![]() |
HONG KONG, 12 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Bertempat Sidang Kemuncak Rangkaian Huawei 2025 (Asia Pacific), Huawei memperkenalkan produk dan penyelesaian Xinghe Intelligent Network yang dinaik taraf sepenuhnya untuk rantau Asia Pasifik dan melancarkan Technical Requirements for Financial Data Center Networks(Keperluan Teknikal untuk Rangkaian Pusat Data Kewangan) bersama Network Innovation and Development Alliance (NIDA). Kesemua pengumuman ini akan menyuntik kevitalan baharu kepada pembangunan digital dan pintar di Asia Pasifik.
Launching all-new Xinghe Intelligent Network products and solutions
Dalam ucapan pembukaan, Spawn Fan, Presiden Jabatan Jualan Perusahaan Asia Pasifik Huawei, menyatakan bahawa pembangunan AI telah jauh melebihi jangkaan, dengan pertumbuhan yang memecahkan rekod bagi pengguna AI dan kadar penerimagunaan. Huawei bertindak balas terhadap hal ini dengan memanfaatkan keupayaan tindanan penuh yang unik dan berkolaborasi dengan rakan kongsi bagi membantu pelanggan dalam kesemua industri membina infrastruktur termaju demi era AI.
En. Sword Cheng, Naib Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, berkata dalam ucapannya bahawa industri-industri global mempromosikan penumpuan AI dan teknologi rangkaian secara aktif. Walau bagaimanapun, kebanyakan penyelesaian masih dalam peringkat awal "pengurusan rangkaian + AI". Oleh yang demikian, hanya rangkaian dikuasakan AI hujung-ke-hujung merupakan penyelesaian yang berdaya maju dalam era AI.
Penyelesaian Xinghe Intelligent Network daripada Huawei amat sesuai untuk rangkaian dikuasakan AI melalui inovasi dalam pelbagai domain.
Huawei turut mengumumkan barisan penuh produk dan penyelesaian Xinghe Intelligent Network serba baharu untuk Asia Pasifik. Contohnya termasuk Wi-Fi 7 AP 5-radio yang pertama dalam industri, modul optik StarryLink "3S (rentang, stabil, dan selamat)" yang unik, penghala perkhidmatan penuh 400GE berketumpatan tertinggi dalam industri dan penyelesaian terbeza merentas industri-industri.
Huawei dan NIDA bersama-sama mengeluarkan Technical Requirements for Financial Data Center Networks yang mentakrifkan secara sistematik penunjuk teknikal yang utama bagi rangkaian pusat data kewangan buat kali pertama, berfungsi sebagai panduan pembinaan rangkaian yang diiktiraf oleh industri untuk institusi-institusi kewangan.
Memandang ke hadapan, Huawei akan memperdalam lagi inovasi Xinghe Intelligent Network yang dikuasakan AI dan berkolaborasi dengan pelanggan Asia-Pasifik merentas industri-industri bagi mempercepat transformasi pintar, meneroka set tindakan baharu dan melangkah beriringan menuju masa depan digital dan pintar.