亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Taiwan Pavilion Muncul Julung Kali di Pesta Musim Luruh MATTA 2025 - Taiwan Host B&B × Star Hotels Persembahkan "Layanan Mesra Taiwan"

LTVnews
2025-09-07 17:43

TAIPEI, 7 September 2025 /PRNewswire/ -- Dua jenama penginapan Taiwan yang utama, Taiwan Host B&B dan Star Hotels, membuat penampilan sulung di Pesta Musim Luruh MATTA 2025 di Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Taiwan Pavilion akan mempersembahkan layanan yang tulus ikhlas daripada Taiwan melalui program-program yang interaktif, termasuk sesi perkongsian Taiwan Host, cabaran trivia pengembaraan dan cabutan hadiah media sosial. Para pelawat juga mendapat peluang yang menarik untuk memenangi tiket perjalanan pergi balik antara Kuala Lumpur dan Taiwan! (Berita ini diperoleh daripada LTVnews. )


Taiwan Host B&B ialah jenama pensijilan rasmi yang menekankan enam nilai teras: keramahan, kemesraan, kebersihan, kesihatan, keselamatan dan perkhidmatan berkualiti. B&B yang diperakui ini menyediakan tetamu dengan penginapan yang selesa dan perkhidmatan yang penuh perhatian. Setakat ini, lebih daripada 1,900 Taiwan Host B&B telahpun diiktiraf di seluruh negara. Daripada jumlah ini, 100 diberi pengiktirafan sebagai Taiwan Host B&B Bertaraf Emas yang dikumpulkan ke dalam lima tema— Alam Semula Jadi & Ekologi, Penemuan Budaya, Pesona Seni Bina, Pelancongan Keluarga & Haiwan Kesayangan dan Hidangan Lazat Masakan—menyediakan pelbagai pengalaman yang unik kepada pengembara.

Star-rated Hotels, jenama penginapan rasmi Taiwan yang lain, diperakui melalui proses penilaian ketat yang melaluinya pemeriksa misteri menilai lebih 500 kriteria yang meliputi kemudahan dan kualiti perkhidmatan. Hotel-hotel diberi nilai bermula daripada 1 hingga 5 bintang, dengan kategori "Kecemerlangan 5-Bintang" tambahan untuk hartanah terunggul. Hampir 200 Star Hotels yang diperakui kini boleh didapati di seluruh Taiwan yang berperanan sebagai panduan yang dipercayai untuk pengembara yang menginginkan kualiti dan keandalan.

Dwipensijilan Mesra Muslim × Taiwan Host

Bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengembara Muslim Malaysia, Taiwan mengetengahkan khususnya 24 hartanah yang mendapat dwipensijilan sebagai Penginapan Mesra Muslim dan Taiwan Host B&B. Penginapan ini dipaparkan pada peta taburan dengan kod QR yang memaut terus ke laman web dan halaman media sosial mereka, lalu memudahkan pelawat untuk mengakses maklumat dan juga menempah penginapan. Inisiatif ini menggabungkan semangat layanan mesra daripada jenama Taiwan Host dengan perkhidmatan mesra Muslim yang seterusnya menawarkan ketenangan fikiran, kemudahan dan keselesaan kepada tetamu.

Pentadbiran Pelancongan Taiwan mengundang dengan penuh mesra semua pelawat ke Taiwan Pavilion untuk meneroka Taiwan Host B&B dan Star Hotels. Lawatan berpandu yang diketuai oleh duta-duta jenama akan disediakan manakala peserta yang melengkapkan tinjauan pendek akan menerima Golden Award Taiwan Host B&B Guidebook dwibahasa di samping peluang untuk membawa pulang hadiah edisi terhad.

Senarai lengkap 24 Taiwan Host B&B Mesra Muslim yang diperakui disediakan dalam lampiran.

Untuk maklumat lanjut mengenai Taiwan Host B&B dan Star Hotels, sila kunjungi: .

Source: LTVnews
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Travel Trade show news