BEIJING, 18 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Sebuah acara promosi industri kopi yang diadakan semasa berlangsungnya Ekspo Ekonomi dan Perdagangan China-Afrika (CAETE) ke-4 membuktikan sekali lagi sejauh mana sebuah daerah China berusaha untuk memanfaatkan peluang keterbukaan demi memupuk pemacu pertumbuhan yang baharu.
Terletak di Wilayah Hunan di bahagian tengah China, Daerah Changsha, iaitu sebahagian daripada ibu kota wilayah Bandaraya Changsha, telahpun merangka pelan bagi taman rantaian industri kopi untuk mengisi kekosongan dalam rantaian industri kopi berasaskan biji kopi Afrika premium di China.
Melalui perniagaan yang menarik dan operasi profesional, Daerah Changsha menjangkakan nilai keluaran tahunan taman berkenaan, yang terletak di Sub-kawasan Lapangan Terbang Kawasan Changsha di Zon Perdagangan Bebas Perintis China (Hunan), akan mencapai lebih satu bilion yuan dan import biji kopi seluruh daerah akan dapat melangkaui dua bilion yuan menjelang tahun 2027.
Tanggal 13 Jun, daerah tersebut menerima sekumpulan tujuh projek pelaburan berkualiti untuk industri kopi tempatan baru muncul dan perniagaan dari Wilayah Hunan yang menghadiri acara ini memuktamadkan kontrak yang berkaitan.
Projek-projek ini yang melibatkan kompleks perindustrian, ibu pejabat korporat dan platform dalam talian, meliputi pengeluaran dan pemprosesan, penyimpanan dan logistik, perdagangan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk yang berkaitan dengan biji kopi Afrika.
Justeru itu, daerah China ini mengambil langkah yang kukuh ke hadapan bagi membentuk sebuah hab pedalaman bagi tujuan pembangunan yang didorong oleh peluang keterbukaan demi memupuk enjin pertumbuhan baharu serta mempererat kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Afrika.
Pada masa ini, industri kopi Daerah Changsha mula menyerlahkan potensi dan tarikannya yang tersendiri lantaran pengangkutan yang mudah, pasaran pengguna yang rancak dan persekitaran perniagaan yang menyenangkan, kata Chen Yonggao, ketua Daerah Changsha semasa berlangsungnya acara ini.
Pada masa akan datang, Chen menyatakan harapannya agar perniagaan yang berkaitan dapat menjadi rakan kongsi jangka panjang, penentu rentak dan pembina bersama bagi industri kopi daerah ini untuk meraih faedah lebih awal, melakar kemajuan dalam subsektor dan mewujudkan sebuah ekosistem industri kopi yang cemerlang bagi membawa kopi tempatan ke pasaran yang lebih luas.
Berdasarkan tahun setakat hari ini, daerah berkenaan telahpun memasukkan perancangan industri kopinya ke dalam pelan pembangunan 2026-2030 peringkat tempatan bagi menyelami pasaran Afrika secara lebih mendalam.
Oleh yang demikian, Daerah Changsha akan memfokuskan pada pengeluaran dan pemprosesan, penyimpanan dan logistik taman rantaian industri kopi, perkhidmatan inovasi teknologi sains, pengalaman budaya dan perkhidmatan transaksi bagi memanfaatkan selanjutnya kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Afrika yang kian berkembang.
Mulai Januari hingga April tahun ini, Daerah Changsha menyaksikan perdagangan tempatan bersama negara-negara Afrika meningkat 108 peratus tahun ke tahun kepada 4.104 bilion yuan.
Pautan asal: