亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Xinhua Silk Road: Liangzhu China mulakan dialog antara tamadun Cina, Rom

Xinhua Silk Road
2025-07-11 23:17 39

BEIJING, 11 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Bertepatan dengan "Hari Liangzhu Hangzhou" 2025, dialog silang budaya antara Liangzhu dan Rom, iaitu dua bandar purba yang melambangkan tamadun Timur dan Barat, telahpun diadakan pada 6 Julai di Liangzhu, Wilayah Zhejiang timur China. Seramai lebih 110 wakil Cina dan Itali berhimpun untuk meneroka kebijaksanaan bersama dalam pembinaan bandar purba dan pemeliharaan warisan.


Photo shows the Mojiaoshan site at the Archaeological Ruins of Liangzhu City park in Hangzhou, capital city of east China's Zhejiang Province.

Rom dan juga Liangzhu bukan sekadar "muzium terbuka" yang terdapat di sana sini tetapi juga "makmal kehidupan" bagi tujuan pemeliharaan warisan budaya, kata Cristiano Varotti, ketua wakil daripada Lembaga Pelancong Kebangsaan Itali (ENIT) di China.

Varotti menyatakan bahawa dengan mengenal pasti titik persamaan dapat membantu meletakkan asas untuk masa depan yang dikongsi bersama, memupuk persefahaman antara satu sama lain dan menyokong usaha bersama dalam menangani cabaran global.

Pakar-pakar menyatakan bahawa Liangzhu merangkum logik ruang yang "berharmoni dengan alam semula jadi" manakala Rom memaparkan pengurusan air sofistikated yang mana kedua-duanya memberi inspirasi untuk pembinaan bandar pada hari ini.

Dialog tamadun turut melibatkan kerjasama praktikal. Donato Abruzzese, profesor madya di University of Rome Tor Vergata mengetengahkan tentang aplikasi realiti maya dan teknologi 3D bagi meminimumkan kontak fizikal dan meningkatkan interaksi dengan tapak warisan.

Mengimbangi arkeologi, pemuliharaan dan pembangunan manusia kekal penting, tegas pakar-pakar.

Selepas melawat Runtuhan Liangzhu, Olga Di Cagno, seorang ahli arkeologi dan ahli majlis Daerah Perbandaran Kelima Rom, berkata pencapaian China dalam memelihara Liangzhu benar-benar sesuatu yang cukup luar biasa.

Berjanji untuk menyebarkan pandangan pemuliharaan Liangzhu ke seluruh Itali, Cagno menyatakan bahawa lawatan ini mendedahkan pendekatan perlindungan warisan dan penilaian nilai baharu serta menganggap pertukaran sedemikian sebagai sesuatu yang tidak ternilai dalam era global.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Liangzhu meneruskan inisiatif dialog "Liangzhu and the World" ("Liangzhu dan Dunia") dan komited untuk berkongsi perlindungan warisan dan pengalaman penggunaan serta membina platform bagi tujuan pertukaran budaya antarabangsa. Pada tahun 2023, ia berdialog dengan Acropolis of Athens, meneroka asal-usul tamadun Sino-Greek dan memajukan sinergi budaya. Pada tahun 2024, ia berbincang dengan bandar bersejarah Sepanyol, Toledo berkenaan dengan penggiatan semula warisan purba. Melalui bentuk inovatif seperti pameran jelajah global "Journey through civilizations: an encounter with Liangzhu" ("Pengembaraan merentas tamadun: pertemuan dengan Liangzhu") dan "Liangzhu Overseas Jade Database" ("Pangkalan Data Jed Luar Negara Liangzhu"), budaya Liangzhu telahpun mencapai 14 negara dan wilayah, termasuk Greece, Cuba dan Brazil.

Seperti yang disimpulkan oleh pakar-pakar, memelihara warisan budaya bukan sahaja tentang memberi penghormatan kepada masa lampau, tetapi juga berkenaan dengan membentuk masa depan yang dikongsi bersama.

Pautan asal:

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Publishing/Information Service Travel Survey, Polls & Research