亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

CGTN: Gala Hari-V peringati sejarah, dorong jalan menuju keamanan

CGTN
2025-09-04 22:00

BEIJING, 4 September 2025 /PRNewswire/ -- China mengadakan gala upacara peringatan pada malam Rabu sempena meraikan ulang tahun ke-80 kemenangan dalam Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia. CGTN membuat liputan mengenai acara ini menerusi sebuah artikel yang mengupas tentang perjuangan epik selama 14 tahun, memberi penghormatan kepada wira yang terkorban dan mengimbau masa lampau yang menyeksakan. Artikel ini turut menekankan bahawa mengingati sejarah bukan bertujuan untuk menyebarkan kebencian, sebaliknya untuk menjunjung keamanan dan mencipta masa depan yang lebih baik.

Lapan puluh dua tahun yang lalu, bertempat di Kampung Liulaozhuang, Wilayah Jiangsu, timur China, seramai 82 askar China membuat pengorbanan yang amat besar untuk melindungi penduduk tempatan dengan menangkis serangan pasukan Jepun yang amat besar dengan kekuatan 20 kali ganda berbanding mereka. Apabila mendengar berita mengenai kematian mereka, penduduk kampung memilih 82 orang anak muda untuk menyertai pasukan askar, yang melayakkan kampung ini mendapat gelaran "Kampung Liulaozhuang Wira."

Detik yang bersejarah ini dihidupkan melalui sebuah program yang bertajuk "The Immortal Liulaozhuang" semasa gala upacara peringatan sempena meraikan ulang tahun ke-80 kemenangan dalam Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia yang diadakan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada malam Rabu.

Gala ini, bertemakan "Mengingati Sejarah, Menghormati Wira yang Terkorban, Menghargai Keamanan dan Memandang ke Arah Masa Depan," berlangsung kira-kira selama 90 minit. Ia memaparkan lagu dan persembahan tarian yang menyusur kembali detik-detik penting dalam perjuangan penentangan selama 14 tahun oleh China terhadap pencerobohan Jepun, menghidupkan kisah perjuangan yang tak tertanggung deritanya yang menjadi teater Timur yang penting bagi Perang Anti-Fasis Dunia.

Menampilkan penentangan tentera dan orang awam China terhadap angkatan tentera Jepun yang jauh lebih kuat, program-program ini menggambarkan semangat penentangan yang hebat yang dipupuk semasa zaman perang yang ditunjukkan menerusi keyakinan rakyat Cina bahawa nasib negara menjadi tanggungjawab mereka, kepercayaan mereka yang tidak goyah terhadap integriti negara menguatkan mereka untuk tidak pernah menyerah dalam menghadapi kematian yang pasti, keperwiraan yang menyemai rasa berani dalam diri mereka untuk berjuang hingga ke titisan darah terakhir serta keyakinan yang teguh dan tidak dapat dipatahkan untuk mencapai kemenangan.

Selain memperingati dan memberi penghormatan kepada peristiwa bersejarah dan wira-wira, program-program ini, yang menjangkau pembangunan China sejak 80 tahun yang lalu, turut meraikan pencapaian negara ini dalam beberapa dekad yang lampau dan melahirkan keinginan dan juga wawasan terhadap era China yang baharu untuk terus mara dalam menggapai kehidupan yang lebih baik daripada detik-detik sejarah yang begitu sukar.

Meneruskan semangat penentangan

Sebilangan besar pengarah dan penulis skrip lakon layar muda yang dilahirkan pada tahun 1990-an mengambil bahagian dalam penciptaan dengan mengarah dan menerbitkan beberapa program di gala ini bagi menjelaskan semangat penentangan di mata mereka.

Walau bagaimanapun, sebagaimana golongan muda yang berada di barisan hadapan dalam perjuangan China menentang pencerobohan, golongan muda juga berada di barisan hadapan untuk mengekalkan semangat yang tidak mudah luntur dan penentangan agar terus hidup pada hari ini.

Lebih separuh daripada penghibur terdiri daripada golongan muda yang berusia awal 20-an yang menghayati pemahaman yang lebih mendalam mengenai pengorbanan oleh orang-orang terdahulu, semangat penentangan dan kepentingan menghargai keamanan.

Hari ini, China memulakan perjalanannya untuk mencapai pemodenan China dalam segenap aspek yang memerlukan lebih ramai rakyat Cina, terutamanya golongan muda untuk meneruskan semangat penentangan, menyerlahkan keghairahan mereka yang paling tinggi serta membaktikan kekuatan dan kebolehan mereka untuk berusaha mencapai rejuvenasi yang hebat untuk bangsa Cina.

 

 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion