亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Forum Perikanan Global Bincang Ramalan Industri

Roscongress Foundation
2018-09-18 18:28 886

ST. PETERSBURG, Rusia, 18 September 2018 /PRNewswire/ --

Forum Perikanan Global & Ekspo Makanan Laut Rusia ke-2, iaitu acara unggul daripada sektor perikanan negara, berlangsung di St. Petersburg pada 13-15 September 2018.


Lebih 3,000 pemimpin perniagaan, wakil perikanan dan pegawai kerajaan dari Denmark, Jerman, Iceland, Itali, Kanada, China, Maghribi, Norway, Pulau Faroe, Jepun dan lain-lain menghadiri Forum. Menteri Pertanian Dmitry Patrushev membacakan .

Timbalan Menteri Pertanian dan Ketua Agensi Perikanan Persekutuan Ilya Shestakov, pemimpin-pemimpin daripada agensi sektoral Pulau Faroe serta Maghribi, pakar-pakar (FOA) PBB, Stesen Biologi Pasifik, Majlis Penerokaan Lautan Antarabangsa dan Kedutaan Denmark berucap dalam sesi plenari . Para hadirin membincangkan persaingan dalam Lautan Dunia, rizab biosumber akuatik dan prospek akuakultur memandangkan jumlah populasi penduduk Bumi yang semakin bertambah.

Isu-isu mendesak turut dibincangkan dalam sesi panel dan .

Perjanjian-perjanjian penting telahpun ditandatangani antara Rusia dan Guinea, Agensi Perikanan Persekutuan Rusia dan Lembaga Sumber Akuatik Panama serta antara FOR Group dan .

Ekspo ini menampilkan syarikat-syarikat perikanan, pemprosesan, perdagangan dan pembinaan kapal, para pengeluar peralatan, agensi-agensi kerajaan dan juga persatuan-persatuan perdagangan. Pengunjung dapat merasai produk, mengambil bahagian dalam jelajah video melibatkan syarikat-syarikat Rusia yang terkemuka, merasai pengalaman dan menyertai persembahan 3D "120 Tahun Industri Perikanan Rusia".

Ekspo ini membawakan reruai-reruai bersama melibatkan wilayah Arkhangelsk, Astrakhan dan Kaliningrad, Karelia dan Tatarstan serta lembangan perikanan Azov dan Laut Hitam, selain reruai-reruai negara Norway, Iceland, Maghribi dan Argentina. Kawasannya yang seluas 13,000 meter persegi menjadi tuan rumah kepada 180 syarikat termasuk 122 syarikat dari Rusia. turut beroperasi di kawasan pameran.

Pembinaan kapal penangkapan ikan 30 tan sehari telah dimulakan (Dmitry Patrushev, Ilya Shestakov dan Gabenor Wilayah Arkhangelsk Igor Orlov mengambil bahagian dalam upacara tersebut), , diwujudkan oleh para ilmuan dan pencinta alam sekitar, telah dirasmikan dan pemenang-pemenang pertandingan "Produk Ikan Terbaik" seluruh Rusia turut diumumkan.

Acara ini dianjurkan oleh Agensi Perikanan Persekutuan manakala Forum dikendalikan oleh .

Laman sesawang rasmi Forum Perikanan Global ialah   

Sumber: Roscongress Foundation

Source: Roscongress Foundation
Keywords: Agriculture Trade show news