亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Indeks Kepercayaan Ekonomi Digital Global Baharu Dedah Korelasi Antara Pertumbuhan KDNK dan Kepercayaan Pengguna terhadap Pembayaran Dalam Talian

Checkout.com
2025-05-14 16:00 65
  • Checkout.com melancarkan Indeks Kepercayaan Ekonomi Digital sulungnya, yang menyusun kedudukan negara berdasarkan persepsi pengguna terhadap keselamatan, ketelusan dan pengalaman pengguna dalam ekonomi digital
  • China mendahului senarai kepercayaan digital global, diikuti rapat oleh negara-negara Timur Tengah. Sebaliknya, Eropah dan Amerika Utara ketinggalan akibat tahap ketidakpercayaan yang tinggi terhadap teknologi rantai blok dan alat AI pengguna
  • Indeks ini turut mendedahkan buat pertama kali satu korelasi unik antara tahap kepercayaan pengguna terhadap ekonomi digital dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sesebuah negara

LONDON, 14 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Hari ini, Checkout.com, syarikat pembayaran digital global terkemuka, melancarkan edisi pertama Digital Economy Trust Index, yang mengukur tahap keyakinan pengguna terhadap platform digital dan menyusun kedudukan 16 buah negara berdasarkan aspek keselamatan, ketelusan dan pengalaman pengguna dalam ekonomi digital. Penemuan utama daripada indeks ini menunjukkan wujudnya korelasi langsung yang kukuh antara kepercayaan pengguna terhadap ekonomi digital dan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar sesebuah negara antara tahun 2014 hingga 2024, sekali gus menegaskan betapa pentingnya kepercayaan digital dalam mendorong pertumbuhan ekonomi pada era moden ini.

 

China menduduki tempat teratas dalam Indeks dengan penarafan kepercayaan 8.6 daripada 10, diikuti oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kerajaan Arab Saudi (KSA) dan Mesir. Mengejutkan, walaupun kadar pendigitalan dan penerimaan e-dagang yang tinggi di rantau tersebut, Jepun berada di kedudukan paling bawah dengan penarafan kepercayaan keseluruhan hanya 2.6.

Indeks Kepercayaan Ekonomi Digital bertujuan untuk memberikan gambaran menyeluruh tentang bagaimana individu berinteraksi dengan, mempercayai dan menerima sistem digital. Ini membantu perniagaan, pembuat dasar dan penyedia teknologi memahami faktor pemacu dan halangan utama terhadap kepercayaan, serta akhirnya memperkukuh kepercayaan dalam ekonomi digital bagi merangsang pertumbuhan ekonomi yang lebih meluas. Daripada 18 dimensi berbeza yang dikaji merentasi semua pasaran, faktor yang paling berkait rapat dengan skor kepercayaan keseluruhan ialah kepercayaan bahawa teknologi baharu menjadikan pembayaran lebih selamat serta kepercayaan terhadap alat berasaskan Kecerdasan Buatan (AI). Ini menggambarkan nilai ekonomi yang wujud dalam pembayaran inovatif dan teknologi AI.

China mendahului dengan ketara dalam aspek kepercayaan terhadap ekonomi digital, mencatat markah penuh dalam kategori kepercayaan terhadap kaedah pembayaran baharu, keselamatan biometrik, serta keyakinan bahawa teknologi baharu menjadikan pembayaran lebih selamat. Ini menunjukkan kewujudan infrastruktur teknologi yang matang, keterbukaan budaya terhadap inovasi digital, serta persekitaran kawal selia yang menyokong perkembangan tersebut.

Trend serantau yang lebih luas menunjukkan bahawa Timur Tengah mendominasi dalam kepercayaan terhadap ekonomi digital, dengan UAE, KSA dan Mesir masing-masing menduduki tempat kedua, ketiga, dan keempat dalam Indeks tersebut. Kesemua negara ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi terhadap biometrik, rantai blok dan AI, yang mungkin berkait rapat dengan strategi digital yang diterajui kerajaan dan persekitaran kawal selia yang menyokong, serupa dengan China. Mesir mencatatkan prestasi yang luar biasa di sini walaupun mempunyai jumlah pembayaran digital yang agak rendah, disebabkan oleh kepercayaan yang sangat tinggi terhadap alat AI dan ID digital.

