BERLIN, 7 September 2025 /PRNewswire/ -- Midea Group, sebuah syarikat Fortune Global 500 2025, memberikan sepenuh tumpuan kepada peralatan SPACE MASTER di IFA 2025. Dibangunkan berdasarkan idea "Saiz Sama, Kejutan Besar", siri SPACE MASTER mentakrifkan semula seluas mana ruang boleh guna yang boleh diharapkan oleh pengguna daripada peralatan bersaiz standard.
Kapasiti Mega, Prestasi Lanjutan
SPACE MASTER meminimumkan jejaknya dan dalam masa yang sama menyampaikan fungsian yang luar biasa. Produk wira SPACE MASTER Refrigerator menawarkan 443L yang utama dalam industri—kapasiti efektif yang melangkaui ruang boleh guna tergabung daripada peti sejuk 336L Combi Midea sebelumnya, peti sejuk mini 66L dan penyejuk beku 31L—ditambah dengan penyejuk beku 130L dan petak hasil 47% lebih besar. Di bahagian dalam, sistem Infinite Shelf and Door Bin boleh disusun semula bagi memuatkan barangan bersaiz besar seperti karton susu tinggi, kek hari jadi atau bekas minuman bersaiz parti.
Apabila sinki pada waktu malam bertimbun tinggi, SPACE MASTER Dishwasher menjadi wira pemberes. Direka dengan Sistem Rak 3-Lapisan, ia menyokong sehingga 16 tetapan tempat dengan ruang untuk segala-galanya bermula daripada dulang pembakar bersaiz besar hingga perkakas bertangkai tinggi. Sebaik sahaja diaktifkan, semburan berputar Pembasuh Pinggan Mangkuk ini menyasarkan setiap celah dan rekahan, serta tidak meninggalkan kesan gris atau serdak.
Setelah keadaan kelam-kabut waktu makan selesai, SPACE MASTER Washer-Dryer mengubah tugas mencuci kain kotor yang menjemukan menjadi kerja yang mudah. Gelendongnya yang bersaiz besar dapat memuatkan seluruh set cadar atau pakaian selama seminggu sementara teknologi PowerMix Spray daripada mesin ini memastikan detergen meresap jauh ke dalam setiap gentian.
Rangkaian Peralatan Lengkap untuk Rumah Tanpa Selerak
Rangkaian produk selebihnya daripada keluarga SPACE MASTER membawa falsafah yang sama. Ketuhar menghasilkan masakan panggang yang lazat dan jamuan yang besar tanpa memerlukan dapur yang lebih besar. Penggoreng Kering menawarkan sehingga 45 peratus lebih banyak ruang memasak berbanding penggoreng kering 8-liter konvensional. Akhir sekali, Penyaman Udara memberikan penyejukan yang luar biasa dengan profil ultra-nipis dan reka bentuk yang tidak menonjol. Melalui penguasaan ruang, SPACE MASTER memperkasakan pengguna untuk menguasai gaya hidup mereka.
Latar Belakang Midea & Midea Group
Midea ialah salah satu daripada lebih 10 jenama dalam Perniagaan Rumah Pintar Midea Group.
Ditubuhkan pada tahun 1968, Midea Group ialah sebuah syarikat teknologi global yang terkemuka, menduduki tempat #246 dalam senarai Fortune Global 500 2025. Sebagai salah satu pengilang peralatan rumah yang terbesar di dunia, Midea memperkemas unit terasnya kepada enam tonggak perniagaan berimpak tinggi untuk membuka laluan pertumbuhan masa depan yang baharu pada tahun 2025: Rumah Pintar, Teknologi Industri, Teknologi Bangunan, Robotik dan Automasi, Midea Healthcare dan Annto Logistics.