亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Rangup Jadi Keutamaan: Kerry Dedahkan Pengguna APAC Memacu Inovasi Tekstur Daging Global

Kerry Group
2025-09-26 09:00

SINGAPURA, 26 September 2025 /PRNewswire/ -- Asia Pasifik kian muncul sebagai pusat global bagi inovasi makanan yang didorong oleh tekstur, menurut satu penemuan baharu yang dikeluarkan oleh , iaitu syarikat citarasa dan pemakanan yang terkemuka di dunia. Dengan 54% pengguna APAC yang aktif mencari tekstur baharu atau tekstur yang menarik, jauh melebihi paras pengguna Eropah iaitu sebanyak 37%, rasa rangup beralih daripada sesuatu yang baharu menjadi satu keperluan dalam pasaran daging di rantau ini.

"Crunchy" and "crispy" are top claims in new meat and poultry product launches in Asia
"Crunchy" and "crispy" are top claims in new meat and poultry product launches in Asia

Di sebuah rantau yang terkenal dengan tradisi masak-memasak yang pelbagai, tekstur menjadi pembeza yang utama. Pada masa ini, "rangup" dan "rapuh" merupakan antara lima tuntutan teratas terhadap pelancaran daging dan ayam itik baharu di Asia, lantas menekankan permintaan yang semakin meningkat untuk pengalaman makanan pelbagai deria.

"Tekstur bukan lagi sekadar hal sampingan, ia menjadi aspek utama demi kepuasan pengguna," kata Dimitrios Tzouvelekis, Pengurus Besar Teknologi Daging, Kerry Asia Pacific. "Rasa rangup memberikan kenikmatan dan juga kepuasan daripada makanan selesa, lantas menjadikannya salah satu elemen paling hebat untuk inovasi dalam pasaran pada hari ini."

Di APAC, salutan dan tekstur daging mengalami suatu pembaharuan. Meskipun format serdak roti dan salut tepung tradisional kekal popular, terdapat pertambahan yang mendadak dalam hal percubaan dengan saduran, sos, emping dan hias atas yang memberikan bukan sahaja rasa rangup tetapi juga tarikan visual. seperti lapis kering, salut tepung dan serdak roti dirumuskan semula untuk menambah baik masa penghantaran dan masa pegangan bagi memastikan faktor rangup mampu bertahan dalam perjalanan dari dapur kepada pengguna.

Selera rantau ini terhadap pengalaman deria yang berlapis-lapis mendorong kombinasi antara tekstur dan rasa yang berani. Bermula daripada saduran miso pedas Jepun hinggalah ayam goreng berperasa mala di China, gandingan rasa yang kuat dengan tekstur yang menyenangkan selera mendorong pertumbuhan yang pesat.

 mengetengahkan saduran madu panas dan lada sebagai elemen yang kian popular, menawarkan lapisan melekit yang meningkatkan salutan rasa yang rapuh. Emping rumpai laut juga menjadi sohor kini, menambah kekuatan rasa umami dan juga tarikan visual yang menarik, sejajar dengan budaya makanan "hiper visual" APAC.

Restoran perkhidmatan cepat (QSR) meminjam aspek tradisi makanan jalanan untuk merangkumkan faktor rasa rangup. Scallion Crispy Chicken KFC Taiwan dan burger Ha Cheong Gai McDonald's Singapura merupakan contoh sejauh mana kudapan jalanan warisan diperbaharui buat khalayak arus perdana.

"Produk-produk ini disukai kerana ia menghubungkan elemen nostalgia dengan sesuatu yang baharu," kata Simon Hague, Pengurus Besar Rangkaian Perkhidmatan Makanan, Kerry Southeast Asia. "Tekstur menjadi jambatan antara tradisi dan arah aliran."

Psikologi rasa rangup menjangkau citarasa. Data Nielsen menunjukkan bahawa 33% pengguna Cina dan 29% pengguna Korea Selatan mengaitkan bunyi dengan kualiti makanan, jauh melangkaui purata global. Hal ini dikaitkan dengan "ketepuan audio-visual" dalam era digital: Makanan yang sangat rangup dan amat kenyal memberikan suatu pelarasan deria kepada pengguna yang dapat mengimbangi rangsangan berlebihan daripada masa skrin harian, menurut futuris dan pakar strategi Angelia Teo.

"Pengeluar dan juga QSR harus mereka bentuk tekstur dari peringkat awal; mempertimbangkan bagaimana tekstur menunjukkan prestasinya semasa memasak dan penghantaran, bagaimana ia bergandingan dengan rasa dan juga bagaimana ia boleh sejajar dengan jangkaan label kesihatan dan bersih," tambah Tzouvelekis.

"Memandangkan APAC menerajui perubahan global dalam inovasi dipacu tekstur, Kerry berbangga dapat membantu jenama-jenama menyampaikan pengalaman daging yang bukan sahaja lazat, bahkan peka sentuh, boleh didengar dan mendatangkan kepuasan dari segi emosi."

 

 

Source: Kerry Group
Keywords: Food/Beverages Survey, Polls & Research