亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

ABU DHABI DISAHKAN SEBAGAI BANDAR TUAN RUMAH UNTUK GAMES OF THE FUTURE (SUKAN MASA DEPAN) 2025

Phygital International
2025-05-29 17:16 50

Ibu kota UAE akan menyambut dunia untuk acara sukan fizital (fizikal-digital) yang bersejarah, dari 18 hingga 23 Disember 2025 

ASPIRE dilantik sebagai Pihak Berkuasa Pelaksana UAE untuk Games of the Future (Sukan Masa Depan): Abu Dhabi 2025 

ABU DHABI, UAE, 29 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Phygital International, badan induk global untuk Games of the Future (Sukan Masa Depan - GOTF), secara rasmi telah mengumumkan Abu Dhabi sebagai Bandar Tuan Rumah untuk Games of the Future (Sukan Masa Depan) 2025, yang akan berlangsung dari 18 hingga 23 Disember.

Athletes Competing in the Physical Side of Phygital Shooter
Athletes Competing in the Physical Side of Phygital Shooter

Menggabungkan inovasi terkini dan pertandingan bertaraf elit, Games of the Future (Sukan Masa Depan) akan mengubah Abu Dhabi menjadi pusat sukan fizital dan menampilkan gabungan dinamik antara ketangkasan fizikal dan permainan digital yang mengasyikkan. Acara pelbagai sukan ini merangkumi pelbagai disiplin fizital yang inovatif, termasuk Phygital Football (Bola Sepak Fizital) dan Phygital Shooter (Penembak Fizital), serta sukan teknologi dan e-sukan.

Setiap disiplin fizital menyaksikan atlet terlebih dahulu bertanding dalam versi digital sukan mereka, diikuti dengan pertandingan dalam sukan yang sama secara nyata. Keputusan akhir ditentukan dengan menggabungkan prestasi dari kedua-dua peringkat menyatukan elemen fizikal dan maya dalam satu pengalaman pertandingan yang lancar.

ASPIRE, peneraju utama di sebalik cabaran besar dan pertandingan bertaraf global untuk Majlis Penyelidikan Teknologi Maju Abu Dhabi (ATRC), telah dilantik sebagai Pihak Berkuasa Pelaksana UAE. Dalam peranan ini, ASPIRE akan menerajui pelaksanaan agenda inovasi acara tersebut, memastikan penjajaran antara pelbagai pihak berkepentingan, serta menyelaras rangka kerja pembiayaan bersama rakan kongsi kerajaan dan penaja.

Ethara, organisasi pengurusan acara langsung terkemuka di rantau ini akan berperanan sebagai Rakan Penghantaran Acara, memimpin pelaksanaan menyeluruh termasuk operasi tempat acara, logistik dan pengalaman peminat. Selain itu, Ethara akan memacu promosi acara dan memainkan peranan komersial yang penting dengan mendapatkan tajaan dan kerjasama untuk menyokong kejayaan acara tersebut. Pusat Pameran Kebangsaan Abu Dhabi (ADNEC) telah disahkan sebagai lokasi rasmi, menyediakan pentas bertaraf dunia untuk keseluruhan spektrum pertandingan sukan fizital dan pengalaman peminat.

"Kami berasa berbesar hati kerana Abu Dhabi akan mengalu-alukan beribu-ribu atlet fizital, kelab dan peminat Games of the Future (Sukan Masa Depan) 2025," kata Nis Hatt, Ketua Pegawai Eksekutif Phygital International.  "Dengan visi berani dalam sukan dan teknologi, UAE merupakan pentas yang ideal untuk acara perintis ini. Sejak edisi sulung Sukan ini, sukan fizital telah berkembang menjadi satu gerakan global dan edisi tahun ini menjanjikan yang paling menarik setakat ini."

Stephane Timpano, Ketua Pegawai Eksekutif ASPIRE, berkata: "Sebagai Pihak Berkuasa Pelaksana UAE, ASPIRE berbangga membantu membentuk Games of the Future (Sukan Masa Depan) Abu Dhabi 2025, sebuah platform global di mana sukan, teknologi dan imaginasi bergabung. Daripada mobiliti berkuasa AI hinggalah pengalaman digital yang imersif, Abu Dhabi adalah tempat di mana inovasi bertemu impak. Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan kehadiran dunia ke ADNEC pada Disember ini untuk satu acara yang akan memberi inspirasi kepada masa depan sukan dan teknologi."

Selain daripada pertandingan elit, acara ini akan menampilkan zon penglibatan peminat imersif realiti maya, aktiviti kebudayaan dan pameran teknologi. Edisi sulung Games of the Future (Sukan Masa Depan) menyaksikan lebih 2,000 atlet dari lebih 100 negara mengambil bahagian, disiarkan kepada penonton global dan menarik lebih 300,000 penonton serta peminat.

Games of the Future (Sukan Masa Depan): Abu Dhabi, 2025 menandakan babak seterusnya yang penuh berkuasa bagi gerakan fizital, membawa Sukan ini kepada penonton baharu di Timur Tengah, tempat cita-cita, eksperimen dan aplikasi teknologi yang berani berkembang maju. Dengan gabungan unik inovasi dan dinamika budaya Abu Dhabi, pentas telah disediakan untuk satu pengalaman global yang tiada tandingan.

 

Gambar - //mma.nyhomeapp.cn/media2/2698798/Phygital_International_Athletes.jpg?p=medium600
Gambar - //mma.nyhomeapp.cn/media2/2698799/Phygital_International_Football.jpg?p=medium600
Logo - //mma.nyhomeapp.cn/media2/2529536/5323689/Phygital_International_Logo.jpg?p=medium600

Phygital Clubs Competing in Phygital Football
Phygital Clubs Competing in Phygital Football

 

Source: Phygital International
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Sporting Events Sports New products/services