehkan pembawa membina rangkaian dengan TCO optimum dan mencapai pertumbuhan baharu merentas semua perkhidmatan.
Seni Bina AI WAN Tiga Lapisan: Mendayakan Keupayaan Rangkaian Baharu
Penyelesaian AI WAN membawakan seni bina tiga lapisan yang terdiri daripada penghala AI, sambungan baharu AI dan otak baharu AI. Seni bina yang inovatif ini meningkatkan prestasi rangkaian dan kecerdasan ke tahap baharu. Dengan keupayaan AI terbenam, penghala AI menyokong pelaporan aliran dan pengenalpastian tingkah laku yang tepat dan dalam masa yang sama turut menyediakan perlindungan keselamatan intrinsik, membina asas keupayaan AI WAN. Sambungan baharu AI membolehkan penjadualan peringkat aliran bagi memenuhi keperluan rangkaian yang pelbagai bagi pelbagai aplikasi, lalu membolehkan pembawa menawarkan rangkaian luas perkhidmatan nilai tambah dan membangunkan perkhidmatan baharu. Dengan memanfaatkan Peta Digital Rangkaian dan model asas, otak baharu AI mencipta ejen AI rangkaian untuk membantu pembawa dalam diagnosis dan pengendalian kerosakan yang akhirnya meningkatkan kecekapan O&M.
Tiga Faedah Utama dengan AI WAN: Memenuhi Keperluan Berbilang Senario
ROI dipercepat dalam senario pengguna: Bagi memenuhi keperluan pembawa untuk mengurus trafik stesen utama, AI WAN membolehkan pengecaman tapak yang tepat dengan trafik tertindas dan memudahkan pengembangan kapasiti bersasar melalui pengumpulan trafik masa nyata dan operasi prediktif. Tambahan pula, ia membebaskan trafik tertindas melalui pengoptimuman laluan yang tepat, seterusnya meningkatkan ROI.
Hasil baharu daripada pengewangan pengalaman dalam senario rumah: Bagi memenuhi keperluan penting pengguna di rumah yang kini menuntut liputan untuk rangkaian terminal dan aplikasi yang lebih luas melangkaui sambungan asas, AI WAN memacu inovasi aplikasi, mengoptimumkan pengalaman pengguna dan meluaskan tawaran perkhidmatan untuk pengguna di rumah, seterusnya mempercepat pertumbuhan hasil pembawa daripada perkhidmatan baharu.
Tawaran perkhidmatan baharu dengan perlindungan keselamatan dan integrasi rangkaian-pengkomputeran dalam senario perusahaan: Bagi memenuhi keperluan keselamatan dan pengembangan perkhidmatan pengguna perusahaan, AI WAN menawarkan perkhidmatan pertahanan kilat pintar nilai tambah yang dapat mengenal pasti aliran serangan dengan tepat, melindungi perkhidmatan talian persendirian ToB pembawa. AI WAN meningkatkan kapasiti transmisi rangkaian, lalu membolehkan pembawa membangunkan perkhidmatan rangkaian-pengkomputeran bersepadu yang baharu.
Memandang ke hadapan, Huawei akan kekal berada di barisan hadapan inovasi kecerdasan rangkaian, membangunkan produk dan penyelesaian yang utama dalam industri. Ia akan bekerjasama dengan pembawa yang terkemuka di dunia untuk membuka peluang pasaran baharu dalam era pintar, memacu pertumbuhan perkhidmatan pembawa dan bersama-sama melangkah maju ke arah era rangkaian pintar Net5.5G.