![]() |
TOKYO, 1 September 2025 /PRNewswire/ -- Marcum Asia CPAs LLP ("MarcumAsia"), iaitu firma perakaunan awam bebas dan terkemuka yang mengkhusus dalam audit patuh SEC serta PCAOB bagi tujuan penyenaraian syarikat-syarikat Asia di Amerika Syarikat, mengumumkan pada hari ini pembukaan rasmi pejabat baharunya di Tokyo, Jepun.
Terletak di tingkat 27 Tokyo Sankei Building di Otemachi, Chiyoda-ku, pejabat baharu ini akan berfungsi sebagai hab yang strategik untuk menyokong syarikat-syarikat korporat Jepun, institusi-institusi kewangan serta para penasihat yang ingin mendapatkan akses kepada pasaran modal A.S. melalui IPO, transaksi SPAC/De-SPAC dan juga pelaporan SEC yang berterusan.
"Jepun merupakan pusat tumpuan kepada beberapa syarikat yang paling inovatif di dunia. Menerusi pejabat Tokyo kami, MarcumAsia dapat memperkukuh keupayaannya untuk menghubungkan perusahaan-perusahaan Jepun dengan peluang serta ketelusan dalam pasaran awam A.S.," kata Rong Liu, Ketua Amalan Jepun di MarcumAsia.
"Pengembangan kami ke Jepun menekankan komitmen MarcumAsia kepada Asia secara keseluruhan. Seiring bersama pejabat-pejabat kami di China, Singapura dan juga A.S., kami mendapat kedudukan yang unik untuk menyediakan perkhidmatan audit dan nasihat rentas sempadan selama 24-jam kepada pelanggan kami," tambah Drew Bernstein, Pengerusi Bersama MarcumAsia.
Pembukaan pejabat Tokyo dibina berdasarkan rekod prestasi MarcumAsia sebagai juruaudit SEC No.1 untuk penerbit-penerbit Asia di A.S. pada tahun 2024, dengan 25 IPO (sumber: Renaissance Capital). Firma ini juga merupakan ahli DFK International dan LEA Global yang seterusnya membolehkan pelanggan memanfaatkan kepakaran seluruh dunia bagi tujuan pengembangan rentas sempadan.
Pejabat Jepun MarcumAsia /
Tingkat 27, Tokyo Sankei Building, 1-7-2 Otemachi, Chiyoda-ku, Tokyo 100-0004, Jepun
Telefon: +81 3 3242 6225
Faks: +81 3 3242 6265
Laman web:
Latar Belakang MarcumAsia
Marcum Asia CPAs LLP ialah firma perakaunan awam bebas yang memfokuskan pada perkhidmatan audit dan nasihat rentas sempadan untuk syarikat-syarikat Asia. Menerusi pendaftaran PCAOB dan pengalaman audit SEC dalam lebih 50 industri, MarcumAsia merupakan rakan kongsi yang dipercayai untuk syarikat-syarikat yang mengemudi pasaran modal Amerika Syarikat.