亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Pameran Canton ke-137 bakal Dibuka 15 April dengan Bilangan Peserta Pameran Eksport Mencatat Rekod dan Penampilan Sulung Zon Tematik Baharu

Pameran Canton
2025-04-12 17:23 75

GUANGZHOU, China, 12 April 2025 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China ke-137 (Pameran Canton), salah satu acara perdagangan yang terbesar di dunia, akan bermula pada 15 April dan berlangsung hingga 5 Mei di Guangzhou, China. Dalam sidang akhbar yang dihoskan oleh Kementerian Perdagangan China mendedahkan sorotan utama Pameran ini. Meliputi keluasan kira-kira 1.55 juta meter persegi, Pameran ini akan membawakan sekitar 74,000 reruai dan mengalu-alukan kira-kira 31,000 peserta pameran. Bilangan peserta pameran Pavilion Negara khususnya akan melangkaui 30,000 buat julung kalinya, meningkat hampir 900 daripada sesi sebelumnya.


Pameran Canton ke-137 akan mempersembahkan skop tema pameran yang lebih luas, dengan setiap satu daripada tiga fasanya menonjolkan fokus yang tersendiri: "Pembuatan Termaju," "Kehidupan Rumah Berkualiti" dan "Kehidupan Lebih Baik." Acara ini akan menampilkan 55 bahagian pameran dan 172 zon produk secara keseluruhan. Zon robot perkhidmatan khusus akan ditampilkan buat julung kalinya dalam fasa pertama, mempamerkan pelbagai jenis penyelesaian robotik untuk kegunaan peribadi, domestik dan profesional. Bahagian baharu untuk perumahan bersepadu akan turut diperkenalkan.

Di samping itu, Pameran ini membawakan penyertaan yang berkualiti lebih tinggi menerusi lebih 4,200 peserta pameran baharu. Antara kesemua peserta pameran, lebih daripada 9,700 syarikat yang mengambil bahagian mendapat gelaran kebangsaan, seperti perusahaan kecil-kecilan dan sederhana khusus dan sofistikated, juara tunggal pembuatan, perusahaan teknologi tinggi negara, menyaksikan peningkatan 20% berbanding sesi ke-136. Hampir 3,700 syarikat memfokuskan pada kenderaan tenaga baharu, bateri litium, sel solar, teknologi digital dan pembuatan pintar. Tambahan pula, lebih daripada 17,000 peserta pameran akan mempamerkan jenama mereka sendiri dan hampir 22,000 syarikat memperoleh pelbagai pensijilan antarabangsa.

Canton Fair App, alatan yang penting untuk penglibatan di lapangan dan juga dalam talian, telahpun dimuat turun secara meluas sejak pelancarannya. Tahun ini, Aplikasi ini akan dinaik taraf dengan versi yang berasingan untuk pembeli dan pembekal, menawarkan ciri-ciri yang lebih bersasar dan fungsian yang lebih baik. Dalam masa yang sama, tawaran perkhidmatan platform dalam talian ini dipertingkat dan sistem pemadanan perdagangan disusun semula untuk memperkemas proses pemadanan, seterusnya meningkatkan kecekapan dan juga ketepatan.

Bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada peserta pameran dan pembeli, Pameran ini akan menganjurkan lebih 1,000 aktiviti promosi perdagangan semasa berlangsungnya Pameran ini. Sorotan termasuk 18 persidangan dan forum berfokuskan industri, sekitar 400 acara koleksi baharu, lebih daripada 590 acara pemadanan "Trade Bridge" dan 20 aktiviti penstriman langsung "Discover Canton Fair with Bee and Honey".

Untuk memuat turun Canton Fair App, sila lawati .

Source: Pameran Canton
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Transportation Trade show news Supply Chain/Logistics