亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Restaurant Week Spring 2025 di China: Nikmati Menu Michelin dan Black Pearl di China dengan UnionPay International

UnionPay International
2025-03-13 21:55 15

Lebih 800 Restoran di 16 Bandar China Memperkenalkan Hidangan Masakan Lazat Musim Bunga Ini

SHANGHAI, 13 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Pengembara antarabangsa dan pemegang kad UnionPay global boleh memulakan perjalanan penuh rasa melalui landskap kulinari China yang meriah. , dilancarkan secara bersama oleh UnionPay International dan DiningCity, berlangsung mulai 6 Mac hingga 27 April. Menampilkan lebih daripada 800 restoran mewah merentas 16 bandar China yang utama, acara ini menawarkan set menu bermula pada harga ¥78 (kira-kira AS$10) bagi membolehkan pengunjung merasai segala-galanya bermula daripada restoran Michelin dan Black Pearl hinggalah restoran hotel yang memenangi anugerah.

Bermula daripada warisan utara Beijing dan Tianjin hinggalah kecanggihan moden Shanghai dan Hangzhou, serta citarasa selatan Guangzhou dan Shenzhen, setiap bandar memaparkan identiti gastronominya yang unik. Pengunjung boleh menikmati itik panggang Beijing, dim sum Kantonis, hidangan gabungan kontemporari dan menu hidangan Sichuan yang pedas. Seleksi yang pelbagai ini memenuhi keperluan pengembara yang tidak sabar-sabar untuk meneroka masakan klasik dan juga inovatif, dengan harga eksklusif yang dapat direalisasikan melalui sokongan daripada UnionPay.

Dengan menggunakan ramuan bermusim yang segar, cef terkenal mengubah setiap hidangan menjadi suatu perayaan rasa dan kesenian. Sama ada hidangan gaya rumah klasik atau inovasi masakan moden, budaya gastronomi China yang meluas memastikan sentiasa ada sesuatu yang baharu yang akan ditemui.

Semasa berlangsungnya Restaurant Week Spring 2025, tempat-tempat yang mengambil bahagian terdiri daripada restoran berbintang Michelin hinggalah tempat tumpuan yang sedang meningkat maju yang diketuai oleh cef muda berwawasan, menawarkan gambaran sekilas tentang landskap masakan Shanghai yang sentiasa berkembang.

Bagi membuat tempahan untuk Restaurant Week Spring 2025, pengembara boleh mengakses (), pilih "Restaurant Week Spring 2025," kemudian pilih restoran dan slot masa.

Di restoran, hanya tunjukkan pengesahan tempahan anda dan bayar menggunakan kad UnionPay anda.

Rangkaian luas UnionPay memastikan liputan yang meluas di China, dengan penerimaan hampir sejagat di ATM dan peniaga arus perdana. Lebih daripada 2.4 bilion kad UnionPay telahpun dikeluarkan di lebih 80 negara dan wilayah di luar tanah besar China bagi membolehkan pengunjung antarabangsa mendapat manfaat daripada pertukaran mata wang masa nyata tanpa bayaran berlebihan. Banyak dompet mudah alih yang popular di luar negara menyokong kod QR UnionPay, membolehkan pembayaran dalam kedai tanpa kesulitan—tiada aplikasi tambahan diperlukan. Pengembara juga boleh memautkan kad UnionPay keluaran luar negara mereka kepada Alipay atau WeChat Pay bagi menikmati diskaun promosi tanpa bayaran tambahan.

Memandangkan China terus menarik pengunjung antarabangsa dan pengembara perniagaan, UnionPay International dan DiningCity bermatlamat untuk menjadikan Restaurant Week Spring 2025 sebagai suatu pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan dan imersif. Bermula daripada menikmati hidangan serantau hingga meneroka mercu tanda budaya, peserta boleh menikmati tempahan yang mudah dan penyelesaian pembayaran yang lancar untuk perjalanan yang tidak dapat dilupakan.

Latar Belakang DiningCity

DiningCity ialah platform terkemuka yang menghubungkan pengunjung dengan restoran kelas atasan di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, ia bertapak kukuh di seluruh bandar Asia yang utama, memberikan pengguna akses segera kepada tempahan restoran, penyenaraian terperinci dan faedah ahli eksklusif. Melalui ciri-ciri inovatif dan perkongsian strategik, DiningCity terus menyusun atur pengalaman menjamu selera yang luar biasa untuk pencinta makanan di seluruh dunia.

Latar Belakang UnionPay Internationals

UnionPay International (UPI) ialah subsidiari China UnionPay yang mengkhusus untuk mengembangkan dan menyokong perniagaan global UnionPay. Menerusi perkongsian merentas 2,600 institusi di seluruh dunia, kad UnionPay diterima di 183 negara dan wilayah, dengan pengeluaran di 84 daripadanya. UPI menyampaikan penyelesaian pembayaran rentas sempadan yang berkualiti tinggi, berkesan kos dan selamat kepada kumpulan pemegang kad terbesar di dunia, lalu memastikan perkhidmatan tempatan yang lancar untuk pemegang kad dan peniaga global.

 

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Food/Beverages Restaurants Retail Travel New products/services Financial Technology