Eropah dan Amerika Utara ketinggalan dalam kepercayaan terhadap ekonomi digital, terutamanya berkaitan dengan kepercayaan terhadap rantai blok, keselamatan biometrik dan alat AI. Ini menunjukkan kebimbangan privasi dan keraguan umum tentang kemajuan digital. Rakyat Britain terutamanya bimbang tentang risiko tertipu oleh deepfake semasa membeli-belah dalam talian, serta kebimbangan imej mereka dicuri dan digunakan untuk deepfake semasa aktiviti membeli-belah dalam talian.

Sepanyol mendahului Eropah Kontinental dalam Indeks Kepercayaan Ekonomi Digital, manakala pengguna di Belanda lebih berhati-hati tetapi mempunyai tahap penyertaan yang sangat tinggi dalam ekonomi kitaran, satu model pengeluaran dan penggunaan yang memanjangkan kitaran hayat produk melalui kaedah seperti pembaikan, pembaikan semula, dan penjualan semula. Pengguna Jerman mempunyai keyakinan terhadap perlindungan pengguna, namun keselamatan siber dan privasi merupakan halangan kepercayaan yang signifikan. Perancis mencatatkan skor kepercayaan keseluruhan kedua terendah dalam Indeks, hanya lebih tinggi daripada Jepun. Kesemua negara Eropah mencatatkan skor yang sangat rendah dalam penggunaan dompet digital, manakala China mencatatkan markah 10 daripada 10, menunjukkan jurang penerimaan yang ketara antara Timur dan Barat serta perbezaan global dalam kaedah pembayaran yang digemari.

Walaupun berada di kedudukan tengah keseluruhan, rakyat Amerika menunjukkan kepercayaan sepenuhnya terhadap keselamatan semasa pembayaran dalam talian, manakala kepercayaan terhadap rantai blok dan perlindungan pengguna mencatatkan skor terendah. Kanada berkongsi kekurangan kepercayaan terhadap perlindungan pengguna, namun mempunyai pengalaman penipuan yang lebih rendah dan sedikit lebih banyak kepercayaan dalam menyimpan data kad pembayaran secara dalam talian.

New Zealand mendahului ekonomi maju dalam kepercayaan terhadap ID digital dan AI. Walaupun berada di tempat ke-8 daripada 16 dalam Indeks Kepercayaan Ekonomi Digital keseluruhan, negara ini adalah peneraju senyap dalam kepercayaan di luar teknologi kewangan.

Indeks Kepercayaan Ekonomi Digital juga mengesahkan kemunculan Brazil sebagai kuasa besar fintech. Kepercayaan yang tinggi terhadap pengurusan wang digital dan penyertaan yang kukuh dalam ekonomi gig mungkin didorong oleh populasi muda negara ini serta pelaburan dalam dan penerimaan terhadap teknologi pembayaran digital baharu, seperti Pix.

Trend keseluruhan mencerminkan kesan 'lonjakan' dalam pembayaran. Ekonomi yang lebih matang dan berasaskan kad secara tradisionalnya ketinggalan berbanding pasaran baru muncul yang terus beralih daripada tunai ke dompet digital dari segi kepercayaan terhadap ekonomi digital.

Ketua Pegawai Operasi Checkout.com, Jenny Hadlow, berkata: "Dalam ekonomi tradisional, dengan perdagangan fizikal, kepercayaan sudah terbina. Anda membayar dengan cip dan PIN atau tunai dan keluar dengan produk di tangan. Dalam ekonomi digital, kepercayaan perlu diperoleh. Mengeklik "beli" adalah sebahagian daripada perjalanan dengan pengguna menyerahkan data sensitif, perlu mempercayai adanya jalan penyelesaian sekiranya sesuatu berlaku, dan membuat langkah berani dengan teknologi baharu yang sedang berkembang. Indeks ini mengukur kepercayaan tersebut dan meneroka halangan-halangan khusus yang dihadapi oleh pengguna di seluruh dunia dalam menerima ekonomi digital, memberikan pemimpin wawasan yang diperlukan untuk mengatasinya.

