亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Peringkat Akhir Pertandingan ICT Huawei 2024–2025 Global Berakhir: AI Perkasa Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Bakat ICT

Huawei
2025-05-25 12:10 57

SHENZHEN, China, 25 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Majlis Penutupan & Penyampaian Anugerah bagi Peringkat Akhir Pertandingan ICT Huawei 2024–2025 Global telahpun berlangsung dengan jayanya hari ini di Shenzhen. Dalam edisi ke-9, acara ini mencapai skala memecah rekod pada tahun ini, menarik minat lebih 210,000 orang pelajar dan pengajar dari lebih 2,000 kolej dan universiti di lebih 100 negara dan wilayah. Selepas pertandingan peringkat kebangsaan dan serantau, 179 pasukan dari 48 negara dan wilayah berjaya ke Peringkat Akhir Global.

Melalui persaingan yang sengit dalam tiga trek utama iaitu Amalan, Inovasi dan Pengaturcaraan, penghormatan tertinggi dianugerahkan kepada 18 pasukan cemerlang dari 9 negara: China, Algeria, Brazil, Filipina, Maghribi, Nigeria, Serbia, Tanzania dan Singapura.

Para pemenang Hadiah Utama bagi Pertandingan Inovasi ialah pasukan-pasukan daripada Bulacan State University di Filipina, Beijing University of Technology di China, Fakulti Sains Teknikal ?a?ak of the University of Kragujevac di Serbia dan Fakulti Sains dan Teknik Errachidia - Moulay Ismail University di Maghribi.

Dalam Pertandingan Amalan – Trek Rangkaian, Hadiah Utama dianugerahkan kepada pasukan-pasukan daripada Shenzhen Institute of Information Technology di China, Instituto Federal do Tocantins di Brazil, Federal University of Technology Minna di Nigeria dan pasukan bersama daripada Dar es Salaam Institute of Technology, University of Dar es Salaam dan University of Dodoma di Tanzania.

Dalam Pertandingan Amalan – Trek Awan, para pemenang bagi Hadiah Utama termasuk pasukan-pasukan daripada iACADEMY di Filipina, University of Batna 2 dan Higher National School of Computer Science Algiers di Algeria, Tianjin University of Technology and Education di China dan Singapore University of Social Sciences.

Dalam Pertandingan Amalan – Trek Pengkomputeran, Hadiah Utama dianugerahkan kepada pasukan-pasukan daripada Guilin University of Electronic Technology di China, Federal University of Technology Minna di Nigeria, University of Bejaia dan Higher National School of Computer Science SBA di Algeria dan Cebu Institute of Technology - University di Filipina.

Hadiah Utama dalam Pertandingan Pengaturcaraan dianugerahkan kepada pasukan daripada Shenzhen Polytechnic University di China.

Bagi mengiktiraf sumbangan cemerlang yang melangkaui kecemerlangan teknikal, pertandingan ini turut menyampaikan penghormatan istimewa. Anugerah Wanita dalam Teknologi diberikan kepada empat pasukan dengan semua anggota wanita dari Brazil, Arab Saudi, Jerman dan Kenya. Anugerah Pembangunan Hijau dianugerahkan kepada pasukan dari Ghana. Anugerah Pengajar Paling Bernilai memberi pengiktirafan kepada 18 pengajar terbilang dari 10 negara – China, Algeria, Bangladesh, Brazil, Mesir, Indonesia, Iraq, Nigeria, Hungary dan Türkiye – atas sumbangan mereka kepada pendidikan ICT.


Huawei ICT Competition 2024–2025 Global Final Closing & Awards Ceremony

Dalam ucapan pembukaannya, Ritchie Peng, Pengarah Jabatan Strategi ICT & Pembangunan Perniagaan di Huawei, menyebut, "Bagi mencapai matlamat pembelajaran melalui pertandingan dan menginspirasikan inovasi melalui pertandingan, kami sentiasa mengembangkan reka bentuk topik-topik pertandingan. Pertandingan Amalan sejajar dengan visi kami terhadap Intelligent World 2030 (Dunia Pintar 2030) dan menggalakkan pelajar untuk menguasai pengkomputeran awan, data raya dan AI bagi memacu kemajuan sosial. Pertandingan Inovasi memfokuskan pada pembangunan hijau dan rangkuman digital, seterusnya memotivasikan peserta untuk mengatasi cabaran dunia sebenar dalam sektor-sektor seperti pertanian, penjagaan kesihatan dan pendidikan melalui ICT."

Memandangkan transformasi digital semakin memecut di peringkat global, permintaan terhadap golongan profesional mahir dalam bidang-bidang seperti AI, data raya dan keselamatan siber terus meningkat. Walau bagaimanapun, kekurangan bakat dalam bidang-bidang kritikal ini dilihat semakin ketara. Bagi membantu menangani cabaran ini, Pertandingan ICT Huawei membawakan beberapa trek — termasuk Amalan, Inovasi dan Pengaturcaraan — berserta inisiatif seperti kolaborasi industri-akademik dan pembangunan kurikulum tersuai. Usaha ini bertujuan untuk memperlengkapkan pelajar dengan kemahiran yang dicari-cari dan memupuk bakat teknologi generasi akan datang yang akan menonjol dalam dunia yang semakin pintar dan bersifat digital.

Semasa pertandingan pada tahun ini, Huawei turut menganjurkan Sidang Kemuncak Transformasi Pendidikan Pemecut AI, di mana pakar-pakar meneroka peranan penting AI dalam pendidikan pintar. Di samping itu, Huawei mengumumkan secara rasmi Keupayaan AI bagi Huawei ICT Academy Intelligent Platform, lantas menjadikannya lebih mudah dan lebih cekap untuk digunakan oleh pendidik dan pelajar. Ini menyaksikan satu lagi langkah ke hadapan dalam memajukan pendigitalan pendidikan.

Untuk butiran lanjut mengenai Pertandingan ICT Huawei, kunjungi kami di .

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Education Higher Education Internet Technology Telecommunications Awards