CHANGSHA, China, 12 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK), peneraju global bagi jentera pembinaan, memperlihatkan permulaan yang kukuh bagi tahun 2025 dengan acara penghantaran besar-besaran pertamanya yang diadakan di bangunan penyelidikan ibu pejabat Zoomlion Smart Industrial City pada 7 Februari, menghantar lebih 10,000 unit peralatan yang bernilai 5.7 bilion yuan (AS$782.04 juta).
Over 850 Zoomlion cranes depart from Zoomlion's Smart Industrial City in Changsha, China, for global destinations on February 7
Unit Perniagaan Jentera Pengangkat Zoomlion menghantar lebih 850 kren, dengan nilai keseluruhan mencecah 1.8 bilion yuan (AS$246.96 juta), termasuk kren semua rupa bumi 4,000 tan terbesar di dunia, inovasi rintis dan satu-satunya model di seluruh dunia yang boleh beroperasi secara sah di jalan raya awam. Tidak lama lagi, ia akan menuju ke Wilayah Shaanxi untuk menyiapkan sebuah projek pemasangan kuasa angin.
Unit Perniagaan Jentera Konkrit menghantar lebih 1,200 unit bernilai satu bilion yuan (AS$137 juta), menampilkan pam konkrit ringan lima jambatan, 73 meter, bum terpanjang di dunia dalam siri ringan, bersama-sama dengan trak pencampur siri "Lingguan" dan pelbagai trak pam berukuran antara 38 hingga 50 meter. Unit ini akan digunakan dalam projek-projek utama di seluruh China dan dieksport ke pasaran seperti Australia, Nigeria, Mexico, Brazil dan Peru.
Lebih daripada 1,300 unit jentera tolak tanah dan perlombongan bernilai 900 juta yuan (AS$123.48 juta), termasuk mesin pengorek 38 tan dan trak buang lombong badan lebar 100 tan pertama di dunia, ZT160HEV, telahpun dihantar ke tapak perlombongan dan pembinaan utama merentas pasaran global.
Diterajui oleh platform kerja udara (AWP) bum-lurus 72 meter, Unit Perniagaan AWP menghantar lebih 1,100 unit yang bernilai hampir 300 juta yuan (AS$41.16 juta). Kumpulan jentera ini, termasuk lif gunting, bum lurus dan lif bum bersendi, sedang menuju ke pasaran global.
Kilang pintar kren menara Zoomlion menghantar kren menara dan pengangkat pembinaan bernilai 700 juta yuan (AS$96.04 juta), 70 peratus daripadanya merupakan tempahan daripada pasaran luar negara, menonjolkan permintaan antarabangsa yang kukuh.
Sementara itu, jentera pembinaan asas, peralatan kecemasan, bahan binaan baharu, jentera pertanian dan unit perniagaan lain daripada Zoomlion turut menghantar pelbagai produk dari taman perindustrian Zoomlion ke seluruh negara kepada pelanggan di dalam dan luar negara.
Penghantaran berskala besar Zoomlion menggambarkan strategi pertumbuhan antarabangsanya yang semakin pesat, didorong oleh inovasi yang berterusan dan komitmen untuk menyediakan penyelesaian bertaraf dunia kepada pelanggan di seluruh dunia. Dengan peralatan yang menjangkau pasaran utama di seluruh Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah, Afrika dan Asia-Pasifik, Zoomlion memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju global dalam pembuatan peralatan canggih.