"Ekonomi digital ialah ekonomi masa depan, dan masa depan akan tiba dengan cepat. Oleh itu, kerajaan dan perniagaan perlu bekerjasama dengan segera untuk meningkatkan kepercayaan dalam ekonomi digital dan mendidik pengguna tentang tingkah laku selamat dalam talian bagi merangsang pertumbuhan ekonomi."

Lihat Indeks Kepercayaan Ekonomi Digital penuh di sini: 

Metodologi

Indeks Kepercayaan Ekonomi Digital dikira berdasarkan tiga tiang utama, masing-masing mewakili aspek utama kepercayaan digital:

  • Penggunaan dan Tingkah Laku, yang menilai sejauh mana dan cara orang berinteraksi dengan teknologi digital, alat kewangan dan inovasi baharu.
  • Kepercayaan terhadap Sistem, yang mengukur keyakinan pengguna terhadap keselamatan, kebolehpercayaan, dan integriti sistem digital.
  • Penerimaan Teknologi Baharu, yang menilai kesediaan untuk menerima dan mengintegrasikan teknologi yang lebih baharu dalam kehidupan seharian.

Komponen-konponen ini terdiri daripada enam sub-komponen, yang masing-masing mewakili dimensi khusus kepercayaan digital. Sub-komponen ini berdasarkan respons tinjauan daripada 18,000 pengguna di seluruh 16 negara, yang mana penyelidikan ini dijalankan oleh YouGov.

Respons-respons ini diberikan berat dan skor untuk memastikan nilai yang lebih tinggi mencerminkan kepercayaan yang lebih besar. Setiap skor sub-komponen kemudiannya dinormalisasikan pada skala 1 hingga 10, memastikan pemberian berat yang sama dan kebolehubahan yang sebanding di seluruh ukuran.

Skor komponen dikira sebagai purata enam sub-komponennya. Skor Indeks Kepercayaan Ekonomi Digital akhir adalah purata tiga skor komponen.

Pekali korelasi Pearson antara kadar pertumbuhan KDNK negara dan Indeks Kepercayaan Ekonomi Digital ialah kira-kira -0.71. Korelasi negatif ini menunjukkan bahawa kadar pertumbuhan KDNK yang lebih tinggi dikaitkan dengan kedudukan yang lebih baik (iaitu, bernombor lebih rendah) dalam kepercayaan dalam ekonomi digital.

Negara 

Kedudukan Kepercayaan Ekonomi Digital 

Kedudukan Pertumbuhan KDNK Negara 2014-2024 

China

1

1

Emiriah Arab Bersatu

2

3

Kerajaan Arab Saudi

3

4

Mesir

4

2

New Zealand

5

5

Brazil

6

15

Australia

7

8

Sepanyol

8

7

Amerika Syarikat

9

6

United Kingdom

10

12

Kanada

11

11

Belanda

12

9

Sweden

13

10

Jerman

14

14

Perancis

15

13

Jepun

16

16

Maklumat tentang Checkout.com 

Checkout.com memproses pembayaran untuk ribuan syarikat yang membentuk ekonomi digital masa kini. Rangkaian pembayaran digital global kami menyokong lebih daripada 145 mata wang dan menyediakan penyelesaian pembayaran berprestasi tinggi di seluruh dunia, memproses berbilion transaksi setiap tahun. 

Dengan teknologi yang fleksibel dan boleh diskala, kami membantu perniagaan perusahaan meningkatkan kadar penerimaan, mengurangkan kos pemprosesan, membanteras penipuan, serta menjadikan pembayaran sebagai pemacu hasil yang utama. Beribu pejabat di London dengan 19 pejabat di seluruh dunia, Checkout.com dipercayai oleh jenama-jenama terkemuka seperti Alibaba, Docusign, GE Healthcare, Remitly, Sainsbury's, Sony, The Financial Times, Uber Eats, Vinted dan Wise. 

. Di sinilah dunia membuat pembayaran.

Logo - 

Source: Checkout.com
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Household/Consumer/Cosmetics Retail Survey, Polls & Research Financial Technology