SINGAPURA, 30 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Hydroleap, sebuah syarikat perintis bagi teknologi rawatan air lestari, berjaya mengumpul tambahan sebanyak USD 4.75 juta dalam pusingan pembiayaan terkininya daripada pelabur-pelabur strategik termasuk EDBI yang beroperasi di bawah SG Growth Capital – platform pelaburan Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB) dan Enterprise Singapore, Antares Ventures serta Woh Hup, menjadikan jumlah pembiayaannya mencecah hampir USD 12 juta setakat ini. Ini dapat membantu memperluas penyelesaian Hydroleap kepada lebih banyak pusat data hiperskala di rantau Asia-Pasifik dan membina pasukan di pasaran-pasaran utama. Ini juga dapat menyokong pembangunan berterusan syarikat dan penggunaan penyelesaian rawatan air termaju untuk industri-industri yang berkembang pesat, termasuk farmaseutikal, semikonduktor dan agrimakanan yang mana teknologi pengurusan air yang lestari menjadi amat penting untuk kecekapan operasi serta impak terhadap alam sekitar.
Pelaburan ini mengumpulkan rakan kongsi strategik yang mengiktiraf potensi ekonomi dan alam sekitar teknologi Hydroleap. EDBI, Antares Ventures dan Woh Hup menyokong penyelesaian elektrokimia Hydroleap yang membolehkan pelanggan industri bebas daripada bahan kimia, mengitar semula air sisa mereka dan mengurangkan penggunaan tenaga mereka sebanyak 10%.
"Pusingan pembiayaan ini, terutamanya dengan sokongan daripada pelabur strategik dan institusi, menekankan keyakinan yang utuh terhadap teknologi Hydroleap," kata Dr. Mohammad Sherafatmand, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hydroleap. "Infrastruktur yang kritikal seperti pusat data, semikonduktor dan kemudahan farmaseutikal amat memerlukan pengurusan air dan tenaga yang lebih bijak dan lebih lestari. Di sinilah Hydroleap menyampaikan penyelesaian yang memacu kecekapan kewangan dan juga impak terhadap alam sekitar."
"Hydroleap menyampaikan apa yang semakin diperlukan oleh industri-industri di seluruh Pasaran Pertumbuhan Asia: rawatan air yang cekap, boleh skala yang berdaya maju dan lestari secara komersial," kata Michael Gryseels, Pengasas dan Rakan Pengurusan Antares Ventures. "Tatkala permintaan meningkat dalam sektor-sektor seperti AI, semikonduktor dan sistem agrimakanan lestari, penyelesaian mereka membantu bandar dan infrastruktur mengurangkan penggunaan sumber tanpa menjejaskan prestasi. AI bukan hanya mengenai cip dan perisian. Ia memacu keperluan terhadap pengurusan tenaga dan penyejukan air yang cekap dan Hydroleap menangani cabaran berkenaan secara langsung. Melalui ketersambungan mendalam kami di rantau ini, Hydroleap berupaya mengakses industri-industri kritikal di Asia dan menjadikan inovasi sebagai hasil dunia sebenar. Kami berbangga dapat terus berdiri bersama-sama mereka sebagai rakan kongsi jangka panjang, seiring bersama pelabur institusi terkemuka yang komited terhadap masa depan Asia yang lestari."
"Melabur dalam syarikat-syarikat yang memacu kelestarian bukan sahaja bermanfaat untuk alam sekitar dan menarik dari segi kewangan tetapi juga sejajar dengan komitmen Woh Hup untuk mempelopori penyelesaian inovatif dalam sektor persekitaran terbina yang melaluinya perniagaan kami beroperasi terutamanya," kata Austyn Yong, Pengarah Woh Hup. "Hydroleap memberikan hasil yang memberangsangkan dalam meningkatkan kecekapan tenaga dan air dalam pelbagai jenis aset — khususnya pusat data — dan kami berbangga dapat menyokong mereka tatkala mereka terus berkembang di seluruh Asia."
Latar Belakang Hydroleap
Hydroleap, sebuah syarikat yang beribu pejabat di Singapura, mempelopori rawatan air dan air sisa yang lestari melalui teknologi elektrokimia proprietarinya. Dengan mentakrifkan semula bagaimana industri-industri mengurus penggunaan air, tenaga dan bahan kimia, Hydroleap menyampaikan penyelesaian yang inovatif, boleh skala dan cekap kos yang dapat meningkatkan prestasi operasi sekali gus menyokong kelestarian alam sekitar.
Kunjungi laman web kami .
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Zachary Loh
Hydroleap Pte Ltd
z.
+65 8282 7242