![]() |
GUANGZHOU, China, 13 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Bermula 16 Jun, ChiNext Index akan melaksanakan pelarasan metodologi, termasuk had 20% ke atas wajaran saham individu dan mekanisme penapisan negatif ESG yang bertujuan untuk meningkatkan fokus indeks ke atas firma-firma inovatif yang mencapai pertumbuhan tinggi dan dalam masa yang sama sejajar dengan piawaian global. Setakat 10 Jun, ETF yang menjejaki ChiNext Index memegang aset bernilai lebih daripada AS$ 16.1 bilion, diterajui oleh E Fund ChiNext ETF (159915) yang menyumbang sebanyak AS$ 11.6 bilion di bawah E Fund Management, pengurus dana amanah yang terbesar di China.
Dilancarkan pada tahun 2010, ChiNext Index yang terdiri daripada 100 perusahaan berorientasikan pertumbuhan dan inovatif dan disenaraikan pada ChiNext Board telahpun menjalani 53 penyemakan, lalu menggambarkan transformasi ekonomi China. Perubahan yang terkini ini akan mengoptimumkan lagi strukturnya bagi menekankan sektor-sektor pertumbuhan baru muncul – teknologi maklumat generasi baharu (34%), kenderaan tenaga baharu (24%) dan penjagaan kesihatan (12%), lantas menekankan penjajarannya dengan anjakan strategik China ke arah inovasi teknologi tinggi.
Menurut Wind, syarikat-syarikat konstituennya mencatatkan pertumbuhan hasil sebanyak 9.5% YoY dan ROE melebihi 12.5% pada S1 2025, seterusnya menunjukkan keberuntungan yang bingkas dan kemajuan dalam cip AI, bateri EV serta perubatan jitu. Metrik penilaian memperkukuh tarikan: indeks didagangkan pada nisbah P/E 31x setakat 10 Jun yang menghampiri persentil ke-10 sejak penyenaraiannya.
Dengan mengawal risiko tumpu dan membenamkan kriteria ESG, pembaharuan dapat memperkukuh peranan indeks dalam menggambarkan evolusi perindustrian di China dan trend pelaburan global. Penyertaan antarabangsa melonjak melalui saluran rentas sempadan seperti Stock Connect, QFII dan dana pembekal yang disenaraikan pada pertukaran asing. E Fund ChiNext ETF (159915), yang terbesar antara ETF yang berkaitan, tekal menjadi instrumen pilihan untuk pelabur antarabangsa yang menginginkan pendedahan kepada pertumbuhan dipacu teknologi China sejak dimasukkan ke dalam program ETF Connect pada tahun 2022. Sepanjang tahun lalu, dana ini menerima kira-kira AS$ 2.55 bilion, lantas menonjolkan tarikannya sebagai pilihan yang utama dalam pasaran ETF ekuiti China.
Latar Belakang E Fund
Ditubuhkan pada tahun 2001, E Fund Management Co., Ltd. ("E Fund") ialah pengurus dana amanah komprehensif yang terkemuka di China dengan aset di bawah pengurusan melebihi RMB 3.5 trilion (USD 497 bilion).* Ia menawarkan penyelesaian pelaburan kepada pelanggan dalam pesisir dan luar pesisir, bagi membantu pelanggan mencapai prestasi pelaburan mampan dalam tempoh jangka panjang. Pelanggan E Fund melibatkan individu dan juga institusi, bermula daripada bank pusat, dana kekayaan negara, dana keselamatan sosial, dana pencen, syarikat insuran dan insurans semula, hinggalah syarikat korporat dan bank. Berorientasikan jangka panjang, ia memfokuskan pada perniagaan pengurusan pelaburan sejak ditubuhkan dan percaya akan kuasa penyelidikan yang mendalam dan masa melabur. Ia merupakan perintis dan pengamal yang utama dalam pelaburan yang bertanggungjawab di China dan diiktiraf secara meluas sebagai salah satu pengurus aset Cina yang paling dipercayai dan cemerlang.
Sumber: E Fund. AuM termasuk subsidiari-subsidiari. Data setakat 31 Mac 2025. Kadar FX rate bersumberkan PBoC.