亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Cision Mengumumkan Penjualan Platform Help A Reporter Out (HARO) kepada Featured.com

Cision Ltd.
2025-04-16 02:36 72

CHICAGO, 15 April 2025 /PRNewswire/ -- Peneraju global dalam bidang kecerdasan media dan penyelesaian komunikasi, Cision, hari ini telah mengumumkan tentang penjualan platform Help A Reporter Out (HARO) kepada Featured.com.

HARO telah dilancarkan pada tahun 2008 dan kemudian menjadi sebahagian daripada Cision melalui penggabungannya dengan Vocus pada tahun 2014, HARO telah lama beroperasi sebagai platform yang menghubungkan wartawan dengan pakar dalam pelbagai bidang. Penjualan HARO ini mencerminkan komitmen berterusan Cision untuk menumpukan perhatian serta pelaburan kepada rangkaian produk utama mereka, termasuk CisionOne, Brandwatch dan PR Newswire (PRN).

Jim Daxner, Ketua Pegawai Produk dan Ketua Strategi di Cision berkata, "Kami mengesahkan bahawa Cision tidak lagi menawarkan perkhidmatan Help A Reporter Out (HARO) dan Connectively sebagai sebahagian daripada rangkaian produknya. Kami kini menumpukan sepenuh perhatian kepada pengukuhan platform utama kami — CisionOne, Brandwatch dan PRN — yang amat penting dalam menyediakan penyelesaian komunikasi bersepadu dan berkesan kepada pelanggan kami."

Berikutan penjenamaan semula HARO kepada Connectively pada tahun 2024 dan seterusnya penamatan perkhidmatan platform tersebut, Cision mengambil keputusan untuk melepaskan aset ini kepada pihak luar. Featured.com telah dikenal pasti sebagai rakan kongsi yang sesuai untuk mengambil alih platform tersebut.

Langkah ini membolehkan Cision menumpukan sumber dan usaha inovasi mereka ke arah strategi platform teknologi utama mereka. Dengan CisionOne menyediakan platform kecerdasan media terkini, Brandwatch meneraju dalam analisis pengguna dan pengurusan media sosial, sementara PR Newswire terus menjadi rangkaian pengedaran siaran akhbar terbesar di dunia, Cision kekal komited untuk membantu profesional komunikasi dalam mengurus dan mengukur kesan media dengan lebih efektif.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian daripada Cision, sila layari .

Maklumat Tentang Cision 

Cision merupakan peneraju global dalam bidang kecerdasan, keterlibatan dan penyelesaian komunikasi pengguna dan media. Kami membantu para profesional dalam perhubungan awam, komunikasi korporat, pemasaran dan media sosial dengan menyediakan alat dan platform yang mereka perlukan untuk cemerlang dalam dunia berasaskan data masa kini. Dengan kepakaran mendalam kami, kerjasama eksklusif dalam data dan produk-produk yang diiktiraf seperti CisionOne, Brandwatch, dan PR Newswire, lebih 75,000 syarikat dan organisasi—termasuk 84% daripada senarai Fortune 500—bergantung kepada kami untuk tampil menonjol, memahami serta difahami oleh khalayak yang paling penting buat mereka.  

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 
Perhubungan Awam Cision:

Logo -

 

Source: Cision Ltd.
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Telecommunications Acquisitions, mergers, takeovers Data Analytics