亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

CreatorWeek 2025 Bakal Dilancarkan di Macau, Gabung Budaya Timur dan Barat Melalui Perayaan Perniagaan, Kandungan dan Komuniti 5-Hari

Macao Government Tourism Office (MGTO)
2025-08-25 16:00 23

MACAU, 25 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- dan penganjur bersama, Branded, akan menganjurkan CreatorWeek Macao 2025 mulai 24-28 Oktober 2025 yang memfokuskan pada ekonomi, budaya, hiburan dan komuniti pencipta global. Acara ini bertujuan untuk menonjolkan ekonomi kreatif Macau yang bertenaga dan status sebagai hab pertukaran budaya antara Timur dan Barat.

Di tengah-tengah peningkatan pesat ekonomi pencipta global dan jendela peluang Macau, CreatorWeek Macao akan menyatukan platform media sosial China dan Barat yang utama, pencipta kandungan global terkemuka dan tetamu selebriti dalam satu perayaan tahunan antara kreativiti dan budaya. Macau, sebuah bandar yang menghubungkan pengaruh Cina dan Barat, merupakan satu-satunya tempat di dunia yang melaluinya platform-platform utama seperti Douyin, RedNote dan WeChat, di samping TikTok, Instagram, Facebook dan YouTube, boleh diakses secara bebas. Keterbukaan unik ini menjadikan Macau sebagai pintu masuk yang ideal antara pengguna yang bertutur dalam bahasa Cina dan komuniti digital global. Acara ini akan menghimpunkan wakil-wakil kanan daripada platform-platform ini untuk berkongsi pandangan serta meninjau peluang kolaborasi. Tatkala lebih ramai pencipta antarabangsa menembusi pasaran Cina, acara pencipta yang bertaraf dunia dan pertama di Macau ini akan menyediakan pentas global bagi tujuan pertukaran silang budaya, penciptaan bersama kandungan serta kemajuan ekonomi kreatif.

Disokong oleh enam perusahaan pusat peranginan bersepadu Macau iaitu MGM, Galaxy Macau? Integrated Resort, Sands China Ltd., Wynn Resorts Macau, SJM Resorts, S.A., Melco Resorts & Entertainment, acara ini akan menghimpunkan 250 tetamu antarabangsa, termasuk 180 pemimpin pendapat utama/pencipta, 50 penceramah dan 20 kumpulan. Ia akan meliputi enam zon utama, memudahkan pertukaran terbuka dan memberi inspirasi melalui pendekatan yang pelbagai, termasuk penciptaan kandungan, dialog perniagaan, persembahan artistik serta interaksi komuniti.

Enam zon akan menyertakan sebuah ruang untuk acara-acara pembukaan dan penutupan serta satu zon persidangan perniagaan khusus yang menghimpunkan pencipta global terkemuka, usahawan digital dan pemimpin industri bagi meneroka arah aliran Timur-bertemu-Barat yang baru muncul dalam penciptaan kandungan serta berkongsi pandangan pakar. Zon Kesejahteraan Peminat Pencipta akan membawakan empat acara meriah yang melaluinya pencipta dan pengajar terkenal mengetuai sesi yoga, meditasi dan kecergasan, mengubah keterlibatan dalam talian menjadi tenaga positif dunia sebenar dan hubungan yang bermakna. Zon temu mesra peminat akan menawarkan pengalaman secara bersemuka yang tidak dapat dilupakan bersama pencipta kegemaran. Zon Wadah Artis Pencipta akan mempersembahkan barisan pemuzik antarabangsa dan tempatan yang dinamik, lalu mencipta pengalaman muzik silang budaya yang merentasi sempadan. Zon Akademi Pencipta pula akan menampilkan pencipta terkemuka dan juga suara industri yang berkongsi pandangan kreatif.

Untuk mengambil bahagian, sila daftar secara percuma di  dan ikuti  di Instagram dan , serta akaun rasmi MGTO di ,  ,  serta  bagi mendapatkan perkembangan terkini pada masa nyata mengenai acara ini.

Latar Belakang Macau 

Macau ialah sebuah bandar meriah yang terkenal dengan kekayaan warisan budaya, hiburan bertaraf dunia serta bidang masak-memasak yang pelbagai. Sebagai destinasi pelancongan ulung, Macau menawarkan gabungan unik antara Timur dan Barat, yang melaluinya tradisi purba bertembung dengan tarikan moden. Sama ada anda meneroka tapak bersejarahnya, menikmati hiburan malam hari yang rancak, atau menikmati hidangan masakannya yang terkenal, Macau menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat setiap pengunjung.

 
Source: Macao Government Tourism Office (MGTO)
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Hotels and Resorts Social Media Travel