BERLIN, 7 September 2025 /PRNewswire/ -- Midea Group, sebuah syarikat Fortune Global 500 2025 memperkenalkan teknologi dapur XPRESS MASTER baharu. Antara mesyuarat pada awal waktu, menghantar anak ke sekolah dan berulang-alik pada waktu sibuk, XPRESS MASTER daripada Midea membuktikan bahawa kecekapan tidak bermaksud perlunya bertolak ansur untuk menikmati makanan yang lazat dan sihat.
Penyelesaian Masak-memasak Jimat Masa Komprehensif
Induction Cooktop merupakan penyelesaian serba guna yang pertama, membawakan teknologi XpressHeat yang memanaskan permukaan memasak dalam beberapa saat. Oat direneh hingga berkrim, susu dihangatkan dengan sempurna—sedia untuk menikmati minuman latte bagi menyegarkan pagi anda. Tetapan pintarnya memastikan periuk tidak menggelegak berlebihan dan coklat tidak dimasak terlalu lama.
Bagi menjimatkan masa dan tekanan bagi hidangan makan malam—terutamanya selepas hari yang memenatkan— Dual-Zone Air Fryer ada untuk menyelamatkan keadaan. Ia mempunyai dua ruang yang berasingan sepenuhnya, masing-masing menawarkan tetapan memasak bebas yang menghasilkan kentang goreng yang garing di satu bahagian dan dalam masa yang sama menjadikan salmon lembut di sebelahnya tanpa berlakunya pemindahan rasa.
Bagi peristiwa yang istimewa, XpressGrill Steak Oven dapat mencapai kualiti restoran stik tanpa perlu meninggalkan rumah. Dengan memanfaatkan teknologi pemanasan grafena dan kuali besi tuang premium, XpressGrill Steak Oven melayur stik daging dengan sempurna tanpa perlu dibalikkan.
XPRESS MASTER Tersedia Merentas Inovasi Midea
Dalam seluruh rangkaian XPRESS MASTER, setiap produk memberikan kemudahan yang tersendiri. Twin Convection Oven memanggang ayam dan membakar tart lembut secara bersebelahan dengan sempurna tanpa berlakunya pertindihan rasa. Combination Oven menggabungkan fungsi mengukus, membakar, memasak dengan gelombang mikro dan menggoreng kering dalam satu. Dengan mengesan kelajuan memasak, Smart Range Hood boleh melaraskan prestasinya secara automatik.
Light Meal Cooker dapat menukar dengan cepat bahan-bahan yang ringkas menjadi semangkuk bijirin yang seimbang dan protein lembut. Selain itu, Micro Pressure Cooker menghasilkan masakan stew yang sedia dihidangkan pada malam minggu manakala Built-in Compact Oven memanaskan semula roti hingga sesempurna roti yang baru dibuat.
Dalam kehidupan, masa ialah mata wang yang paling penting dan teknologi XPRESS MASTER daripada Midea dapat menjimatkan masa di mana-mana sahaja ia mampu.
Latar Belakang Midea & Midea Group
Midea ialah salah satu daripada lebih 10 jenama dalam Perniagaan Rumah Pintar Midea Group.
Ditubuhkan pada tahun 1968, Midea Group ialah sebuah syarikat teknologi global yang terkemuka, menduduki tempat #246 dalam senarai Fortune Global 500 2025. Sebagai salah satu pengilang peralatan rumah yang terbesar di dunia, Midea memperkemas unit terasnya kepada enam tonggak perniagaan berimpak tinggi untuk membuka laluan pertumbuhan masa depan yang baharu pada tahun 2025: Rumah Pintar, Teknologi Industri, Teknologi Bangunan, Robotik dan Automasi, Midea Healthcare dan Annto Logistics.