Meneruskan kejayaan tahun lalu, program ini diperluas pada tahun kedua dengan menyemarakkan gaya hidup sihat melalui sukan bola keranjang, sekali gus mencatat lonjakan penyertaan sebanyak 250%
HONG KONG, 18 September 2025 /PRNewswire/ -- Sun Life, dengan kerjasama yayasan global sukan untuk perubahan sosial Beyond Sport, telah berjaya menamatkan tahun kedua program impak komuniti mereka, Hoops + Health. Pada tahun keduanya, inisiatif ini memberi impak kepada 42,000 kehidupan di Asia, menjadikan jumlah keseluruhan penerima manfaat melebihi 48,000 orang.
Dilancarkan pada September 2023, program Hoops + Health memberi tumpuan kepada galakan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan anak muda di seluruh Asia menerusi sukan bola keranjang. Program ini menumpukan usaha menangani peningkatan tahap ketidakaktifan fizikal dalam kalangan belia di enam pasaran Asia – Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Vietnam dan Singapura – melalui inisiatif tempatan yang disesuaikan bagi memastikan impak yang nyata di peringkat komuniti.
Pada tahun keduanya, program Hoops + Health terus mengukuhkan kejayaan tahun pertama dengan meningkatkan penyertaan belia keseluruhan sebanyak 250% berbanding tahun 2024. Hampir sembilan daripada 10 orang muda (87%) menyatakan mereka kini mempunyai lebih banyak peluang untuk kekal aktif secara fizikal hasil daripada sesi bola keranjang percuma yang dianjurkan. Bilangan jurulatih yang meningkatkan kemahiran bertambah sebanyak 103%, dan 94% daripada jurulatih yang menyertai bengkel Hoops + Health turut percaya bahawa kemahiran yang dipelajari akan memberi kesan positif kepada golongan belia yang mereka bimbing. Program ini juga telah menyediakan akses kepada peralatan bola keranjang berkualiti lebih baik untuk sejumlah 17,700 orang muda.
Shanelle Lim, seorang peserta Hoops + Health di Singapura, berkata, "Ketika saya mula menyertai program Hoops + Health, saya hanya mencari tempat untuk bermain bola keranjang, tetapi ternyata ia membawa makna yang jauh lebih besar. Program ini membantu saya meningkatkan kemahiran di gelanggang, malah turut mengajar saya tentang kesihatan, kerja berpasukan dan keyakinan diri. Saya kini sedang menjalani latihan sebagai jurulatih, dan saya sangat teruja untuk kembali menyumbang dengan berkongsi apa yang telah saya pelajari melalui program ini serta menyebarkan semangat bola keranjang kepada orang lain dalam komuniti saya."
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk menangani peningkatan ketidakaktifan fizikal, Sun Life telah meningkatkan pelaburannya daripada 1 juta CAD kepada 1.5 juta CAD tahun ini, dengan fokus untuk memberi impak dalam tiga bidang utama: meningkatkan akses kepada aktiviti fizikal dengan menyediakan ruang selamat dan sumber di kawasan kurang bernasib baik; memperkukuh penglibatan bersama komuniti tempatan, jurulatih dan warga kerja Sun Life melalui penganjuran acara bola keranjang serta bengkel pendidikan; serta memberi inspirasi kepada anak muda untuk mengamalkan gaya hidup lebih aktif melalui sesi bola keranjang percuma yang dijalankan secara berkala.
David Broom, Ketua Pegawai Klien dan Pengedaran di Sun Life Asia, berkata, "Kami amat berbangga dengan perkembangan program Hoops + Health pada tahun keduanya. Mendengar kisah daripada mereka yang menyertai program ini dan kini kembali menyumbang kepada komuniti membuktikan impak sebenar usaha kami serta betapa besarnya makna program ini kepada para peserta. Di Sun Life, kami tetap komited untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan melabur dalam komuniti, menghapuskan halangan serta memperkasakan generasi seterusnya untuk kekal aktif."
Fred Fikouhi-Turner, Pengarah Eksekutif di Beyond Sport, berkata, "Sungguh mengujakan apabila melihat bilangan anak muda yang aktif terus meningkat pada tahun kedua Hoops + Health. Menerusi program belia yang diperluas, festival inklusif dan latihan pendidikan yang disesuaikan mengikut setiap wilayah, program ini kini menjangkau lebih banyak komuniti di seluruh Asia melalui kegembiraan sukan. Beyond Sport berbesar hati untuk bekerjasama dengan Sun Life dalam menggunakan sukan bola keranjang sebagai medium untuk membekalkan kemahiran kesihatan dan kesejahteraan yang penting dan berkekalan sepanjang hayat."
Baca laporan impak penuh .
Maklumat tentang Sun Life
Sun Life merupakan organisasi perkhidmatan kewangan antarabangsa utama yang menyediakan pengurusan aset, kekayaan, insurans, dan penyelesaian kesihatan kepada pelanggan peribadi dan institusi. Sun Life beroperasi di beberapa pasaran di seluruh dunia, termasuk Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Ireland, Hong Kong, Filipina, Jepun, Indonesia, India, Tanah Besar China, Australia, Singapura, Vietnam, Malaysia dan Bermuda. Pada 30 Jun 2025, Sun Life memiliki jumlah aset di bawah pengurusan sebanyak $1.54 trilion. Untuk maklumat lanjut, sila layari .
Sun Life Financial Inc. didagangkan di Bursa Saham Toronto (TSX), Bursa Saham New York (NYSE) dan Bursa Saham Filipina (PSE) di bawah simbol singkatan SLF.
Nota: Semua angka mata wang ialah dalam dolar Kanada, kecuali dinyatakan sebaliknya.
Maklumat tentang Beyond Sport
Beyond Sport ialah sebuah yayasan global yang memanfaatkan kuasa transformatif sukan untuk menangani isu-isu sosial yang kritikal hari ini. Organisasi ini memperjuangkan individu, program dan komuniti yang menggunakan sukan untuk membina peluang dan kesaksamaan, serta mewujudkan dunia yang lebih inklusif dan progresif.
Sejak tahun 2008, yayasan ini telah mengumpulkan lebih daripada $24 juta untuk mempromosikan perubahan sosial. Beyond Sport telah menyalurkan lebih $14.3 juta kepada 521 inisiatif di 80 negara, selain menyediakan alat pembangunan kapasiti yang penting, bagi menyokong pemimpin mencipta impak yang berkekalan. Ketahui lebih lanjut tentang program Hoops + Health bersama Sun Life di .
Butiran Hubungan Media:
Becky Marshall
Pengarah, Komunikasi, Sun Life Asia
T: +852 6171 0312
E: becky.
Iris Ng
Pengarah Akaun
T: +852 9838 3501
E: iris.