KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 September 2025 /PRNewswire/ -- Omnichat, iaitu platform pengalaman pelanggan AI omnisaluran yang terkemuka, baru-baru ini menganjurkan Siri Forum Kepimpinan Perniagaan 2025 di pejabat Meta Singapore dan Meta Malaysia. Forum ini menghimpunkan para pemimpin industri daripada Meta, Volvo Car Malaysia dan Writers At Work untuk membincangkan peranan transformatif AI, cerapan dipacu data dan WhatsApp Business Platform dalam membentuk semula keterlibatan pelanggan.
Perniagaan pemesejan merupakan arah aliran global, dengan 1 bilion orang berhubung dengan akaun perniagaan setiap minggu melalui perkhidmatan pemesejan Meta. Vicky Yiu, Pengurus Perkongsian Strategik APAC Meta, menekankan mengenai potensi pemesejan untuk keterlibatan pelanggan. "Penyelidikan Penggunaan Pemesejan Perniagaan 2024 oleh Kantar mendedahkan bahawa 79% daripada orang dewasa dalam talian global menghantar mesej kepada perniagaan pada setiap minggu. WhatsApp Business Platform, termasuk 'WhatsApp Flows', memberikan pengalaman dalam-sembang interaktif yang mengupayakan interaksi yang cekap dan mesra pengguna seperti pengumpulan data dan penjadualan."
Albert Tiong, Pengurus Program Serantau Meta menggambarkan bahawa "Meta Business Messaging menjurus kepada hasil yang lebih baik merentas kitaran hayat pelanggan berbanding saluran legasi. Bermula daripada penemuan dan kesedaran kepada pertimbangan, pembelian dan penglibatan semula, perbualan dua hala dapat memacu hasil pemasaran, jualan dan sokongan yang lebih baik." Selain itu, beliau menyatakan bahawa perniagaan yang memanfaatkan produk pemesejan berbayar mengalami peningkatan angka sebanyak dua kali ganda tahun ke tahun.
Patricia Yaw, Pengarah Operasi Pemasaran dan Perhubungan Awam Volvo Car Malaysia memacu transformasi digital jenama ini dengan membuktikan bahawa industri-industri legasi juga dapat berkembang melalui perniagaan berbentuk perbualan. Dengan menerima pakai strategi sembang terpusat, kini Volvo Car Malaysia memberikan pengalaman pelanggan diperibadikan melalui WhatsApp secara sepenuhnya. Anjakan strategik ini—daripada saluran komunikasi berpecah-pecah kepada WhatsApp Business Platform disatukan—diperkenalkan buat julung kalinya semasa pelancaran EX30 yang dinanti-nantikan oleh jenama ini yang menetapkan penanda aras baharu untuk jenama ini, lalu mencapai tempahan pandu uji, impresi media dan bahagian suara PR yang tertinggi seumpamanya.
"Penggunaan WhatsApp menunjukkan metrik prestasi yang mengagumkan, termasuk kadar baca 93% yang luar biasa. Kadar klikan (CTR) mencapai tujuh kali ganda lebih tinggi berbanding e-mel," katanya. Selain itu, chatbot mengurus satu daripada setiap empat soalan penemuan dengan berkesan, lantas memperlihatkan kecekapannya dalam memudahkan pertanyaan pengguna.
Tatkala perbualan beralih daripada teknologi kepada hasil, Patricia meneliti impak WhatsApp ke atas dua pelancaran berkenaan. Acara pelancaran "Choose your 90" mencatatkan kadar kehadiran sebanyak 90% dan turut mencapai kadar penukaran pendulu-kepada-peluang yang tertinggi.
Alan Chan, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Omnichat menunjukkan impak transformasi perniagaan berbentuk perbualan dipacu AI, menjelaskan sejauh mana perniagaan boleh memanfaatkan automasi dan pemperibadian untuk mengoptimumkan jualan serta meningkatkan kepuasan pelanggan.
"Ejen perbualan dikuasakan AI merevolusikan bagaimana perniagaan berinteraksi dengan pelanggan," kata Alan. "Omni AI memperkasakan perniagaan untuk mencipta ejen AI tersuai untuk pelbagai tujuan, memuat naik dokumen dan sumber untuk melatih dan membolehkannya memberi respons yang lebih pantas dan lebih tepat. Bermula dengan memberikan sokongan segera 24/7 hinggalah menghantar pengesyoran hiperperibadi, AI membolehkan syarikat-syarikat berhubung dengan pelanggan pada setiap titik sentuhan dengan berkesan."
Ang Kai Ning, Pengarah Sumber Manusia & Kewangan WRITERS AT WORK, mengetengahkan mengenai sejauh mana pusat pendidikan mereka memanfaatkan WhatsApp Business Platform secara strategik yang dipermudah oleh Omnichat bagi meningkatkan pelbagai aspek operasi mereka. Selain pemesejan asas, WhatsApp menjadi platform yang dinamik untuk keterlibatan interaktif yang merangkum pemesejan promosi, penjadualan pengumuman yang cekap dan perkhidmatan pelanggan yang responsif.
Mereka mencapai kadar baca 77.71% dan kadar klikan 11.85% semasa promosi webinar, lalu menghasilkan jumlah kehadiran sebanyak 90%. Di samping itu, automasi chatbot mengurus 75,000 mesej pelanggan pada tahun lalu, dengan 99% pada WhatsApp yang seterusnya menonjolkan peranan platform ini dalam memperkemas komunikasi, meningkatkan keterlibatan dan memacu hasil.
Siri Forum Kepimpinan Perniagaan 2025 ini menjadi bukti kuasa kolaborasi dan inovasi dalam memacu pertumbuhan perniagaan. Dengan menghimpunkan pemimpin pemikiran dan pakar industri, acara ini dapat memberi inspirasi kepada hadirin untuk menerima teknologi baharu, memanfaatkan cerapan dipacu data dan memperbaharui strategi keterlibatan pelanggan untuk era digital.
From left: Stanley Chan (VP of Sales at Omnichat), Alan Chan (Founder & CEO at Omnichat), Patricia Yaw (Director of Marketing Operations and PR at Volvo Car Malaysia), Albert Tiong (Regional Program Manager at Meta), Ang Kai Ning (HR & Finance Director at WRITERS AT WORK) and Vicky Yiu (APAC Strategic Partnership Manager at Meta)
Latar Belakang Omnichat
Omnichat ialah penyedia yang terkemuka bagi penyelesaian perniagaan berbentuk perbualan dikuasakan AI untuk rantau Asia-Pasifik. Mendapat kedudukan unik sebagai satu-satunya Rakan Niaga Meta dan Rakan Teknologi LINE Biz-Solutions di APAC dengan keupayaan WhatsApp, Facebook, Instagram, LINE, WeChat bersepadu, Omnichat memperkasakan jenama-jenama untuk memusatkan komunikasi, memberikan pengalaman diperibadikan dan memacu transformasi digital dalam seluruh operasi mereka. Lebih 5,000 jenama, termasuk peruncit dan perusahaan antarabangsa memanfaatkan Omnichat untuk mengoptimumkan perjalanan pelanggan mereka.
Laman Web:
WhatsApp:
LinkedIn:
Facebook:
HUBUNGI:
Maheswari Ganga
Pengurus Pemasaran, Omnichat
Emel: mahes@omnichat.ai
Telefon Bimbit: +6016 660 4254
Lily Yeung
Naib Presiden Serantau, Pemasaran & Komunikasi (GC & SEA), Omnichat
Emel: lily.yeung@omnichat.ai
Telefon Bimbit: +852 9803 5977