![]() |
SEOUL, Korea Selatan, 25 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Seegene Inc., peneraju bertaraf global bagi diagnostik molekul, mengumumkan pada hari ini bahawa ia akan memperkenalkan sistem ujian PCR automatik sepenuhnya, CURECA? dan platform analitis datanya, STAgora? di ADLM 2025 (Association for Diagnostics & Laboratory Medicine), iaitu persidangan diagnostik terbesar di dunia yang berlangsung di Chicago mulai 28 hingga 31 Julai. Dengan memperkenalkan teknologi baharu ini, Seegene mengisytiharkan anjakan transformatif dalam paradigma diagnostik global.
Seegene will present a live demonstration of CURECA? (pictured), at ADLM 2025, held in Chicago from July 28 to 31.
Mengautomasikan setiap langkah dalam Ujian PCR bagi meningkatkan kecekapan dan ketepatan
CURECA? ialah sistem pertama di dunia yang mengautomasikan sepenuhnya seluruh proses ujian PCR – bermula daripada penyimpanan sampel dan prarawatan hinggalah pengekstrakan asid nukleik, amplifikasi dan analisis keputusan – tanpa sebarang campur tangan manusia. Direka untuk operasi berterusan 24/7, sistem ini meminimumkan kesilapan manusia dan meningkatkan kekonsistenan dan keandalan keputusan ujian secara mendadak.
Kemajuan penting terletak pada modul persediaan automatik sepenuhnya yang menangani salah satu peringkat yang paling membebankan dan cenderung ralat dalam aliran kerja makmal. Prarawatan lazimnya menjadi cabaran yang besar, terutamanya apabila mengendalikan pelbagai jenis sampel seperti urin, darah, kahak dan tinja. Juruteknik makmal sering menjalankan tugas manual yang berulang dalam masa yang panjang dan variasi dalam tahap kemahiran boleh mengakibatkan hasil yang tidak konsisten. Sampel tinja, terutamanya menimbulkan halangan automasi yang serius lantaran kelikatan yang tinggi dan zarahannya yang memerlukan pengendalian manual yang berat.
Modul persediaan daripada sistem CURECA? merupakan yang pertama mengautomasikan sepenuhnya proses prarawatan dalam kesemua jenis sampel utama – termasuk tinja – yang mengatasi halangan sejak dahulu lagi dalam operasi makmal. Inovasi ini mengurangkan permintaan buruh, meluaskan celusan sampel dan meningkatkan kecekapan operasi dan kos keseluruhan. Ia juga mengubah peranan kakitangan makmal daripada pemprosesan manual kepada tanggungjawab pada peringkat lebih tinggi, seperti analisis data dan interpretasi klinikal – membantu makmal memanfaatkan tenaga kerja mereka dengan lebih baik dalam volum tinggi, persekitaran ujian berterusan 24/7 bagi menyediakan keputusan ujian berkualiti tinggi yang mampan.
Di samping itu, modul persediaan daripada sistem CURECA? dapat digunakan selain untuk diagnostik PCR. Ia menyokong prarawatan untuk disiplin lain, termasuk kimia klinikal dan imunoasai yang merupakan satu langkah penting ke hadapan dalam automasi merentas pasaran diagnostik yang lebih luas. Seni bina modularnya membolehkan konfigurasi dan penggunaan fleksibel yang disesuaikan dengan saiz, susun atur serta keperluan setiap makmal.
STAgora ? – Integrasi & Analisis Data Global Masa Nyata Memperkasakan Penjagaan Peribadi
Turut diperkenalkan di ADLM 2025, STAgora? ialah platform statistik Seegene yang mengumpul dan menganalisis data diagnostik PCR masa nyata bagi menyokong pembuatan keputusan klinikal. Dengan mengagregatkan data ujian yang dimuat naik daripada hospital-hospital seluruh dunia, platform ini menyediakan cerapan bersepadu berkenaan trend jangkitan serantau, kadar kepositifan peringkat hospital dan corak jangkitan bersama. Ia juga menawarkan lebih daripada 40 alatan statistik yang disesuaikan untuk sokongan klinikal.
Dengan STAgora?, penyedia penjagaan kesihatan boleh membandingkan keputusan ujian pesakit individu dengan data epidemiologi tempatan dan serantau, lalu mengupayakan strategi rawatan dipacu data yang lebih tepat. Platform ini membolehkan doktor menilai trend jangkitan pada peringkat pesakit dan komuniti, meningkatkan ketepatan dan kelajuan diagnosis serta perancangan penjagaan. Dengan memberikan pandangan yang pantas dan andal melalui analisis komprehensif seperti ini, STAgora? dijangka akan menjadi alatan analitis yang penting bagi membuat keputusan klinikal.
Meluaskan Kolaborasi Global melalui Perkongsian Teknologi dan Perkongsian Strategik
Berasaskan kehadirannya di ADLM 2025, Seegene bermatlamat untuk meluaskan capaian kepada CURECA? dan STAgora? dengan menawarkan pengalaman perintis awal serta menjalin perkongsian global yang baharu.
Awal tahun ini, CURECA? menarik minat yang kuat di ESCMID Global 2025, salah satu kongres mikrobiologi klinikal dan penyakit berjangkit yang terkemuka di Eropah. Bagi memperkukuh kapasiti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatannya di Amerika Syarikat, Seegene menubuhkan subsidiari tempatan, termasuk Seegene Technologies dan Seegene CURECA.
"CURECA? dan STAgora? adalah lebih daripada sekadar instrumen atau perisian diagnostik—ia merupakan standard global baharu yang akan mentakrifkan semula diagnostik dalam persekitaran klinikal di seluruh dunia. Kami akan terus berkongsi banyak aset teknologi yang telah kami bina selama bertahun-tahun dan berdasarkan hal ini, kami komited untuk memacu inovasi asas dalam ekosistem diagnostik global," kata Daniel Shin, Naib Presiden Eksekutif, Ketua Jualan & Pemasaran Global di Seegene.
Penafian
Ketika ini, produk ini berada dalam fasa prapengkomersialan. Konfigurasi yang dibentangkan di ADLM 2025 adalah untuk tujuan demonstrasi sahaja dan mungkin berbeza dari segi fungsi, spesifikasi dan komponen daripada versi komersial akhir. Material ini bertujuan semata-mata untuk memperkenalkan teknologi dan bukan merupakan iklan untuk jualan produk.
Latar Belakang Seegene
Seegene mempunyai pengalaman yang berdedikasi selama lebih daripada 20 tahun dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan perniagaan yang berkaitan dengan teknologi PCR masa nyata sindromik. Kepakaran ini diketengahkan terutamanya semasa pandemik COVID-19 apabila Seegene menyediakan lebih 340 juta ujian COVID-19 kepada lebih 100 negara di seluruh dunia. Ciri teras teknologi PCR masa nyata sindromik Seegene ini ialah keupayaan untuk menguji 14 patogen secara serentak yang mengakibatkan tanda dan gejala yang serupa dalam satu tiub dengan maklumat kuantitatif.
Kunjungi: dan ikuti