亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Huawei OceanStor Dorado All-Flash Storage Dinamakan Salah Satu Penyelesaian NAS Cybersecure 5 TERATAS DCIG

HUAWEI
2025-07-07 21:10 36

SHENZHEN, China, 7 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Data Center Intelligence Group (DCIG), sebuah firma penyelidikan dan analisis teknologi global yang terkemuka, baru-baru ini menyenaraikan Huawei OceanStor Dorado All-Flash Storage dalam laporan Penyelesaian NAS 10PB+ Cybersecure 5 TERATAS DCIG 2025-26. Huawei OceanStor Dorado All-Flash Storage mendapat beberapa pujian atas kebingkasan data dan keupayaan NAS yang utama.


Huawei OceanStor Dorado All-Flash Storage named a 2025-26 DCIG TOP 5 Cybersecure 10PB+ NAS Solution

Dalam laporan ini, DCIG meramalkan pasaran NAS global akan meningkat hampir tiga kali ganda dalam tempoh tujuh tahun akan datang, namun penerimagunaan secara meluas ini turut membawa cabaran yang kian bertambah terhadap kebingkasan, terutamanya lantaran ancaman perisian tebusan yang semakin meningkat. Akibatnya, perusahaan memberikan penekanan yang lebih tinggi terhadap kebingkasan data apabila memilih storan NAS.

Laporan ini menunjukkan bahawa perusahaan harus mengutamakan kebingkasan data apabila membeli storan NAS—memfokuskan pada ciri-ciri utama seperti pengesanan perisian tebusan, penyulitan semasa jeda, syot kilat selamat serta pengurusan dan kawalan kebenaran. Bagi menyokong ciri-ciri ini, DCIG menilai perkhidmatan storan dan keupayaan kebingkasan data bagi 24 penyelesaian NAS arus perdana untuk laporannya, menumpukan pada pelbagai dimensi, termasuk keandalan, prestasi dan kebingkasan. Laporan ini memberikan pandangan berharga untuk perusahaan yang ingin membeli storan NAS.

Laporan ini menyaksikan Huawei OceanStor Dorado All-Flash NAS Storage sebagai produk menonjol dalam beberapa aspek:

Perlindungan perisian tebusan menyeluruh: Keupayaan pengesanan perisian tebusan sebelum peristiwa, semasa peristiwa dan selepas peristiwa terbina dalam daripada penyelesaian ini mengupayakan pengesanan yang lebih pantas serta lebih tepat dan kadar pengesanan perisian tebusan sehingga 99.99%. Ia juga melindungi data secara proaktif menggunakan teknologi canggih seperti honeyfile terbina dalam dan Air Gap.

Stabil dan andal: Penyelesaian ini menggunakan Seni Bina Jaring-Penuh SmartMatrix, seiring bersama penyelesaian aktif-aktif NAS yang unik bagi memberikan keandalan 99.99999%. Ia turut menyokong penaiktarafan yang lancar daripada satu peranti kepada penyelesaian pemulihan bencana (DR) berbilang tapak, seperti aktif-aktif, 3DC dan 4DC DR bagi memastikan perkhidmatan sentiasa hidup.

Cekap dan tangkas: Sistem fail skala-keluar yang inovatif, OceanFS dapat meningkatkan keupayaan pemprosesan sistem, manakala susun atur metadata pintar dan algoritma pengimbang direktorinya meningkatkan prestasi capaian fail dengan ketara, seterusnya memberikan prestasi capaian 30% lebih baik untuk fail kecil besar-besaran berbanding dengan yang kedua terbaik dalam industri ini.

Huawei OceanStor Dorado All-Flash Storage dinamakan sebagai salah satu daripada penyelesaian storan keselamatan siber 5 TERATAS DCIG selama beberapa tahun berturut-turut. Huawei komited untuk mengutamakan inovasi dan pelaburan bagi meningkatkan prestasi storan, keandalan dan kebingkasan yang bertujuan untuk memantapkan kedudukannya sebagai pilihan nombor satu untuk pelanggan merentas pelbagai jenis industri.


Untuk butiran lanjut mengenai laporan Penyelesaian NAS 10PB+ Cybersecure 5 TERATAS DCIG 2025-26, sila kunjungi: 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan penyelesaian Huawei Data Storage, sila kunjungi: 

Source: HUAWEI
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Awards Cloud Computing / Internet of Things